Skip to main content

catatan ramadan 1433H #3

-bismillah-

kamu pernah rindu pada yang tiada ?
apatah lagi pada yang di depan mata, saat perpisahan.
bukan aku tak rindu, tapi lebih rasa sayang.
sudah 6 bulan, dan rindu pun bertamu pada ibu ayah juga rumah.namun kasihku pada belasan hari peluang dan ruang ramadan ku tinggalkan di sini lebih menyesakkan.pulang menyambung belasan hari ramadan di tanah sendiri.moga Allah izin menjadi tetamu lagi di bumi barakah syams ramadan mendatang.
bakal pulang ke tanah sendiri.
meninggalkan kenangan dan pengalaman.

solat berimamkan hafiz2 arab, alhamdulillah, satu pengalaman sangat bermakna.
entah bagaimana dapat ku balas kesyukuran atas nikmat ini.

kadang hati terlalu sesak.
hinggakan setiap saat ku rasa hiba.
setiap lantunan bacaan mereka yang menusuk jiwa,
setiap lafaz doa yang penuh makna,
buat saudara islam di suria (syria) dan seluruh dunia,
semua itu menyesak di dada.
sedu dan tangis membasahi muka.

benarlah, nikmat di dunia ini pinjaman.
moga Allah pinjamkan lagi nikmat ramadan tahun depan di tanah syam ini.

amiin.
malam ni terakhir berkunjung ke masjid jamiah, insyaAllah. 
hanya Allah yang tahu sebaknya utk tinggalkan satu nikmat yang tak pernah terfikir dlm minda nan kerdil ni.
apa mungkin bertemu lagi dengan nikmat ramadan di tanah syam bumi barakah ini.
satu musim ke musim lain yang panjang, entah bagaimana jasad dan jiwa ini pada tahun mendatang pada tika yang sama.
moga Allah izin gantian lebih baik di rumah-Nya di tanah sendiri.

rindu diikat pada tanggungjawab dan pengharapan di tanah asing.



p/s: ini solat maghrib di madinah.



Comments

  1. Masyallah :) jelesnyaa . hehehe . rindunya nak pergi madinah , nak pergi tanah haram . doakan fyna dpt pi sana jugak ! hehe . Selamat berpuasa ya farhana !

    ReplyDelete
  2. fyna, saya kat jordan saja.. tak sampai lagi madinah & makkah :(
    sama2 doa,, rindukan walaupun tak pernah jejak :]

    moga Allah izin amiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …