Friday, July 20, 2012

catatan ramadan 1433H #1

-bismillah-
ni catatan yang saya sempat tulis. moga penuh tarbiah. insyaAllah.

Selasa, 10 July, 9.15pm.
saya balik rumah lewat hari ni. 
sambil jalan teringat, balik rumah nanti makan nasi yang kawan dah masakkan, solat isya', kemudian tidur. that's it tamat kisah utk hari ni.
tapi, :] T_T
saya nampak ada sorang pak cik tua sedang jalan perlahan, plastik hitam besar2 diangkut keliling dia. mungkin kotak2, mungkin apa2 saja yang dia jumpa dan dia kutip. dia berhenti kat satu longgokan sampah, dan cari apa2 yang berguna, mungkin.
:(
saya balik lewat, kat rumah dah ada nasi.
pak cik tu ? malam ni dia makan apa? tadi siang? anak2 dia pula..?
***

"Allah bagi kita rasa apa yang orang lain rasa pada bulan puasa. kita rasa lapar. dan kita hilangkan rasa lapar tu dengan berbuka. setakat itu sajakah? hilangkan rasa lapar di perut sendiri, dan teruskan kehidupan macam biasa? di mana tarbiah (pendidikan) ramadan?kenapa tak pernah perjuangkan hak2 orang miskin dan orang lapar?
ingatlah, Nabi ajar kita doa 'ya Allah, aku mohon cinta-Mu, dan cinta kepada orang2 miskin..." - tazkirah semalam di musolla.
***
ya Allah yang Maha Adil, tambahkan khauf dan raja' kami pada-Mu.
bagaimanapun keadaan kami, miskin, kaya, kuatkan rasa bergantung kami pada-Mu.
murahkan rezeki kami, ampunkan dosa kami. amiin.



Thursday, 12 July
May we have a better Ramadan this year, amin.


Rabu, 18 July, 8.15am
moga ramadhan nanti dipermudahkan.


Khamis, 19 July, 9.46pm
ALHAMDULILLAH. Allah izin Ramadan sampai lagi kali ini. Ramadan pertama di bumi anbiya' jordan. Musim panas. Moga penuh limpahan kasih dan rahmat Allah.

Allahu, jadikan aku orang yang beruntung. Jadikan mereka yg menyangiku orang yang dikasihiMu. Jadikan kami orang yg mendapat rahmat ke syurgaMu.

Bismillah di awal ramadan, moga Allah berkati dan kasihi saya dan kalian. Amin.



Jumaat, 20 Julai.
Friday, 1st day of Ramadan.
The 7 am morning breeze reminded me that today is a day full with barakah.
It was cloudy in the middle of summer.
Seeing the trees and leaves waving as the wind blew as if they were all welcoming Ramadan and saying zikr Lillah. *
I pause upon seeing a static tree as if there was no wind to blow, "aren't you happy to welcome ramadan?" And the tree started to move its leaves and small branches.
SubhanAllah.
I looked at on the ground, small shrubs and wildflowers were looking at me.
Somehow I whispered, to those who can't hear, but knowing,
"welcome. be grateful that you are chosen to be living and being Islam in this special month."

somehow, i heard the whisper echoed back to my heart...

****
assalamualaikum.
alhamdulillah. 
Allah pilih kita lagi. Alhamdulillah.

tengok pokok2 rumput di sekeliling, rumput tu terpilih untuk hidup di bulan ramadan, sebelum ni, generasi sebelum ni dah mati semasa musim sejuk lalu. ada juga yang mati kena racun, kena pijak sebelum ramadan tiba. 
dan, di pagi hening jumaat 1 ramadan, Allah pilih rumput hijau yang sedang melambai-lambai pada mata yang melihat ini untuk hidup di bulan barakah ni.

belajar dari alam.

***
"ramadan karim, kullu 3am wa antum bikhair"
"Allahu akram"
(ucapan dan reply untuk satu keraian yang tak tergambar kegembiraan dan kesyukuran, satu keraian yang merupakan nikmat yang besar : RAMADAN datang sampai hari ni. T_T)

pak cik teksi yang sangat gembira di pagi jumaat. moga Allah murahkan rezeki dia, moga Allah permudahkan urusan kami masuk syurga.

"salam ramadan, pak cik.." <-- boleh nak buat di malaysia. nak or tak nak. (:

**
alhamdulillah. mendengar khabar dari keluarga bahawa mereka berkumpul di Bangi sana. Allah izin (:
padahal Bangi itu tempat yang tak pernah di jejak. moga pertemuan dan per-kumpul-an yang Allah atur dan rancang itu penuh berkat dan penuh kesyukuran. amiiin.

Allah, jadikan kami berkeluarga hingga ke syurga sana.
amiin, wahai Allah Tuhan sebaik2 perancang.
moga aku, ibu dan ayahku serta seluruh ahli keluargaku dalam rahmat dan hidayah-Mu. amiin.

*
Allahu, tsabatkan aku pada jalan-Mu.
tambahkan thaqafah aku dengan rahmat dan hidayah dari-Mu.
moga aku diizinkan ramadan terbaik sebelum tiba masa aku kembali pada-Mu.
moga terlindung daripada fitnah dunia, fitnah kematian serta fitnah dajjal.
moga Allah izin berjaya di dunia dan akhirat.
amiin.

p/s: apa motif tulis post ni? kat mana pun kita duduk, bersyukur, ada tarbiah di situ. sama ada kita nak, atau memilih untuk tidak sedar. Allahu, moga Allah redha. aku tahu, Allah tak letak aku saja2 di tempat asing ini. moga beroleh segala yang terbaik dalam masa tak sampai 15 hari ramadan di bumi ini. amiin.

p/s II: ramadan. doa kebaikan banyak2.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)

sekian. terima kasih. moga beroleh pahala berganda. amiin.
oh ya, ini adalah bacaan yang lebih baik juga. ---> Amalan Ma'tsur di bulan Ramadan, moga beroleh ramadan terbaik !


No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...