Monday, July 30, 2012

catatan ramadan 1433H #3

-bismillah-

kamu pernah rindu pada yang tiada ?
apatah lagi pada yang di depan mata, saat perpisahan.
bukan aku tak rindu, tapi lebih rasa sayang.
sudah 6 bulan, dan rindu pun bertamu pada ibu ayah juga rumah.namun kasihku pada belasan hari peluang dan ruang ramadan ku tinggalkan di sini lebih menyesakkan.pulang menyambung belasan hari ramadan di tanah sendiri.moga Allah izin menjadi tetamu lagi di bumi barakah syams ramadan mendatang.
bakal pulang ke tanah sendiri.
meninggalkan kenangan dan pengalaman.

solat berimamkan hafiz2 arab, alhamdulillah, satu pengalaman sangat bermakna.
entah bagaimana dapat ku balas kesyukuran atas nikmat ini.

kadang hati terlalu sesak.
hinggakan setiap saat ku rasa hiba.
setiap lantunan bacaan mereka yang menusuk jiwa,
setiap lafaz doa yang penuh makna,
buat saudara islam di suria (syria) dan seluruh dunia,
semua itu menyesak di dada.
sedu dan tangis membasahi muka.

benarlah, nikmat di dunia ini pinjaman.
moga Allah pinjamkan lagi nikmat ramadan tahun depan di tanah syam ini.

amiin.
malam ni terakhir berkunjung ke masjid jamiah, insyaAllah. 
hanya Allah yang tahu sebaknya utk tinggalkan satu nikmat yang tak pernah terfikir dlm minda nan kerdil ni.
apa mungkin bertemu lagi dengan nikmat ramadan di tanah syam bumi barakah ini.
satu musim ke musim lain yang panjang, entah bagaimana jasad dan jiwa ini pada tahun mendatang pada tika yang sama.
moga Allah izin gantian lebih baik di rumah-Nya di tanah sendiri.

rindu diikat pada tanggungjawab dan pengharapan di tanah asing.



p/s: ini solat maghrib di madinah.



Monday, July 23, 2012

catatan ramadan 1433H #2

-bismillah-

-Alhamdulillah-
google-d

we can be grateful,
yet we forget how to behave like one.

we saw people with wounded hand,
yet we give excuses when it comes to gotong royong.

we met a child with messy hair,
who might not have take bath for days,
yet we complaint the shop is too far for a new shampoo.

and the cliche of life repeated itself, again.

11.29 pm.
Ramadhan day 4.

***

Allah, give me the best ramadhan, on every year I am able to live.
Allah, give the best ramadhan to all the people I love.


***


Ramadan di awalnya RAHMAT (:


"kamu tahu kenapa awal2 ramadhan orang ramai penuhi masjid?
kenapa ramai orang merokok boleh berhenti di siang hari?
kenapa  ramai orang rasa nak pakai sesuatu nak tutup rambut mereka?
kenapa awal2 ramadan kita sendiri rasa sangat dekat dengan Allah?
kita rasa bahagia sebab ramadan datang lagi? cuaca pun tak panas sangat??"
"kamu tahu kenapa begitu?"
"kerana bulan ramadan, di awalnya ialah rahmat dari Allah.
rahmat dari Allah ini untuk semua makhluk. tiada yang terkecuali melainkan dengan izin Allah. sebab tu Allah jemput ramai orang ke masjid, solat jemaah sama2. Allah izin berniaga laku, rezeki masuk banyak. Allah izin rajin bersedekah. Allah izin rajin plan berepa muka surat nak tadarus sehari. semua tu dengan rahmat Allah.
perasaan gembira tiba-tiba, semangat tinggi tiba-tiba, rasa bersyukur sebab masih hidup lagi, semua tu datang sebab rahmat Allah."
-tazkirah di musolla semalam.  
...........................................................................

Allah, kami mohon rahmat-Mu setiap masa dan ketika.
Kami mohon hidup dengan rahmat-Mu, kematian dengan rahmat-Mu, kebangkitan semula dalam rahmat-Mu, dimasukkan ke syurga juga dengan rahmat-Mu ya Allah. amiin.

moga Allah berikan rahmat-Nya ke atas kita. amiin.


Friday, July 20, 2012

catatan ramadan 1433H #1

-bismillah-
ni catatan yang saya sempat tulis. moga penuh tarbiah. insyaAllah.

Selasa, 10 July, 9.15pm.
saya balik rumah lewat hari ni. 
sambil jalan teringat, balik rumah nanti makan nasi yang kawan dah masakkan, solat isya', kemudian tidur. that's it tamat kisah utk hari ni.
tapi, :] T_T
saya nampak ada sorang pak cik tua sedang jalan perlahan, plastik hitam besar2 diangkut keliling dia. mungkin kotak2, mungkin apa2 saja yang dia jumpa dan dia kutip. dia berhenti kat satu longgokan sampah, dan cari apa2 yang berguna, mungkin.
:(
saya balik lewat, kat rumah dah ada nasi.
pak cik tu ? malam ni dia makan apa? tadi siang? anak2 dia pula..?
***

"Allah bagi kita rasa apa yang orang lain rasa pada bulan puasa. kita rasa lapar. dan kita hilangkan rasa lapar tu dengan berbuka. setakat itu sajakah? hilangkan rasa lapar di perut sendiri, dan teruskan kehidupan macam biasa? di mana tarbiah (pendidikan) ramadan?kenapa tak pernah perjuangkan hak2 orang miskin dan orang lapar?
ingatlah, Nabi ajar kita doa 'ya Allah, aku mohon cinta-Mu, dan cinta kepada orang2 miskin..." - tazkirah semalam di musolla.
***
ya Allah yang Maha Adil, tambahkan khauf dan raja' kami pada-Mu.
bagaimanapun keadaan kami, miskin, kaya, kuatkan rasa bergantung kami pada-Mu.
murahkan rezeki kami, ampunkan dosa kami. amiin.



Thursday, 12 July
May we have a better Ramadan this year, amin.


Rabu, 18 July, 8.15am
moga ramadhan nanti dipermudahkan.


Khamis, 19 July, 9.46pm
ALHAMDULILLAH. Allah izin Ramadan sampai lagi kali ini. Ramadan pertama di bumi anbiya' jordan. Musim panas. Moga penuh limpahan kasih dan rahmat Allah.

Allahu, jadikan aku orang yang beruntung. Jadikan mereka yg menyangiku orang yang dikasihiMu. Jadikan kami orang yg mendapat rahmat ke syurgaMu.

Bismillah di awal ramadan, moga Allah berkati dan kasihi saya dan kalian. Amin.



Jumaat, 20 Julai.
Friday, 1st day of Ramadan.
The 7 am morning breeze reminded me that today is a day full with barakah.
It was cloudy in the middle of summer.
Seeing the trees and leaves waving as the wind blew as if they were all welcoming Ramadan and saying zikr Lillah. *
I pause upon seeing a static tree as if there was no wind to blow, "aren't you happy to welcome ramadan?" And the tree started to move its leaves and small branches.
SubhanAllah.
I looked at on the ground, small shrubs and wildflowers were looking at me.
Somehow I whispered, to those who can't hear, but knowing,
"welcome. be grateful that you are chosen to be living and being Islam in this special month."

somehow, i heard the whisper echoed back to my heart...

****
assalamualaikum.
alhamdulillah. 
Allah pilih kita lagi. Alhamdulillah.

tengok pokok2 rumput di sekeliling, rumput tu terpilih untuk hidup di bulan ramadan, sebelum ni, generasi sebelum ni dah mati semasa musim sejuk lalu. ada juga yang mati kena racun, kena pijak sebelum ramadan tiba. 
dan, di pagi hening jumaat 1 ramadan, Allah pilih rumput hijau yang sedang melambai-lambai pada mata yang melihat ini untuk hidup di bulan barakah ni.

belajar dari alam.

***
"ramadan karim, kullu 3am wa antum bikhair"
"Allahu akram"
(ucapan dan reply untuk satu keraian yang tak tergambar kegembiraan dan kesyukuran, satu keraian yang merupakan nikmat yang besar : RAMADAN datang sampai hari ni. T_T)

pak cik teksi yang sangat gembira di pagi jumaat. moga Allah murahkan rezeki dia, moga Allah permudahkan urusan kami masuk syurga.

"salam ramadan, pak cik.." <-- boleh nak buat di malaysia. nak or tak nak. (:

**
alhamdulillah. mendengar khabar dari keluarga bahawa mereka berkumpul di Bangi sana. Allah izin (:
padahal Bangi itu tempat yang tak pernah di jejak. moga pertemuan dan per-kumpul-an yang Allah atur dan rancang itu penuh berkat dan penuh kesyukuran. amiiin.

Allah, jadikan kami berkeluarga hingga ke syurga sana.
amiin, wahai Allah Tuhan sebaik2 perancang.
moga aku, ibu dan ayahku serta seluruh ahli keluargaku dalam rahmat dan hidayah-Mu. amiin.

*
Allahu, tsabatkan aku pada jalan-Mu.
tambahkan thaqafah aku dengan rahmat dan hidayah dari-Mu.
moga aku diizinkan ramadan terbaik sebelum tiba masa aku kembali pada-Mu.
moga terlindung daripada fitnah dunia, fitnah kematian serta fitnah dajjal.
moga Allah izin berjaya di dunia dan akhirat.
amiin.

p/s: apa motif tulis post ni? kat mana pun kita duduk, bersyukur, ada tarbiah di situ. sama ada kita nak, atau memilih untuk tidak sedar. Allahu, moga Allah redha. aku tahu, Allah tak letak aku saja2 di tempat asing ini. moga beroleh segala yang terbaik dalam masa tak sampai 15 hari ramadan di bumi ini. amiin.

p/s II: ramadan. doa kebaikan banyak2.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)

sekian. terima kasih. moga beroleh pahala berganda. amiin.
oh ya, ini adalah bacaan yang lebih baik juga. ---> Amalan Ma'tsur di bulan Ramadan, moga beroleh ramadan terbaik !


Tuesday, July 17, 2012

pilihan antara dua

-bismillah-

alhamdulillah.

sabar, sabar dan terus bersabar.

Allah dah janji yang terbaik.

"orang selalu pandang masa lalu, orang selalu pandang masa depan. tapi mereka lupa akan keadaan diri mereka sekarang."

***
masa lalu.
pujian itu sebenarnya melemahkan.
tapi teguran itulah yang membina kekuatan.
***
masa hadapan.
angan-angan itu satu kelemahan.
perancangan itu menguatkan.
***
masa sekarang.
berhenti.
bergerak.
***
Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing.
Indeed, We guided him to the way, be he grateful or be he ungrateful.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur (ingkar).
[surah al-insan , 76 : 2-3]
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ 
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
[ surah yasin 36:36]

p/s: jom puji Allah banyak2. sebelum tiba hari tiada lagi yang memuji dan dipuji. dapat nikmat atau dapat benda tak best, jangan hilangkan rasa keHAMBAan dalam diri. alhamdulillah alaa kulli hal.

Friday, July 13, 2012

random choices - we are those chosen

-bismillah-

kenapa kita nak apa yang orang lain ada? 
ya kita hidup dengan satu tujuan yang sama, tapi kita dalam pilihan berbeza.
tangan yang memilih kita dari kalangan yang lain, hanya kualiti membezakan kita.

tapi, dalam masakan, semua kita yang dipilih sama2 memberikan kesan.

Cili itu tidak pernah berkata-kata.
Warna merahnya,
kerut-kerut kulitnya,
baunya apabila direbus,
Semua itu bawa satu komunikasi yang sama.
Pedas.

**************************

believe in Allah, He chose us to be in the events He has already created before we are bornt to the world.

to see how many differences in faces at the university,
some are beautifully created while some others are beautifully 'crafted',

to see a disabled people walking side by side with normal healthy people in the university,

to notice a poor guy walked passed me with heavy things on his two skinny shoulders, i looked down at my both hands, i was just holding plastic bags with 3 bottles of clorox and a 1L softener, which i complaint too heavy that i want a helping hand so much at that time to walk home.

to know the fact that some who study hard gained unsatisfying mark, while some others who study in relaxation achieved good mark to be compared with the efforts given,

to be with those who have big family members of 8, 9 or even 10 siblings, while some are just a single child in the family,

Allah is just too Fair. He is Wise. He is Just. Maha Adil.

*************************
to realise the fact that nobody is in misfortune, no, never will Allah be unjust to His creatures.

jangan sedih kalau bukan cili yang terpilih.
tak boleh masuk dalam sambal, masuk dalam paprik pun boleh :]

Allah sangat Adil.

Saturday, July 7, 2012

when something went wrong...

-bismillah-

the key to any solution is to forget what had happened.

the fact that i think too much over such a small matter, making me realised that i am lucky that Allah chose me after all to be in the situation. He knows well that i can handle it (or train myself to handle it).

for those out there who's being blamed for what they hadn't do (or perhaps being blamed for what they had done), tell yourself these :

[] if the situation is not worth to be thought for, just forget about it.
[] we may try our best to understand people, but please dont expect that others will do the same. dont expect anything in return.
[] learn more about psychological sides of each gender. respect each other's preference and sensitivity.
[] biarlah Allah selesaikan. syaitan bisik suruh settlekan, tapi the way syaitan bisik tu akan keruhkan lagi.
[] entahlah.

(these are from my friends, who advised me :)
"Pelangi itu indah, sahabat.Namun,Sebelum ia muncul..,Hujan panas dahulu yang menjenguk..Andai dinanti dengan kesabaran..,Pasti yang indah itu datang membawa sinar ceria ^^
[uhibbuki fillah abadan abada] ♥"
"awak, setiap kali ada hal nak dilakukan bersama, awak solat hajat. minta Allah lindungi awak."
benda kecik pun nak kena solat hajat, tapi itulah ciri2 h.a.m.b.a muslim mukmin. setiap benda KENA minta pertolongan dengan Allah. kita ni HAMBA saja. :]
*benda ni Allah nak ajar saya. Allahu, indahnya tarbiah. alhamdulillah.

alhamdulillah Allah kurniakan sahabat yang halal untuk sayangi saya :)
moga Allah jadikan saya juga sebagai sahabat yang terbaik juga buat orang di sekeliling.

p/s: tipulah kalau saya senang hati ja type ni. tipulah kalau saya boleh lupa terus apa yang jadi. dan tipulah kalau saya boleh buat mental block from thinking over that matter. TAPI, saya akan usahakan. itu janji saya pada diri ni.
dah farhana, dont think too much about dunia. your soul deserved more awesome things to be sought after.
may Allah bless me and my friends and families who love me with Jannah. amiin.

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...