Friday, June 29, 2012

silap langkah akhawat

-bismillah-

selain fikir exam, benda ni penuhi ruang fikiran.

petikan dari group open talk fb permai,
dari seniorS yg tidak asing lagi dalam komuniti di sini...
"Katanya, pelajar perempuan Timur Tengah sering kurang dari segi komunikasi (terutama dengan lawan jantina) - kurang eye contact, kurang common sense etc."
"saya tak faham tuntutan syariat mana suruh kita bermasam muka, tuntutan syariat mana yang ajak supaya komuniti akhawat dan syabab perlu diasingkan terus.
yang paling kelakar, bila ada mesyuarat ok plak, bila jadi ajk ok plak, bila ditanya alasanya 'urusan kerja', saya nak tanya balik, menjaga keharmonian komuniti bukan lagi besar tuntutannya ?"
"Pada pendapat saya, main reason berpunca daripada 2 perkara, pengalaman hidup dan suasana persekitaran. kita xboleh kata, itu common sense (cara bermuamalah), sebab x logik kalau orang yang xpernah ada pengalaman makan durian tahu bagaiamana rasa durian tu. common sense hanya ada pada orang2 yang pernah melalui pengalaman tersebut. Begitu juga dlm komuniti kita di sini, xmungkin pelajar, terutamanya akhawat yang kurang pengalaman b'muamalah dgn lain jantina mampu b'muamalah tanpa rasa kekok seperti seorang profesional. Sama jaga dgn p'sekitaran yang menekankan soal tsiqah dan jaga hati dlm konsep yang agak sempit sehingga menyulitkan komunikasi. kita sering kali diingatkan bahawa hidup kita xb'akhr di sini sahaja. skop tugasan yang lebih luas dan mencabar sdg melambai2 nun jauh di m'sia, mgkn juga seluruh dunia. x mungkin dakwah islam akan tersebar dgn baik sekiranya sesama muslim sendri kita ada jurang yang menyukarkan kerjasama. mari sama2 kita perbaiki diri demi memartabatkan islam pada tempat sepatutnya."

P/s: perubahan y baik,amat perlu kpd ilmu.
***
okeh. lepas baca simpan dalam minda, fikir diam2. letakkan sangkaan bukan2 di luar kotak pemikiran.

apa kena mengena tajuk di atas ?
"silap langkah seorang akhawat"

saya tak tahu pemerhatian saya betul ke tak. tapi, ramai orang problem untuk bercakap dengan lawan jantina sebab 
-malu
-takut

dari mana datangnya malu?
-fitrah. 
ada yang malu pada manusia, ada yang malu pada Allah. ada juga yang lain daripada dua2 jenis ni. 
(sblum classify kawan sekeliling, classify sekeliling kawan2 terlebih dahulu - diri sendiri)

takut datang dari mana??
-diri sendiri.

firman Allah :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [2:277]

buat semua yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang, itu taqwa.
buat semua yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang, dengan izin Allah akan dapat pahala.
buat semua yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang, selain pahala, Allah akan turunkan ketenangan, hilang rasa takut pada events dunia dan hilang rasa sedih. hepi sokmo insyaAllah.

sebab tu orang bertaqwa boleh hadapi ujian dalam keadaan KUAT, tak sedih tak gentar.
(jangan tengok diri sendiri, tengok contoh Nabi Muhammad dan sahabat2)

---habis mukadimah---

pendapat saya, seorang perempuan silap besar apabila...
-berfikir dan bertindak seolah-olah, apabila tiba masa uzur syar'ie, tak perlu buat apa2 ibadah.
ya lah, solat diharamkan atas sebab keuzuran - menstruasi. 
jadi zikir, hafazan, mathurat, semua OFF sepanjang masa uzur. yang ON pun doa makan, doa bangun tidur. Allahu.
hoh kena buang jauh2 mindset 'holiday dari ibadah' ni. salah tu. 'kerja' dan tugas seorang hamba Allah kan beribadah. jadi mana boleh 'cuti' jadi hamba Allah. pencen adalah~

hidup tanpa ibadah, akan gersang dan kosong. untung para lelaki kerana Allah tidak pernah memberi peluang kepada mereka untuk 'bercuti', kerana Allah tak nak sesiapapun pernah merasa detik gersang. *jadi jagalah solat :)

tanah sifatnya tandus tanpa siraman air.
gersang.
kering. kontang.
merekah.

bukankah asal usul kita manusia ni elemennya tanah liat hitam ?

Allah.

beribadahlah.
pesan pada diri. pesan pada diri. pesan pada diri.

nak exam pun, pesan pada diri, 
'aku baca buku ni as ibadah. tak dapat markah 100% pun OK janji masuk account pahala ibadah. kalau dapat both benefits lagi untung^^

jadi kembali pada perkaitan mukaddimah,
bila dalaman kita kuat, luaran akan kuat.
tak ada masalah nak berhubungan 'atas urusan' dengan lain jantina.
sebab apa ?

sorang sahabat pesan, 
"awak contact orang ni, kalau yakin boleh jawab depan Allah Taala di padang mahsyar nanti, 'aku buat ni atas urusan penting bukan saja2', maka teruskan. Takda masalah. :)"
see? senang kan kalau boleh bentuk hujah kuat dalam diri?
hujah kuat tu support. ada suara kecil yang cakap, takpa, kau buat ni tak bawa kemurkaan Allah.
tapi kalau hidup satu hari takda ibadah langsung (nauzubillah), susahlah nak jadi orang yang dapat support & backup dari Allah :']
kalau ibadah asas longar, mampu ke nak jawab depan Allah 'aku contact kawan aku nih ikhlas nak buat kerja nak cari pahala...' ?

Allahu.

hidup ni mudah. sekejap saja, tiba-tiba dah sampai garisan penamat. sampai bila nak berlengah?
sampai bila nak takut2 malu2 atas urusan yang perlu? kalau dulu kita boleh kuis-kuis tanah, sekarang?

Allah ada, usaha untuk jadi orang yang Allah sayang, maka insyaAllah kita akan ada KEBERANIAN dan KEKUATAN untuk buat benda yang baru bagi kita.

sains cakap, fight-or-flight situation. 
kalau kita mampu lawan ketakutan yang dirasai, kita akan rasa happy (legaaa) sebab adrenaline released. balik rumah selesai kerja, happy saja.
'aku dah cakap apa yang perlu, Allah saksi. kerja pun dah jelas apa nak buat. boleh proceed study nak exam lusa nih..'

tapi bila larikan diri, malu nak jumpa, takut nak cakap, balik rumah akan rasa sangat loser --.
'eh kenapalah aku tak boleh buka mulut tadi? alamak maklumat tak sampai lagi.. macam mana nak contact ni.. bla3...'
nauzubillah, moga Allah lindung daripada berulang --.

jadi, jom bina strong support dalam diri. :)

macam mana nak jadi orang yang Allah sayang?
:)
banyaakk caranya.
antaranya :
Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), 
niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". 
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [3:31]

jom himpun sunnah yang Nabi buat.
kalau rasa nak istiqamah dan konsisten-kan solat sunat rawatib tu susah, mulakan yang senang dulu.
(psst: when there is a will, there's a way~)
simple.
berkumur2 waktu wuduk.
gosok gigi sblum berwuduk.
basuhan 3 kali waktu berwuduk.

dan paling penting, Nabi BERIBADAH.
setiap detik adalah untuk beribadah pada Allah.
kita buat ibadah, untuk Allah, kita ikut cara Nabi, moga DOUBLE triple quadraple rewards akan kita dapat. amiin.

p/s: ingat juga hamba Allah masuk syurga bukan dengan ibadah menimbun, tapi dengan izin dan rahmat (kasih sayang) Allah. :')
p/s2: moga Allah sayang kita. amiin.

6 comments:

  1. terima kasih untuk setiap perkongsian.
    banyak membantu saya dalam serba serbi.

    ReplyDelete
  2. Thank you :)
    InsyaAllah, I'll keep that in mind plus kongsi dengan kawan2 lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome :)
      pray that the one wrote remember about this more :]

      Delete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...