Thursday, June 7, 2012

pindah rumah. silaturahim. syurga. tali persahabatan.

-bismillah-

kita bukan tali, tapi kita bisa lebih erat daripada ini...
alhamdulillah. malam terakhir menulis di meja putih, Sakan Khaldi Ba. Sh Jamiah, Irbid, Jo.

barang banyak lagi untuk dikemas. bakal berpindah. insyaAllah.

bakal berhadapan dengan rakan sebilik yang baru. :) juga rakan2 serumah yang baru.

orang cakap,
"jangan meminta masalah dikecilkan, tapi minta jiwa, semangat dan kekuatan kita dibesarkan!"
kalau macam tu, boleh saya cakap,
"jangan meminta orang sekeliling yang terbaik, tapi minta dalaman diri sendiri yang terbaik"...

tinggal di rumah sendiri.
tak boleh lari dari sifat tanggungjawab.
persoalan membentuk dan menjaga hubungan.
melatih kecekalan.

saya tahu mereka tak sempurna. dan Allah lebih tahu saya tak sempurna.
moga atas kesabaran kita terhadap kelemahan masing, moga Allah balas kesabaran itu dengan syurga.
moga atas kelemahan masing-masing, kita mampu bersabar. :)

moga masing-masing sedari dan baiki kelemahan.
bukan untuk menjadi sempurna, tapi cukuplah untuk menjadi insan yang muslih.
kita belajar, dan akan terus belajar. kerana belajar itu antara wadah utama untuk membaiki diri.
apa2pun, pilih silaturahim.
kerana silaturahim itu syurga.

biarlah kita kenal kerana tujuan yang satu.
biarlah kita hidup kerana tujuan yang kekal itu.

syurga.

ingatkan saya.
sentiasa ingatkan.

neraka itu tempat orang yang memutuskan (silaturahim). nauzubillah.

:)

***

alhamdulillah. Allah pinjamkan floormates yang terbaik, roomate juga yang terbaik, sangat terer masak! tak berkira, suka bantu, rajin study, determined & highly spirited!

:)

pinjaman yang Allah kurniakan selama 9 bulan. alhamdulillah.
moga Allah berkati.

perpisahan.
tiada makna apa-apa pertemuan tanpa keberkatan.
moga perpisahan ini bukanlah penyimpul mati pada tali persahabatan, tapi, menjadi simpulan tali pengikat satu cerita bahawa kami pernah seiring dalam satu chapter kehidupan.

mari kita simpul ikatan di bahagian lain pula dalam satu tali kehidupan, pengakhirannya kita akan sedar bahawa we are all actually connected. we are along the same rope; leading to Jannah. sudah pasti, semua itu hanyalah berlaku sebelum sampai di penghujung; hilang pinjaman nyawa :]

p/s :
i)... . clueless. i got angry just now. feeling disappointed by my friends, but some other friends helped me realised that i love our bond, too much that i dont want to lose it. we'll have a blast tomorrow insyaAllah. :)
ii) abt a small matter of consideration. and responsibility. i am assertive. and i choose silaturahim. may Allah loves me, much. amiin.

3 comments:

  1. as salam..jln2 dr http://hanaafiqah.blogspot.com.
    suke penulisan saudari..keep it up!!(^_^)

    ReplyDelete
  2. Bila kita lapang, kita akan sibukkan diri dengan mapa saja.
    Bila kita sibuk, kita sesali pengurusan masa yang tidak sempurna.

    Bila kita ingat Allah?

    ReplyDelete

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...