Friday, June 15, 2012

mualamat. persepsi. dua dimensi.

-bismillah-

coretan ringkas. mungkin mampu mengubah atau membina persepsi. mungkin juga tidak.
inspirasi -.-'

"eh, Aisyah, jangan PM ketua awak waktu-waktu macam ni."

"hah? kenapa pulak? saya nak siapkan laporan nih cepat2."

"ya lah, sekarang dah pukul 12.30 tengah malam. tak manis."

"tolonglah! ni hal penting. bukan saya nak tanya dia hal2 peribadi. ok saja kan saya PM nak tanya apa nama penuh dia saja pun."

Aina tersenyum.

"ehm. sebenarnya macam ni. akak tahu Aisyah rajin, Aisyah komited nak bekerja. Aisyah jugak cakap nak pupuk professionalisme dalam bekerja untuk persatuan."

Aisyah mengalihkan pandangan dari skrin laptop. Kak Aina memandang tepat pada wajahnya. Dia akur, Kak Aina lah orang yang paling mengambil berat akan keadaan dirinya semasa berada berjauhan dari keluarga di perantauan.

Aina menyambung,
"tapi, Aisyah tak tahu kan bagaimana persepsi ketua awak pada awak?"

"eh akak. sangka baik sajalah. dia ok saja. cool ja nampak."

"hurm awak cakap dia ok. akak nak tanya Aisyah, kalau dia PM awak tengah-tengah malam tanya nama penuh awak, apa persepsi awak?"

"saya balas je."

"kalau dia tanya sekolah mana dulu?"

"Sekolah Tarbiyah."

"nampak tak apa akak cuba cakapkan? awak akan jawab apa yang ditanya. cuba awak fikir, kalau satu hari hati awak dicondongkan padanya, bagaimana?"

"hah? apa akak cakap nih?? tak faham."

"macam ni. akak cakap berdasarkan pengalaman. dulu, akak juga macam Aisyah. semangat buat kerja. semangat nak jalankan projek itu ini. akak juga sangat determined untuk nak pupuk professionalisme dalam bekerja. Aisyah tahu kan, akak dulu sekolah perempuan semua?"

Aisyah mengangguk.

Aina tersenyum kecil kemudian menyambung,
"bila bekerja dengan kawan selain perempuan, akak selalu ingatkan diri akak, jangan jatuh suka pada mana2 kawan lelaki. berkawan dengan mereka seprofessional yang boleh. jadi, dengan mindset begitu, akak tak rasa salah PM mereka tengah-tengah malam. akak rasa ok je cakap dengan mereka, tanya itu ini. rasa ok saja nak buat lawak, sebab akak anggap mereka kawan, anggap mereka professional. bila akak anggap mereka professional, akak tahu mereka juga akan anggap akak kawan, dan semua perkara simple2 kita biasa buat dengan kawan sejantina rasa ok saja buat depan diorang."

"oh ya? akak pun macam saya rupanya. jadi tak salah lah saya PM dia tengah2 malam kan ? kenapa akak larang pula?"

"sebab Allah uji akak, ada kawan-kawan akak salah faham tindakan akak. ada antara mereka anggap akak senang bergaul dengan lawan jantina. ada yang anggap akak beri 'hint' pada dia. dan lagi parah, ada yang ter-jatuh minat pada akak, Aisyah."

"hah? macam mana boleh sampai macam tu?"

"mudah. syaitan. hati kita cenderung, jatuh suka kepada orang yang tak sepatutnya tu mula dari bisikan syaitan."

"maksudnya, syaitan akan bisik 'kau suka dia' banyak2 kali ke?"

"haha tak lah. itu prebet saja. kalau general, one day, syaitan akan bisik tanya awak, kerja persatuan dah siap belum? lepas tu awak pun teringat nak buat sebab deadline dah hampir. tengah buat, tiba-tiba ada perkara perlu dibincangkan. maka dia menyelinap dalam perbualan kalian."

"oh. tu saja?"

"awak pergi meeting sebab nak bincang hal persatuan. awak lupa nak niat kerana Allah. maka dalam meeting tu awak akan diganggu oleh syaitan. boleh jadi awak akan dihias oleh syaitan menjadi sangat mempersona pada pandangan orang yang juga lemah dengan bisikan syaitan. boleh jadi, akan terselinap dalam fikiran awak, 'eh, karisma betul kawan aku bagi ucapan! wahhh!'. lagi parah, kalau awak tak jaga pandangan, awak akan nampak kawan2 lawan jantina awak sangatlah ada rupa. padahal, mereka semua sama saja."

"habis tu, saya kena tunduk selalu lah dalam meeting? macam mana nak cakap?"

"haha. jangan kolotlah! tak salah awak angkatkan kepala awak tumpu pada orang yang sedang bercakap. penting juga waktu sesi pengenalan dan taaruf, supaya awak kenal orang-orang tertentu itu. jangan nanti, orang tanya siapa ketua bahagian itu bahagian ini, awak tak kenal pula! setiausaha persatuan haruslah kenal semua!

apabila awak nak bercakap, cakaplah dengan jelas. orang tak bosan, maklumat pun sampai. sebelum tu, jangan malu2 ucap bismillah. sebab setiap perkara yang bermula dengan bismillah tak akan bawa mudarat jika perkara itu dilaksanakan dengan cara yang betul."

"akak, hehe. bismillah tu kuat nanti orang cakap, 'eh alimnya budak ni'. bismillah slow pun ok saja kan?"

"itulah awak. haha. akak nasihatkan, kalau awak takut timbul riak dalam hati, bacalah slow sebelum berucap. kalau hati awak kuat, niatkan aku sebut kuat ni sebab nak menjadi qudwah (ikutan) buat rakan-rakan yang lain, aku nak juga mereka dapat pahala dan kebaikan dari amalan kecil ni."

nafas dihela. malam sudah larut.

"Kak Aina, nak tanya lagi boleh?"

"tanya sajalah. jika akak boleh jawab, akak jawab."

"akak cakap ada kawan akak terjatuh hati pada akak kan? boleh share dengan Aisyah tak? maaflah kalau terlalu privasi."

"oh. pasal itu. tak ada apa pun, cuma semuanya salah akak juga sebab anggap semua orang sama. akak anggap semua orang professional. jadi, akak friends saja dengan semua orang yang add di fb. jadi, status2 akak muncul di wall mereka setiap kali update. status mereka semua akak hide sebab tak berkaitan dengan hidup akak. hehe.

tapi rupa2nya, dalam melalui status2 yang akak post, ada antara mereka yang salah anggap. kamu tak perlu tahulah apa anggapan kawan akak tu."

"hanya kerana status saja?"

"mungkin lagi satu sebab akak suka wall post. akak tak suka PM. semua kawan lain jantina akak wall post. sebab bagi akak, wall post lebih terbuka dan orang lain boleh nampak apa yang dibualkan adalah perkara berkaitan kerja semata-mata. tapi, kawan2 yang lain salah anggap. mereka rasa, wall posts akak pada wall seorang kawan lain jantina ni, menunjukkan akak rapat dan senang berhubungan. bila timbul cakap-cakap kecil yang menyimpang ni, akak marah."

"akak marah?"

"ye lah, sebab selama ni akak tak pernah terfikir pun akan wujud hubungan terlarang macam yang diorang fikirkan.

lama-kelamaan, apabila orang makin bercakap, hati akak pun terfikir, apa kurangnya kawan aku ni untuk aku nafikan sedikit rasa suka?
masa tu syaitan sudah belit fikiran akak.

tapi alhamdulillah, walau sejelas manapun kebaikan yang Akh tu tunjuk pada akak, walaupun banyak perkara dia tolong akak uruskan, walau sebanyak mana pun budi yang ditabur, Allah masih selamatkan akak daripada rasa bahagia, seronok dan berterima kasih atas bantuannya. Allah hantarkan kawan2 yang nasihatkan akak, bahawa segalanya pertolongan tu datang dari Allah, melalui Akh tu, untuk menguji sama ada akak mahu bersyukur pada-Nya atau pada makhluk.

kalau akak pilih jalan untuk memuji makhluk-Nya, pasti akak akan rasa terhutang budi dan rasa bersalah menolak 'rasa suka' Akh tu pada akak. tapi, akak pilih untuk bersyukur pada Allah, akak sematkan di minda bahawa Akh itu ikhlas tolong akak dan Allah nak ajar dia cara betul untuk menguruskan rasa hati. jadi, akak tak rasa satu kesalahan besar untuk tidak menyambut 'rasa suka' Akh itu."

"akak, sumpah saya tak pernah terfikir semua ni!"

"ya, sebab tu akak larang awak PM tengah-tengah malam. takut nanti kawan awak salah faham, dan bina persepsi bahawa awak sudah tidak kisah bercakap dengannya bila2 waktu. awak sudah tiada rasa segan dengannya. hah, apabila timbul persepsi macam tu, dia pun tak rasa satu kesalahan untuk tidak rasa segan dengan awak. bila dia hilang rasa segan, awak jangan terkejut dia akan bebas tanya awak itu ini dan bersembang di depan rakan-rakan awak yang lain seolah-olah awak sangat rapat dengannya."

"eh, bahaya tu akak! habislah imej saya kalau jadi macam tu. penat2 saya jaga tak nak sembang dengan lain jantina masa di sekolah, tiba-tiba datang universiti saya jadi orang yang terbuka pulak? huuh tak boleh, tak boleh."

"sebab tu penting, fikirkan persepsi orang dengan setiap tindakan yang kita buat."

"tapikan akak, PM tengah malam tak jatuh hukum dosa kan?"

"kalau awak PM pasal report submission, pasal pengumuman urgent yang tak boleh tunggu pagi esok, maka awak dapat pahala sebab jalankan amanah dan mudahkan urusan orang."

"oh, faham. maknanya, ikut keperluanlah kan?"

"ya. dan cadangan akak, sebelum nak tanya directly, apa kata awak cari jalan cari sendiri jawapan kepada soalan yang ditanya. macam contoh awak nak tahu nama penuh ketua awak, akak rasa awak setiausaha ada simpan data kan dalam laptop?"

"ha ahh la akak! baru saya ingat. saya ada ambil data dari setiausaha tahun lepas! nasib baik akak ingatkan."

"hee. awak nih. tengok, kerja awak beres, muamalat awak terjaga. manis saja Aisyah ni bila nak buat kerja dia semangat, nak tanya dia beradab, bukan ke itu bawa imej baik pada akhawat bertudung labuh? kita jaga agama, kita jaga professionalisme, kita jaga persepsi."

"akak, nak cakap sikit lagi. kesian akak dah mengantuk."

Aina sekadar mengangguk sambil tersenyum.

"terima kasih banyak. terima kasih sebab ingatkan Aisyah. terima kasih sebab ajarkan Aisyah tips nak bermualat. huhuhu. kerdilnya Aisyah."

"terima kasih pada Allah, sayang. Allah sayangkan kita, Dia beri ujian untuk tarbiah dan mendidik diri sendiri juga orang sekeliling."

:)

********************

krik3. tiba-tiba terfikir untuk menaip coretan kisah dalam komuniti di sini. semester 3. semakin sibuk. moga Allah berkati setiap taklifan. moga tidak dilanda ujian dalam muamalat sesama rakan2. hoho. moga tindakan kami tidak disulami bisikan syaitan.

:3

10 comments:

  1. Tertarik dengan post ni. Kerja2 sebegini,melibatkan ikhtilat yang diharuskan,memang tak lekang dari fitnah,dan syaitan sering mendekat. Dan soal hati yang sentiasa berbolak balik,memang mencabar.

    Konsep "terbuka jangan hanyut,tertutup jangan jumud" tu memang kena hadam habis2.banyak kerja tak berjalan dengan baik dek kerana terlalu 'malu' bercakap dengan ikhwah/akhawat.

    Terlalu profesional tak kena gaya juga susah.Selamat bekerja kerana Allah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.

    pentingnya peranan diri, juga kawan sekeliling yang bijak mengingatkan pada Allah, bukan sebaliknya.

    رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

    ReplyDelete
  3. wah~bagusla artikel nih... btw,, nme btol awk ape ea??? rawaidah nawwar ke???

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. bagus lagi orang yang mampu amalkan. Allahu, moga Allah izin kita mampu amalkan :] amin3.

    eh, nawwar raidah tu kawan saya :)

    ReplyDelete
  5. Tepat sekali catatan ini. Banyak berlaku semasa membuat kerja persatuan atau aktiviti-aktiviti berkaitan. Dulu-dulu tak sedar..huhu.. Bila dah kahwin (saya kahwin semasa belajar) suami banyak terangkan perkara ini. Masya Allah, saya jadi lebih berhati-hati dalam berpersatuan...

    Beruntung dapat sahabat yang mampu menegur kita :) Susah nak cari macam tu..

    Oh salam ziarah.. terjumpa blog ini ketika 'jalan-jalan' di internet :)

    Ummu Khaulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. ditulis campur2 dengan pengalaman sendiri dan rakan2,,utk ingatkan diri sendiri juga sebenarnya. hati2 membina persepsi.

      terima kasih :) doakan Allah sentiasa tegur tindakan kita. :)

      Delete
    2. Ya, sentiasa doakan sesama kita. Allah tidak pernah jemu mendengar doa kita tetapi kita, manusia,,, yang jemu berdoa.. Ingatan untuk diri saya juga :)

      Delete
  6. Bismillah,,

    Teruskan menulis !

    Kesian syabab tu...

    ReplyDelete
  7. (: anggap ja tu penyedap cerita hidup

    ReplyDelete

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...