Monday, May 21, 2012

nota bila sibuk

-bismillah-

nak study. nak siapkan tugasan itu. nak siapkan tugasan ini.
  1. kalau kamu buat kerja untuk manusia, balasan yang kamu dapat tidak akan pernah puas.
  2. laksanakan tanggungjawab pada agama. baiki setakat mana yang boleh. kalau tahu hadis palsu di-ter-sebarkan, beritahu. jangan penting diri. nanti di hari pembalasan, diorang tanya kita kenapa tak halang bila dah tahu ? buku jangan lupa baca lepas tu. keberkatan yang dicari.
  3. jangan keraskan hati. nampak kemungkaran, cari jalan ganti dengan perkara kebaikan. jangan buang masa saat sibuk ini dengan mengutuk mengata dan seangkatan.
  4. selalu ingat mati. lepas saat kematian nanti, hilang semua kerja-kerja dunia yang buat kita sibuk sekarang.
  5. bersyukur. setiap masa jangan tinggal. orang bersyukur tak merungut.
  6. ingat Allah. Allah tak akan susahkan mana-mana pihak.
  7. jangan compare pekerjaan / amalan / perbuatan. compare niat. ada orang 'nampak' goyang kaki dalam hidup, tapi dia niat hidup untuk cari redha Allah. bandingkan pula orang kerja ke sana ke mari ke situ ke sini, tapi dia hidup untuk cari pujian, penerimaan manusia sahaja. (approval)
  8. ingat mati. itu ubat kepenatan bagi orang yang letih. ubat boleh melegakan, menghentikan kesakitan. tapi, ada ubat manis, ada ubat boleh jadi sangat pahit. kamu nak ubat mana satu ? dua2 berkesan menghentikan rasa 'sakit' dan letih tu.
  9. balasan untuk kesibukan itu, tidak tahu bila masanya. boleh jadi kerja selesai tapi tak nampak balasan lagi. boleh jadi sibuk buat kertas kerja, tup tup submit kertas kerja ditolak. orang yang percaya dia buat kerja dengan betul, dia yakin dia mampu utk dapat ganjaran dari Allah, dia akan dapat balasan. balasan mungkin boleh jadi ketenangan hati. boleh jadi balasan dalam bentuk semangat nak betulkan apa yang kurang!
  10. luahkan. jangan simpan kesibukan duniawi anda. kalau anda lebih2 dalam duniawi, orang sekeliling akan tegur. kalau anda orang yang ambil lepas / ambil mudah dalam perkerjaan duniawinya, orang sekeliling boleh tegur supaya anda bersungguh-sungguh lagi. 
tu je kot. peringatan utk diri sendiri. 

sibuk tak tera mana pun.

dalam buku ayyuhal walad by imam shafie, orang yang Allah tak cinta padanya, maka Allah akan biar dia sibuk dalam urusan yang tak penting.

nauzubillah.
moga Allah lindung.

2 comments:

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...