Skip to main content

membina ukhwah

-bismillah-

=)

lagi-lagi post pasal batchmates saya.

mereka sweet. mereka manis. mereka halawiyat. hoho

ni halawiyat (manisan)
kunafeh namanya :D
alhamdulillah.
tak sangka, luar lain, dalam lain.
luar sempoi relax2 ja, tapi dalaman huh, tanyalah ilmu apa pun semua tahu. respek akak mentor saya!

***
Misteri Jiwa Seni


Aku tersenyum lagi,
Melodi jiwamu tidak dapat aku baca,
Susun lirikmu tidak bisa aku nyanyi,
Tapi bait indahmu berlagu penuh seni.


Lincah gerak tarimu,
Dengan irama penuh syahdu,
Dalam gubahan tempo dan waktu,
Buat aku terkedu.


Aku tersenyum sendiri,
Kau bagai muzik, 
dan kau bagai sekeping puisi,
sungguh, kau orang seni.


Berzaman untuk ku tafsir!
-nawwar-

tribute to my new friend.
abaikan. haha. :D

sungguh, kuasa Allah itu sangat besar. Dia ciptakan kita macam-macam fe'el (sikap).
dan peluang untuk kita kaitkan dengan kebesaran Allah.

subhanAllah, orang macam ni pun ada ? :D

mulianya hati dia, lembutnya hati dia, kerasnya hati dia, biarlah.
yang penting kita kena tahu, dia jadi begitu sebab Allah suruh dia jadi begitu depan kita.
kalau dengan orang lain, Allah tak izin sebab mungkin orang lain tak boleh terima dia macam tu.
Allah tahu kita boleh 'baiki' atau terima dengan keadaan kawan kita macam tu, jadi Allah suruh dia bersikap begitu depan orang yang terbaik yang boleh terima situasi tu. (dah jumpa noktah?) hehe.

bila tengok sahabat di malaysia, kawan-kawan mereka begini. kawan-kawan kita begitu. sebab Allah tahu, itulah yang terbaik buat setiap orang, jadi Allah berikan situasi yang terbaik yang boleh kita masing-masing handle.

alhamdulillah. semoga Allah terus berkati pemilihan Jordan untuk tamat 6 tahun degree in medicine.

dalam memantapkan organisasi batch, hari tu ada perbincangan biro dan amt (orang besar hehe).
saya kecik jadi saya masuk biro saja.
jujur cakap, kita semua manusia biasa. (lahh)
maksudnya, ada benda yang kita lebih, ada benda yang kurang. tapi, dengan penyatuan idea & perbincangan, kelemahan yang ada sikit-sikit dibaiki.

antara benda yang target penting untuk mantapkan batch, ukhwah.
ukhwah tu perhubungan.

ada kawan tanya,
"ukhwah kita sampai ke mana?"

hurm. itu soalan penting.
apa guna hidup setengah dekad sama-sama tapi masih tak boleh bergurau, berkongsi, memahami ? (syabab-syabab~, akhawat-akhawat~)
rugilah kalau datang awal-awal rapat dengan 5 orang, balik rapat dengan 6 orang saja,, sedangkan jumlah semua ada berganda-ganda daripada tu.

lagipun, macam best saja boleh raikan kawan-kawan di hari bahagia mereka. ehem.

jadi, untuk soalan tu,
"ukhwah kita sampai ke mana?"
suka untuk saya jawab, sampai kita semua gembira tengok masing-masing gembira, dan sedih bila masing-masing sedih.

masa belajar, kita raikan kawan-kawan yang gembira dengan pencapaian mereka, pada masa yang sama kita ikut & contohi, belajar dari mereka.
bila kawan sedih, susah hati, kita terjun dalam masalah mereka.

masa selepas belajar, respek kawan2 yang mungkin jadi public figure (hoho jauh fikir).
tak sombong dengan kawan yang kurang pakar sikit.
kita raikan mereka di hari bahagia mereka~ haha.
doakan setiap antara kita diberikan keluarga sakinah.

bila ukhwah mantap sejak zaman belajar, tak mustahil kita boleh sama-sama jadi tulang belakang bila nak rujuk masa zaman kerja nanti. saling motivate. dengar cerita, alam kerja lagi besar ujian :]

moga-moga boleh teruskan delegasi ini sampai ke syurga.
kalau di dunia kita boleh duduk dan berbincang, Allah izin, harapnya, Allah izin juga di akhirat sana kita duduk dan bersepakat dalam menikmati nikmat Allah dalam syurga. bersama-sama keluarga masing-masing. bahagianya melihat orang lain bahagia!

eh.

betullah. ukhwah sampai syurga. itu jawapan saya.

hurm. cakap mudah. tulis pun mudah.
langkah awal, cuci hati. bila tengok kawan happy, tumpang happy, jangan dengki.
bila tengok kawan sedih, kawan susah, lembutkan hati dan jangan rasa terbeban. ringankan hati untuk ambil tahu masalahnya. lapangkan hati untuk berkongsi dengan yang mahu mendengar.
cakap pasal hati juga, kait dengan perasaan. bila rasa nak ter-admire, buang cepat-cepat. crush comes and goes. abaikan. serius. hari ni super suka dengan kawan kita, esok eh, dah hilang rasa suka.

senang hidup bila hati bersih :) sungguh. keadaan hati diterjemahkan oleh perbuatan. hati yang sejahtera, maka kehidupan pun sejahtera.

tu saja.
moga Allah terima doa & harapan kita sebagai ibadah.
moga Allah mudahkan. moga Allah buka jalan yang terbaik untuk semua masuk menjejak dalam syurga-Nya.
moga sahabat-sahabatku dalam lindungan Allah selalu.
amiin.

Comments

  1. Another good entry.Continue writting and sharing :
    Sila lawat laman saya : Jomwalkabout.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 808 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …