Skip to main content

al-Quran, macam2 ada. boleh jadi macam2 diadakan.

-bismillah-

Alhamdulillah. Allah izin saya belajar bahasa arab. besar nikmat tu. walaupun hanya bahasa Arab asas, hanya sijil spm, bukan diploma, bukan ijazah dan lain-lain, tapi alhamdulillah tetap berpeluang rasa kemanisan bahasa arab. walaupun sedikit, manis tu ada alhamdulillah.

terkilan sebab saya tak tahu macam mana nak buat bagi semua orang yang saya sayang rasa juga kemanisan celupan ilmu bahasa arab.

tak apa lah, nak kongsi sikit. salah silap boleh betulkan.

dalam ilmu bahasa melayu, pengajian sastera dan seni bahasa di ambil dari teks dan karangan yang berbagai-bagai. ada yang mengkaji dari Sejarah Melayu, ada juga dari kumpulan epik. itu dahulu. jika penulis muda sekarang mahu menulis, mereka akan merujuk dan membaca karya penulis semasa, iaitu sezaman, untuk mencerna idea dan teknik penyampaian.

namun, dalam ilmu kajian bahasa arab, sumber kajian utama dan tumpuan ialah kita al-Quran. ya, kajian moden juga pada kitab2 tulisan manusia, tapi ilmu balaghah tu khusus tumpu dalam Quran.

balaghah?

tu kalau bahasa melayu, lebih kurang 'gaya bahasa'.

dalam Quran ada gaya bahasa ? sastera ? bukan kitab agama saja kah?

***

سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)

***

Allahuakbar. Allah sangat hebat.

apa kita nampak dari ayat2 ini?
Allah yang memegang persepsi kita. ada orang, Allah izin di nampak terjemahan surah ni, iaitu


Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) 
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) 
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) 
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.  (4)

ada pula orang yang Allah suruh hati dia nampak khat tulisan yang tak tahu apa maksudnya.

ada juga orang yang Allah izin hati dia baca banyak kali ayat ni, sebab dia rasa ayat ni besar fadhilatnya (kelebihan) untuk diamalkan.

ada orang nampak, ayat kedua tu best. sebab boleh mohon macam2 pada Allah. sebagai 'green light' untuk tindakannya.

orang sastera pula, mungkin nampak macam ni...
perasan tak pada setiap bait, diakhiri dengan huruf الدال (د) .?
:) itu kalau dalam bahasa melayu ialah pantun.
tapi dalam pengajian balaghah bahasa arab, itu dinamakan saja' (السجع),
iaitu rangkap yang sama rima akhir atau huruf akhir.

beautiful kan? ada gaya bahasa dalam kalimah2 asing yang kita tak pernah tahu itu.

***

ada lagi, cabang ilmu (المقابلة) , iaitu 2 perkataan berbeza makna dalam satu ayat / bait2.
contoh :


وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا (١) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا (٢) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا (٣)وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا (٤) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا (٥) وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَٮٰهَا (٦) 

perkataan bergaris tu bawa maksud,. 'matahari', 'bulan', 'siang', 'malam', 'langit', 'bumi'.

ayat ni ciri nya muqabalah - iaitu Allah susun perkataan berlawanan dalam ayat / bait2.
itu antara cabang ilmu balaghah belajar zaman sekolah.

banyak lagi. ada situasi ayat Allah letak 2 perkataan sama (الجنس تم), juga 2 perkataan hampir sama sekali imbas (الجنس غير تم) tapi lain maknanya.

maaf, tapi tulah nikmat bahasa Arab. lain kali saya cuba kongsi.

***

berbalik pada surah al-Ikhlas tadi,
dalam ketegasan tentang mentauhidkan Allah, Allah selitkan unsur seni dan bahasa, tapi tak semua nampak.

macam2 lagi pandangan.

sebab tu ulama' galakkan baca taawwuz sebelum baca Quran.
taawuz tu perlindungan, iaitu "aku berlindung dengan Allah daripada syaitan."

berkenaan persepsi berbagai2 dalam kalam Allah, jom tengok ayat ni :

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. (41)

nauzubillah daripada disesatkan. jadi jangan hairan bila ada orang berpegang dengan Quran (dikatakan membacanya), dikatakan bahawa LGBT (lesbian gay bisexual transexual) tu Allah bagi dan approve, maka jangan lupa fakta bahawa ada orang boleh disesatkan dengan pemahaman yang salah dari Al-Quran. moga Allah lindung. sebab tu nak belajar ilmu apa2 pun, kena berguru. walaupun berpegang dengan sumber sahih, sumber teragung, tapi tanpa guru yang bijak dan tanpa guru yang beriman, sesiapapun boleh tersesat dengan ilmu itu.

ni Laut Mati. tempat kaum homoseksual di azab. tempat ni tempat paling rendah di dunia. tengok tempat saya berdiri ambil gambar, orang nampak kecik. menunjukkan laut tu kena turun lagi ke bawah sana. nak datang pijak tempat saya berdiri ambil gambar ni pun kena turun jauh ke bawah melalui jalan raya yang berliku. kat sini sunyi, tak ada ikan, tak ada burung. hanya ada manusia. dan hanya ada lalat2 yang menghurung sampah. tak tipu. cacing pun takda dlm pasir~

***

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak). (42) 


Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Dia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu. (43) 


Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (44) 


Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. (45)


Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri. (46) 


Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad) dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir. (47) 


Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran. (48) 


Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru? (49) 


Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi (50) 


Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya! Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (51) 


(Ingatlah akan) hari Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (52) 


Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (53) 


Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Dia kehendaki, Dia akan menyeksa kamu dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan mereka. (54) 


Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (55)


***
al-Quran, macam2 ada. boleh jadi macam2 diadakan.
  • sejak belajar medic (walaupun baru tahun pertama), ilmu embrology pun ada dalam al-Quran. :)
  • ayat Allah cakap semua benda diciptakan berpasangan (yasin 36:36), ada dalam ilmu anatomy, ovary ada 2, lungs, heart ada 2 ventricle, 2 atria, 2 pulmonary vessels.. dll. :) dalam organic chemistry, ada pasangan cis-trans, e-z, meso compound, chirality. isk222 tak terhitung! hatta pasangan pada 'ada' ialah 'tiada'!
  • ilmu Allah saaangat luas!
  • dalam satu ayat, Allah berfirman, 'tanyalah pada orang yang tahu'. ustaz masa form 1 dulu cakap, kamu nak cari ilmu nak buat roti canai pun al-Quran boleh beri jawapan. jadi, pentingnya guru. jangan dok kaji sorang, syaitanlah gurunya nanti. nauzubillah.
  • (jadi, secara tak langsung, ada larangan ponteng kelas dalam al-Quran) :D see ? different perception we got. sbb tu perlu guru. again. and again.
  • remember, guru kita belajar dari gurunya. gurunya belajar dari atas lagi. guru paling guru pun, belajar dengan guru. senang cakap, ulama yang sintesiskan hukum pun belajar dengan guru. semua tu belajar dari sahabat yang belajar dari Nabi. nabi belajar dengan siapa ?? dengan izin Allah, dengan malaikat jibril yang turun sampaikan wahyu Allah.
  • semua ilmu dari Allah, melalui perantaraan manusia.

subhanAllah. bertasbihlah kita semua memuji Allah! Allah tuhan yang Maha Bijaksana.

***
saya nak cakap pasal ni juga. isu Muslim LGBT. dia agama islam tapi amalkan seks songsang dan seangkatan. dakwa mereka, mereka amalkan prinsip Quran, 'adil dan hormati setiap jiwa!'.

mengucap. Allah. jangan pesongkan hati aku.

jom baca dialog antara nabi Lut dan kaumnya :

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji (الفاحشة), yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?


"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".


Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (NabiLut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".

Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." [surah al a'raf 7 : 80-83]

dalam surah lain, banyak lagi kisah nabi2 terdahulu dan umat mereka.

"dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji (القباءث) . Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik," [21:74]

Allah. moga hati kita tak terpesong. moga iman tak ditarik balik. moga Allah lindungi kita. amiin3.

***


buat yang berkecenderungan pada yang tak sepatutnya, jangan tertipu dengan mereka yang mengatakan bahawa al-Quran membenarkan LGBT. saya tak pernah melalui apa yang kamu lalui, alhamdulillah, tapi saya percaya keperitan dan kesusahan yang ditanggung sebab takutkan azab Allah, penghujungnya nanti kemanisan dan syurga yang menanti. :) Allah keep watching us to grant us the best.

'aku tahan apa yang aku rasa, aku nak syurga! tak kira, selagi aku tahan, aku tak mahu balasan lain melainkan syurga!'

sabar. Allah is the best judge.

moga Allah terima.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …