Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

weird hope

-bismillah-
this is a personal post. dont read it if this has no concern with you. thank you.

"Letakkan aim di DEPAN ,, dan satu2nya cara untuk menggapai aim itu ialah dengan bergerak ke HADAPAN.  Andai sudah memulakan langkah, gagahkan kaki untuk terus melangkah hingga ke hujung,,  jangan sesekali berpatah balik.
Jika berpatah balik, itu bermakna anda sedang menjauhi aim itu sedangkan misi anda ialah untuk menghampiri dan menggapai aim tersebut.
Sememangnya tidak dapat dinafikan, ujian datang silih berganti,,
untuk menguji keteguhan hati dan kekuatan tekad.

Anggaplah ujian itu sebagai R&R, untuk berehat dan berfikir sejenak sambil mengumpul kekuatan. Kemudian, bangun dan hadapi ujian tersebut dengan kekuatan dan keyakinan yang padu.
Andai ujian itu berupa tembok,, panjatlah, pecahkanlah.. Andai berupa lalang,, tebaslah.. Andai berupa hujan panah,, carilah tempat berlindung.. Andai berupa musuh,, lawanlah..
Usah menyerah kalah.. Yakinlah dengan Allah, sebaik2 Perancang :)"

***

a f…

al-Quran, macam2 ada. boleh jadi macam2 diadakan.

-bismillah-

Alhamdulillah. Allah izin saya belajar bahasa arab. besar nikmat tu. walaupun hanya bahasa Arab asas, hanya sijil spm, bukan diploma, bukan ijazah dan lain-lain, tapi alhamdulillah tetap berpeluang rasa kemanisan bahasa arab. walaupun sedikit, manis tu ada alhamdulillah.

terkilan sebab saya tak tahu macam mana nak buat bagi semua orang yang saya sayang rasa juga kemanisan celupan ilmu bahasa arab.

tak apa lah, nak kongsi sikit. salah silap boleh betulkan.

dalam ilmu bahasa melayu, pengajian sastera dan seni bahasa di ambil dari teks dan karangan yang berbagai-bagai. ada yang mengkaji dari Sejarah Melayu, ada juga dari kumpulan epik. itu dahulu. jika penulis muda sekarang mahu menulis, mereka akan merujuk dan membaca karya penulis semasa, iaitu sezaman, untuk mencerna idea dan teknik penyampaian.

namun, dalam ilmu kajian bahasa arab, sumber kajian utama dan tumpuan ialah kita al-Quran. ya, kajian moden juga pada kitab2 tulisan manusia, tapi ilmu balaghah tu khusus tumpu da…

nota bila sibuk

-bismillah-

nak study. nak siapkan tugasan itu. nak siapkan tugasan ini.
kalau kamu buat kerja untuk manusia, balasan yang kamu dapat tidak akan pernah puas.laksanakan tanggungjawab pada agama. baiki setakat mana yang boleh. kalau tahu hadis palsu di-ter-sebarkan, beritahu. jangan penting diri. nanti di hari pembalasan, diorang tanya kita kenapa tak halang bila dah tahu ? buku jangan lupa baca lepas tu. keberkatan yang dicari.jangan keraskan hati. nampak kemungkaran, cari jalan ganti dengan perkara kebaikan. jangan buang masa saat sibuk ini dengan mengutuk mengata dan seangkatan.selalu ingat mati. lepas saat kematian nanti, hilang semua kerja-kerja dunia yang buat kita sibuk sekarang.bersyukur. setiap masa jangan tinggal. orang bersyukur tak merungut.ingat Allah. Allah tak akan susahkan mana-mana pihak.jangan compare pekerjaan / amalan / perbuatan. compare niat. ada orang 'nampak' goyang kaki dalam hidup, tapi dia niat hidup untuk cari redha Allah. bandingkan pula orang kerja …

dunia baru selepas sekolah :) - aurat

-bismillah-

result UPU dah keluar. ada dapat, ada dapat tempat lain. takpa, keep being positive with Allah! :D baru tenang hati =)
-memetik fb status- alhamdulillah :)
tahniah adik2 yang bakal melangkah ke dunia baru !
be it UM UITM UIA SMKA KM (matrikulasi).. atau apa2 saja nama dunia baru kalian,, ingatlah kalian bawa nama ibu ayah di rumah, :'), kalian bawa nama dan imej diri sendiri. baik diri dan budi, maka baiklah imej ibu ayah, maka baiklah imej & peribadi sendiri. :D


malas nak cakap pasal ikhtilat, nak share tentang girl-gurl interactions saja:)


eh, sebilik dengan kawan non-muslim aurat macam mana eh ? (dengan non-muslim => muslimah kena tutup aurat penuh, macam dengan lelaki)
TAPI kalau setahun, tak kan setiap masa tutup aurat penuh ?? --> haa ni kena rujuk ustazah shariah kita semua :) , nak tanya sheikh google pun boleh. :D


lagi satu barrier utk srikandi sekalian,
jangan tangkap gambar dlm bilik ramai2 tanpa tudung. anggap je semua gambar kita snap adalah utk diuplo…

membina ukhwah

-bismillah-

=)

lagi-lagi post pasal batchmates saya.

mereka sweet. mereka manis. mereka halawiyat. hoho

alhamdulillah.
tak sangka, luar lain, dalam lain.
luar sempoi relax2 ja, tapi dalaman huh, tanyalah ilmu apa pun semua tahu. respek akak mentor saya!

***
Misteri Jiwa Seni


Aku tersenyum lagi,
Melodi jiwamu tidak dapat aku baca,
Susun lirikmu tidak bisa aku nyanyi,
Tapi bait indahmu berlagu penuh seni.


Lincah gerak tarimu,
Dengan irama penuh syahdu,
Dalam gubahan tempo dan waktu,
Buat aku terkedu.


Aku tersenyum sendiri,
Kau bagai muzik, 
dan kau bagai sekeping puisi,
sungguh, kau orang seni.


Berzaman untuk ku tafsir!
-nawwar-

tribute to my new friend.
abaikan. haha. :D

sungguh, kuasa Allah itu sangat besar. Dia ciptakan kita macam-macam fe'el (sikap).
dan peluang untuk kita kaitkan dengan kebesaran Allah.

subhanAllah, orang macam ni pun ada ? :D

mulianya hati dia, lembutnya hati dia, kerasnya hati dia, biarlah.
yang penting kita kena tahu, dia jadi begitu sebab Allah suruh dia jadi begitu de…