Friday, April 27, 2012

fiqh medik :) perkongsian


-bismillah-
‎(?) semasa dekat2 masa bersalin, air ketuban sudah pecah. basah. terlantar atas katil. contraction sudah berjam-jam. azan zuhur sudah sejam berlalu. si ibu perlu bersolat atau qadha atau ???
jawapannya :
Si Ibu perlu mengerti. Si Ayah ?? Tempat rujukan si Ibu.siapa lagi kalau bukan "imam"nya :]maka,Si Ayah perlu belajar. Si Sahabat perlu mengingatkan Si Ibu yang lemah lagi teruja itu. Sang Doktor perlu berpesan.Si Muslim perlu mencari, bukan melarikan diri.
moga kedatangan bayi dalam keadaan suci lagi fitrah tidak disambut dengan si ibu yang ragu-ragu status solat ! si ayah yang tidak tahu apa hendak dijawab :O
atau maaf, bahasa kasarnya, baru bayi dah buatkan ibunya abaikan solat ? :Onauzubillah3x. moga Allah jaga kita.
- status facebook sebelum fiqhmedik-

Fiqh Medik.

apakah ? oh ini satu pembentangan tentang isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan feqah.
contoh, isu nak berubat ke tak.
sebab ada hadis Nabi sarankan seorang wanita yang sakit supaya sabar (tak payah berubat). ada hadis lain pula Nabi tunjuk cara berubat. isu yang timbul, kita ni nak berubat ke nak bersabar saja ??

maka, dalam perbincangan ni, pembentang tajuk ini pun jelaskanlah, yang berubat ini satu kemestian andai penyakit tu boleh bawa mudarat kalau dibiarkan. contoh contagious diseases - penyakit berjangkit - macam batuk selesema, cari lah ubat sebelum orang lain jangkit sama =.= islam tu mudah, it fits in any condition~

***

sebelum tu, majlis patut mula 7.45mlm. tapi pukul 7.30pm baru nak makan malam, maka kumpulan saya sampai lewat sikit ke dewan. hehh, kalau saya jadi pengarah program saya pun berasap ~ haha.

tak sempat duduk, baru langkah masuk dewan, akak yang bertugas dah mintak pendrive untuk slideshow presentation nanti. adeh.

saya ambil tempat duduk di depan sekali. sebab fokus makin berkurang 10% andai kita duduk makin ke belakang. jadi nak 99.9% apa yang disampaikan, kena duduk paling depan. :D

"adik, pendrive tak boleh bukak."
akak yang bertugas tadi datang duduk sebelah.
saya toleh ke bahagian depan dewan. alamak encik pengarah tengah buat nonverbal communication. di skrin putih depan tu, keluar message box error. uh oh.


"sahabat, nak pendrive spare! cepat! pengarah tengah tunggu"

+________+ gimik tak habis2.

lepas 2 kumpulan bentang, sampailah giliran kumpulan saya. akhir sekali.

sahabat sekumpulan saya, Kak H memulakan sesi pembetangan dengan intro yang padat dan tepat ikut kehendak jawatankuasa program yang nak pembetangan 65 slides dalam masa 30 minit (err).

sambil tu, saya tengok semua audiens dalam dewan. ya Allah, anugerahkanlah kami ganjaran besar sbb kami tak pergi konsert maher zain di Amman tapi kami datang nak tuntut ilmu untuk akhirat. tersenyum sendirian. saya pandang bahagian atas dewan, mengetahui hakikat ada malaikat2 menaungi majlis ilmu. alhamdulillah.

"sekarang saya persilakan rakan saya untuk membentangkan ... "
okeh, my turn. :) dalam hati.

"Bismillah..."
saya tarik laptop supaya dekat dengan saya.

tiba2 skrin kelam. HAH. apa jadi ??!

erk, cable connect lcd tercabut. ~~~~~

+________+ gimik tak habis2.

saya bentang lajulaju. nak tarik nafas pun semput. haha. tak sempat nak tengok muka pengarah, sebab masa rehearsal beliau memang dah pesan jangan lambat2 pun. hehh.

masa berlalu. bentang. kongsi apa yang Allah izin saya tahu.

"untuk maklumat lanjut, dapatkan dari kertas kerja dari pihak ajk."
dulu masa saya tengok orang lain buat pembentangan, kalau ada pembentang cakap macam ni, saya akan hangin sikit.
'orang datang tengok presentation sebab tak sempat nak baca kertas kerja laaah'
dan malam tu, saya terpaksa cakap macam ni. >.<
semuanya gara-gara masa! (really time-constraint. sori pembentang dulu2, saya baru faham)

sampai Q&A session, sesi soal jawab,
ada sorang kawan tanya pasal PMS.

"betul ke orang perempuan ni alami perubahan hormon setiap bulan ? jadi emosi terlebih ...bla2 (saya tak ingat). 
bukan apa, ni penting juga untuk persediaan kami nak berdepan dengan golongan wanita suatu hari nanti."

satu dewan gamat tiba-tiba. addeh.
saya la kena jawab ni, saya yang kaji pasal hormon =.=
tapi, hehh saya terlepas cakap.
nak cakap
"i really appreciate your concern about women and how to encounter them for future~" 
tapi mulut terkeluar 



"saya terharu ... (apa aku cakap ni?). sebab ada syabab ambil berat pasal akhawat dan cara nak berdepan dengan bakal2 zaujah ... (hah lagi mengarut - hahh sudahhh). insyaAllah. (saya teruskan dengan jawapan ringkas pasal soalan yang ditanya)"

+________+ gimik tak habis2.

tapi bila kenang balik, indah :) Allah bagi saya tajuk tentang Fiqh Wanita (Pendarahan berpanjangan - Istihadhah, air ketuban dan bendalir badan yang keluar dari vagina)

dalam fiqh medik ni, saya bentang pasal medik,
sebab apa benda tu keluar, macam mana nak rawat & apa kesan rawatan.
teamates yang lain bentang pasal perkaitan masalah ni dengan amalan feqah seharian.
contoh, bila keluar keputihan, wuduk batal ke macam mana ?

hehh. saya dapat tajuk pendarahan & air ketuban. selamat. tak perlu bentang pasal air mani, air wadi & air mazi.
TAPI, rupanya ini lah tajuk paling banyak orang tanya soalan >.< makanya semua soalan memang saya mangsa utama kena jawab, disusuli penambahan teamates. erk.

sebelum balik rumah, tanya sahabat, how was my performance ?
"ok. cuma awak je jawab semua soalan."
erk. agaklah. =.= so that's how people judged me.
oklah keep judging, people.

***
saya dah siapkan slides dalam bentuk pdf. ada pasal fakta medik & hukum2 fiqh. tapi seeloknya kena dapatkan melalui ajk,,, :) hidup berprotokol, hormat orang lain.

ALHAMDULILLAH.
tamatlah fiqh medik '12. :|moga ilmu tidak terhenti setakat kalam 'terima kasih' di akhir pembentangan. moga Allah faqihkan kita. amin3.Allahumma aslihlana !moga Allah lindungi kita drpd penyakit2 yg kita sendiri tak tahu nak hadapinya.
p/s: "kena banyak baca lagi" - baiklah. insyaAllah.
-status facebook lepas habis FiqhMedik-

***

moga Allah terima setiap kalam. moga saya ingat balik hukum2 yang berkaitan bila saya ditakdirkan alami masalah ke.

moga dijauhkan dari pandangan2 yang memandang pembentang, moga didekatkan dengan pandangan yang memandang pada pembentangan.

***

tahun depan nak join lagi! tapi bukan sebagai pembentang dah kot. nanti orang lari. hehh.
sekian, catatan hidup di Jordan :) alhamdulillah :D

2 comments:

  1. hehe. .kesian saudari dgn kwn2 tak dpt g knsert maher zain .takpo lah majlis ilmu ,malaikat pelihara :D

    ReplyDelete
  2. hihii alhamdulillah :) moga sentiasa dlm keuntungan

    ReplyDelete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...