Friday, April 27, 2012

fiqh medik :) perkongsian


-bismillah-
‎(?) semasa dekat2 masa bersalin, air ketuban sudah pecah. basah. terlantar atas katil. contraction sudah berjam-jam. azan zuhur sudah sejam berlalu. si ibu perlu bersolat atau qadha atau ???
jawapannya :
Si Ibu perlu mengerti. Si Ayah ?? Tempat rujukan si Ibu.siapa lagi kalau bukan "imam"nya :]maka,Si Ayah perlu belajar. Si Sahabat perlu mengingatkan Si Ibu yang lemah lagi teruja itu. Sang Doktor perlu berpesan.Si Muslim perlu mencari, bukan melarikan diri.
moga kedatangan bayi dalam keadaan suci lagi fitrah tidak disambut dengan si ibu yang ragu-ragu status solat ! si ayah yang tidak tahu apa hendak dijawab :O
atau maaf, bahasa kasarnya, baru bayi dah buatkan ibunya abaikan solat ? :Onauzubillah3x. moga Allah jaga kita.
- status facebook sebelum fiqhmedik-

Fiqh Medik.

apakah ? oh ini satu pembentangan tentang isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan feqah.
contoh, isu nak berubat ke tak.
sebab ada hadis Nabi sarankan seorang wanita yang sakit supaya sabar (tak payah berubat). ada hadis lain pula Nabi tunjuk cara berubat. isu yang timbul, kita ni nak berubat ke nak bersabar saja ??

maka, dalam perbincangan ni, pembentang tajuk ini pun jelaskanlah, yang berubat ini satu kemestian andai penyakit tu boleh bawa mudarat kalau dibiarkan. contoh contagious diseases - penyakit berjangkit - macam batuk selesema, cari lah ubat sebelum orang lain jangkit sama =.= islam tu mudah, it fits in any condition~

***

sebelum tu, majlis patut mula 7.45mlm. tapi pukul 7.30pm baru nak makan malam, maka kumpulan saya sampai lewat sikit ke dewan. hehh, kalau saya jadi pengarah program saya pun berasap ~ haha.

tak sempat duduk, baru langkah masuk dewan, akak yang bertugas dah mintak pendrive untuk slideshow presentation nanti. adeh.

saya ambil tempat duduk di depan sekali. sebab fokus makin berkurang 10% andai kita duduk makin ke belakang. jadi nak 99.9% apa yang disampaikan, kena duduk paling depan. :D

"adik, pendrive tak boleh bukak."
akak yang bertugas tadi datang duduk sebelah.
saya toleh ke bahagian depan dewan. alamak encik pengarah tengah buat nonverbal communication. di skrin putih depan tu, keluar message box error. uh oh.


"sahabat, nak pendrive spare! cepat! pengarah tengah tunggu"

+________+ gimik tak habis2.

lepas 2 kumpulan bentang, sampailah giliran kumpulan saya. akhir sekali.

sahabat sekumpulan saya, Kak H memulakan sesi pembetangan dengan intro yang padat dan tepat ikut kehendak jawatankuasa program yang nak pembetangan 65 slides dalam masa 30 minit (err).

sambil tu, saya tengok semua audiens dalam dewan. ya Allah, anugerahkanlah kami ganjaran besar sbb kami tak pergi konsert maher zain di Amman tapi kami datang nak tuntut ilmu untuk akhirat. tersenyum sendirian. saya pandang bahagian atas dewan, mengetahui hakikat ada malaikat2 menaungi majlis ilmu. alhamdulillah.

"sekarang saya persilakan rakan saya untuk membentangkan ... "
okeh, my turn. :) dalam hati.

"Bismillah..."
saya tarik laptop supaya dekat dengan saya.

tiba2 skrin kelam. HAH. apa jadi ??!

erk, cable connect lcd tercabut. ~~~~~

+________+ gimik tak habis2.

saya bentang lajulaju. nak tarik nafas pun semput. haha. tak sempat nak tengok muka pengarah, sebab masa rehearsal beliau memang dah pesan jangan lambat2 pun. hehh.

masa berlalu. bentang. kongsi apa yang Allah izin saya tahu.

"untuk maklumat lanjut, dapatkan dari kertas kerja dari pihak ajk."
dulu masa saya tengok orang lain buat pembentangan, kalau ada pembentang cakap macam ni, saya akan hangin sikit.
'orang datang tengok presentation sebab tak sempat nak baca kertas kerja laaah'
dan malam tu, saya terpaksa cakap macam ni. >.<
semuanya gara-gara masa! (really time-constraint. sori pembentang dulu2, saya baru faham)

sampai Q&A session, sesi soal jawab,
ada sorang kawan tanya pasal PMS.

"betul ke orang perempuan ni alami perubahan hormon setiap bulan ? jadi emosi terlebih ...bla2 (saya tak ingat). 
bukan apa, ni penting juga untuk persediaan kami nak berdepan dengan golongan wanita suatu hari nanti."

satu dewan gamat tiba-tiba. addeh.
saya la kena jawab ni, saya yang kaji pasal hormon =.=
tapi, hehh saya terlepas cakap.
nak cakap
"i really appreciate your concern about women and how to encounter them for future~" 
tapi mulut terkeluar 



"saya terharu ... (apa aku cakap ni?). sebab ada syabab ambil berat pasal akhawat dan cara nak berdepan dengan bakal2 zaujah ... (hah lagi mengarut - hahh sudahhh). insyaAllah. (saya teruskan dengan jawapan ringkas pasal soalan yang ditanya)"

+________+ gimik tak habis2.

tapi bila kenang balik, indah :) Allah bagi saya tajuk tentang Fiqh Wanita (Pendarahan berpanjangan - Istihadhah, air ketuban dan bendalir badan yang keluar dari vagina)

dalam fiqh medik ni, saya bentang pasal medik,
sebab apa benda tu keluar, macam mana nak rawat & apa kesan rawatan.
teamates yang lain bentang pasal perkaitan masalah ni dengan amalan feqah seharian.
contoh, bila keluar keputihan, wuduk batal ke macam mana ?

hehh. saya dapat tajuk pendarahan & air ketuban. selamat. tak perlu bentang pasal air mani, air wadi & air mazi.
TAPI, rupanya ini lah tajuk paling banyak orang tanya soalan >.< makanya semua soalan memang saya mangsa utama kena jawab, disusuli penambahan teamates. erk.

sebelum balik rumah, tanya sahabat, how was my performance ?
"ok. cuma awak je jawab semua soalan."
erk. agaklah. =.= so that's how people judged me.
oklah keep judging, people.

***
saya dah siapkan slides dalam bentuk pdf. ada pasal fakta medik & hukum2 fiqh. tapi seeloknya kena dapatkan melalui ajk,,, :) hidup berprotokol, hormat orang lain.

ALHAMDULILLAH.
tamatlah fiqh medik '12. :|moga ilmu tidak terhenti setakat kalam 'terima kasih' di akhir pembentangan. moga Allah faqihkan kita. amin3.Allahumma aslihlana !moga Allah lindungi kita drpd penyakit2 yg kita sendiri tak tahu nak hadapinya.
p/s: "kena banyak baca lagi" - baiklah. insyaAllah.
-status facebook lepas habis FiqhMedik-

***

moga Allah terima setiap kalam. moga saya ingat balik hukum2 yang berkaitan bila saya ditakdirkan alami masalah ke.

moga dijauhkan dari pandangan2 yang memandang pembentang, moga didekatkan dengan pandangan yang memandang pada pembentangan.

***

tahun depan nak join lagi! tapi bukan sebagai pembentang dah kot. nanti orang lari. hehh.
sekian, catatan hidup di Jordan :) alhamdulillah :D

Thursday, April 12, 2012

medicos; we are getting stronger with each other!

-bismillah-

alhamdulillah.
when i come to jordan, the group of people who i trust the most are my batchmates.

just now, we had a meeting. a batch meeting, with the purpose of setting up our organisation properly AND a motivational talk session included.

from there, i got to know that, it is not just me who get frustrated & losing hope upon reaching examinations weeks.
i tell you sth, this time, the examinations are getting trickier with a lot of materials to be revised again and again (or else, you will forget the location of the foramens and such). so some of us gained unexpected marks - including me. so, we (they) come up with initiatives to held this meeting urgently.
the idea come up when we realise that some of us have lost spirits and determinations.
with the hope that the event organised will help us in gaining our motivations and spirits back. :]

i was surprised, my friends are all so compassionate! they know us just well, when we are unhappy they held events to cheer each other. some of my friends organised a small picnic in a broad daylight by the river just to shift the black clouds out of our mind!

but sadly,
when there is a time we get full mark, there are some others at the same time who get half of our mark, but they keep being strong. where are we at that time ? why i just got to know about this after the new semester started ? 
they are so strong that they dont lose hope nor frustrated nor in anger. Allahu. they faced the same problem from the last semester but they keep standing firm and determined until now. but some of us were just facing this markah-rendah problem during this 2nd semester, and we begin to feel hopeless already?

***

one day, a friend posted in a facebook group,
"Saya bercita cita nak jadi pakar dermatology, anda apa? Straighten and strengthen your aim and purpose on why we're here. Self-motivate,lets :D"

this is followed by this post the next day by another friend,
"Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.

Sumber Asal: 15 Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar | Julmazli Dot Com 

'tidak ada y berputus asa dr rahmat Tuhannya melainkan org y sesat' -15:56"


and this special post came right after the physiology exam finished,
"Tahniah ye Kawan2... Kita dh lakukan yg terbaik!
N, ALLAH dh berikan pe yg terbaik u kita..
Kpd yg msih tkilan dgn mrkh td,, x pe,, FINAL ade lg... De hikmah! Allah nk suruh kita usaha lg..usaha yg kita lkukn td, msih x ckop lg.. Mgkin smasa kita sdg usaha tu, de silapnye.. Muhasabah diri blik...
Kpd yg jd hero n heroin hri nie,, jdlh sifu kami,, tlg kwn2 yg tkilan td.. Biar kita dtg sme2,,balik pon sme2..Walau pape pon,, TAHNIAH sume! N jgn lpe say ALHAMDULILLAH!"
- Jangan lupa sujud syukur!

Do you see that how noble they are ?
they are trying to motivate each other with all efforts and words. :')

there are many previous posts, and one of the best post i found so far,
"salam...cuma nk ckp shbt2 sume dah selawat keatas Nabi Muhammad SAW ke blom arini...klu blom berselawatlh mudah-mudahan kte sume termsuk dlm golongan yg mendpt syafaat dari kekasih Allah kelak..aminnn:)"

arent these just nice ?
we are not just physicians to-be, we are different. insyaAllah.

with full credits to all of my Medico Excellente Justians batchmates
-  the photo & the words of wisdom -
may Allah bless!

now read this with your heart,
"tadi study physio sikit, ingat nak kongsi sesuatu yg tibe2 terken dekat hati..
cube teka ape organ yg paling penting dalam badan kita??

mungkin akan ade orang cakap paru-paru, mungkin ade juga cakap otak sebab kalau mati otak xde la yg nak control homeostasis ke hormone excretion ke.. 

tapi kalau ana kata organ paling penting dalam badan kita jantung, setuju ke?? sebab organ pertama yg berfungsi sebelum kita lahir ape? jawapannye jantung kan? (boleh rujuk sherwood ms pertama cardiovascular system)..

jom kita tadabbur fungsi jantung.. the function of the heart is to exert force to pump blood throughout the body.. bile darah sampai kat tangan, metochondria kat tangan dapat oxygen buat ATP maka terhasilnya pergerakan, dan begitulah seterusnya kat anggota badan yg lain..

tapi..
tu semua luaran atau jasmani je,
kalau "jantung" rohani ape pula ye??
tak lain tak bukan IMAN kita lah..

let the "jantung IMAN" pump the IMAN along with the blood throughout the body..

bila sampai kat tangan, tergeraklah tangan kita untuk bersedekah ke..

bila sampai kat mata, terdetiklah dalam hati, "hmm.. lamanya tak tengok Al-Quran"

biar IMAN sentiasa berdegup dalam diri kita dan serlahkan dalam perbuatan seharian kerana sesungguhnya tanpanya siapalah kita dalam pandangan Allah swt.. :D

"we are the future muslim doctors""

yes, we are different. we are not ordinary physicians to-be. we must keep reminding each other that we are the future muslim doctors.

one more,
"Allah takdirkan kita menongkah alam ini. Bukannya secara sengaja tanpa alasan.
Mungkin, dengan pemilihan kita ini.
Kita dapat mencari keredhaanNya. Atau pun dapat memberi sumbangan besar kepada Ummah.
Mana kita tahu?
Betulkan niat, jadikan apa yang kita kerjakan ni adalah ibadah semata mata.
InsyaAllah."
there are too much inspirational and motivational posts in the group, but only tonight that i realised the fact that  we are strong because of this special bond - ukhwah fillah - being friends and companions for the sake of Allah.

Allah enables us to befriended with each other, coming from across the malaysia, north-south-east-west of the peninsula, not as something to be taken lightly. there must be hikmah. there must be something that we can do for one another. 

there must be roles for us to play to benefit everyone of us; keep supporting each other.

i dont know them for 18 years of my life, but i get to know them in my 19-year-old time, alhamdulillah, all praises to Allah for His Will.

only tonight that i realised this. :') i love you friends! alhamduLillah. thank you for strengthening my soul day by day. may Allah bless all of us with Jannah. amiin.

***

dari talk motivasi tadi, disampaikan oleh presiden masa di intec dulu, dia ingatkan tentang kisah Maryam.

sungguh indah kisah Maryam. wanita suci, diuji dengan tuduhan melahirkan anak luar nikah. Allahu. hinggakan Maryam minta diambil nyawanya, kerana beratnya ujian yang dihadapi.
Allah tak marah hamba-hambanya rasa terbeban dengan ujian, tapi Allah nak kita kuat, cari jalan atasi ujian dan baiki diri.

[surah maryam 19 : ayat 23]
Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan".
besarkah ujian kita hadapi ? Allahu. kerdilnya kita. sangat kerdil.

apa Allah cakap jadi, maka jadi. :) jadi berharaplah segala yang terbaik dari Allah!

[19: 20-21]
Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!"

Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan".  



farhana, khauf dan raja' (takut dan harap) hanya pada Allah! :)

Sunday, April 1, 2012

sabar itu pahala :)

-bismillah-

assalamualaikum. moga catatan ringkas ini menjadi antara ibadah yang diterima oleh Allah. moga menjadi wasilah ke syurga.

[ali-imran 3:140] firman Allah, yang bermaksud,
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). 
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkannya antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), 
dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. 

*segala puji bagi Allah.
**dalam hidup sebelum ini, saya tak pernah dapat nombor 3.
***sekarang saya merasa apa itu belajar tapi tak perform.
apa itu belajar tapi tak rasa tenang.
apa itu rasa kecewa apabila keputusan tidak seperti yang diharapkan.
apa itu rasa hairan apabila semua perkara dibuat tapi hasil tidak memuaskan.

jujur saya cakap, dari dulu (zaman sekolah) saya tak pernah dapat C.
Allahu. apalah pandangan Allah terhadap pencapaian yang lalu ?

mendapat tempat itu ini, bagaimana keadaan kita pada sisi Allah ?
trofi itu, plak ini, medal itu, sijil ini, apa boleh diangkut ke syurga ?

saya cuma boleh angkut kesyukuran yang datang bersama nikmat-nikmat itu.

itu nikmat.

ini markah rendah. adakah saya boleh angkut ke syurga dengan markah ini?
tak, tapi saya boleh angkut harta ke syurga dengan syukur, tawakkal dan pasrah menerima ketentuan Allah.
saya boleh angkut harta yang terhasil dari markah ini dengan membaiki diri.
Allah suka orang yang membaiki diri (muslih).

cari di mana kekurangan.
tampung kelemahan.
kuatkan pergantungan pada Allah.
tetapkan hati atas jalan-Nya, bukan hanya ketika markah tinggi baru bersemangat mencari redha Allah.
bersabar.
bersabar.
bersabar.
selesaikan masalah! jangan lemah. jangan putus asa.

[al-baqarah 2:155]
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
 moga Allah turunkan ketenangan hati ke atasku dan kalian.
doakan!

buat yang tiba-tiba sama keadaan macam saya, saya nak kongsi ni ::> bacalah al-Quran. baca tafsir surah ali-imran ayat 141 - 148. lebih-lebih lagi ayat 146. "tidak lemah dan menyerah!"

sayang Allah <3 bukan hanya waktu dapat nikmat.
waktu kamu bersedih, Allah akan pujuk
bersangka baiklah dengan Allah, Tuhan yang kenal kita sekenal-kenalnya. :)

moga setiap apa yang saya dapat mendekatkan saya dengan Allah.
amiin.

###===###===###===###===###

updated:

"Jangan sekali memberitahu masaalah atau perkara negatif peribadi kita di facebook. Ia menjadi tontonan dan menambah fokus pada negatif. ambil pengajaran dan tak perlu beritahu hal peribadi jika negatif. Tiada keuntungan. Kita mahu beri perhatian bukan cari perhatian. No self pity party but self improvement and learning comtinuously." - dr Muhaya :)

jadi saya tukar tajuk entri :) ihihi

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...