Skip to main content

segala puji hanya untuk Allah!

-bismillah-

alhamdulillah.
"farhana, dah solat dhuha?"
"belum. jap."
"ok, solat dulu tau, baru sambung study."
"ok thanks!"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W (sila selawat ke atas baginda, moga2 beroleh syafaat pada hari kiamat) yang bermaksud,,
"setiap pekerjaan yang baik, yang tidak dimulakan dengan hamdalah (pujian kepada Allah - alhamdulillah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang berkatnya." - riwayat al-Rahawi.

jadi sebelum study, solat dhuha dulu pada hari cuti di rumah :)
hari bekerja ???
niatkan dalam hati, insyaAllah Allah akan buka jalan untuk kita ada masa pergi ambil wuduk, jumpa surau lalu bersolat.

saat orang lain sibuk sangat dgn dunia, kerja, belajar, kelas, kita sedang solat dhuha, mengadu pada Allah, cerita apa yang jadi. Allah tahu semua, tapi kita still nak cerita. hehe

mungkin tak mampu nak buat hari2, tapi berpeganglah bahawa, sebaik2 amalan ialah yang sikit tapi berterusan. nak buat seminggu sekali 2 rakaat hari cuti di rumah pun, lebih baik daripada buat 12 rakaat sehari setahun. huhu contoh. kalau betul minta maaf, tak berniat.

mari memuji Allah sebelum mulakan apa2 urusan. :)
selawat ke atas Nabi.
hari jumaat mulia ni, selawat banyak2. salam kita pada nabi sampai, walaupun Nabi sudah wafat. :)

ni pokok cili,di kampung saya :)

cili burung / cili padi / cabai melaka

ni pokok sakura, di universiti saya :)

tak tahu nama pokok, tapi saya panggil je sakura di jordan ~ hehh
(sori lupa nak rotate lawan jam awal2)
alhamdulillah. di malaysia musim hujan. alam perlukan air. :)
kita perlukan rahmat Allah.

sekarang di irbid musim selepas hujan. hehh. hari tu hujan dan ada sikit salji. sikit saja, hanya pada tarikh birthday saya. :D segala puji hanya bagi Allah.
sebab di irbid ni 5 tahun sekali salji. tempat lain di jordan salji tebal juga tahun ni. boleh nampak dari jauh bukit2 putih dari dalam bas nak ke universiti.

itu cerita minggu lepas. hujan, sejuk. suhu ada capai -1 (saja).

cerita minggu ni, saya dengar kicauan burung.
ya, burung sudah kembali ke irbid! musim sejuk hari tu burung2 pindah ke tempat lain, mungkin.

cerita minggu ni, pokok2 rumput tumbuh menghijau.
bunga2 kecil, bunga2 liar tumbuh bebas, seakan2 ladang bunga yang besar di tepi2 jalan.
seakan2 cerita barbie / fairy tale, ada magic wand yang tunjuk nak bunga kuning di sini, nak bunga putih di sana. subhanAllah.

gambar atas tu, kisah pokok yang mati pada musim sejuk. bukan mati sepenuhnya, tapi pada musim sejuk pokok tu hanya tinggal dahan dan ranting kering. bila saya datang balik ke jordan, pokok tu sudah berbunga lebat macam dalam gambar. daun pun tak ada sangat. tak nampak daun pun.

cerita bulan depan, musim panas.
sekarang pun sudah panas. mungkin pokok itu akan berdaun hijau lebat pula. selebat hijaunya daun2 di malaysia.

rasa baru minggu lepas sejuk2 pakai tebal2 hujan beku semua ada, minggu ni sudah tak perlu pakai sweater langsung.

subhanAllah.
alhamdulillah.

untuk apa Allah tunjukkan semua ni? kenapa ada musim2 ?
sekadar hiasan backdrop dalam sebuah teater di pentas ? tidak.

untuk kita nilai. untuk kita hayati. untuk kita memuji Allah.

=)
alhamdulillah.
segala puji hanya untuk Allah!
setiap apa yang ada disekeliling kita bukan wujud saja2, tapi untuk kita kagumi dan memuji Allah.

moga Allah terima amal kita.

Comments

  1. .Blogwalking here www.zairedin.com

    ReplyDelete
  2. just blogwondering but Allah let me in this blog. Just click next blog from my blog. Alhamdulillah, I have wonderful blog neighbour

    ReplyDelete
  3. Bismillah

    Wajar ucap alhamdulillah setiap masa dan ketika.

    ReplyDelete
  4. @Mak Wardah,
    alhamdulillah =), some people may be able to guess what Allah has planned, but nobody can stop His planning :)

    @ctpayong,
    moga amalan kita diterima semuanya. amiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …