Skip to main content

tasbih memuji Allah ! dah jumpa kelebihan & cara yang telah Allah mudahkan :D

-bismillah-

assalamualaikum.
-insyaAllah entri kali ini saya nak share apa yang saya jumpa pasal tasbih~~~ antara kelebihan bertasbih & cara mudah nak banyakkan tasbih dalam hidup. hoho. bukan cara yang saya reka, tapi cara yang Allah sudah sedia utk hambaNya :) special bagi, antara nak dengan tak nak.. sobs. nauzubillah.
ehem.

subhanAllah. alhamdulillah. 
pesan seorang kakak blogger, sebutlah dengan hati yang hadir, insyaAllah memberatkan timbangan amalan kita. untungkan ? :D


Daripada Abi Malik Al Harith bin Asim Al Ashari  RA berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya, "Kebersihan itu sebahagian daripada iman, alhamdulillah itu memberatkan timbangan,  subhanallah dan alhamdulillah, kedua-duanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat itu adalah nur, sedekah itu adalah bukti, sabar itu adalah sinaran Al quran itu adalah hujah (untuk membela atau menentang).
Setiap manusia bekerja, maka ada yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk keselamatan atau kecelakaan.)
(Riwayat Muslim dan At Tirmizi)



Allahu akbar. Allah maha besar.
banyak kurniaan Allah sediakan untuk hamba-hambaNya.

okeh, pasal tasbih. kali ini saya nak berkongsi satu sifir. mudah saja. cuba congakkan sifir di bawah ini,,, :)

3 x 3 x 17 = ???

oh ya, lupa nak cakap, saya tak nak jawapan dalam angka. haha. saya nak jawapan dalam bentuk esei. h0ho. :D

uh oh sila berkerut!

ehem, :) ini jawapan saya,,

3 kali bertasbih
3 waktu dalam satu rakaat
17 rakaat

tak fahammm!

ok. jom mula dari awal pagi tadi. masih ingat solat subuh kita yang hening ?

sambil membuka paip sinki, hati pun berbicara...perlahan...

'tidaklah aku bangun melainkan ini tanggungjawabku untuk beribadat (solat subuh) kepada Allah'
'tidaklah aku buka mata yang sedapnyaa tidur ni melainkan untuk mengadap Allah!'
'tidaklah aku sentuh air paip sejuk membeku ini melainkan untuk menadah curahan rahmat Allah!'

selesai memujuk hati, entah berapa lama masa yang berlalu untuk mengambil wuduk, barulah kaki boleh menapak menuju ke tempat solat. huhuhu

okeh sambung cerita equation tadi,, :) hee sori

berapa kali kita disunatkan bertasbih waktu tomakninah rukuk / sujud ? (oh ya, nak lebih tak pa, nak kurang pun fikir lah dulu~)
= x3  سبحان ربي العظيم و بحمده | سبحان ربي الأعلى و بحمده 

dalam satu rakaat solat, ada berapa kali rukuk + sujud ???
= 3

dalam sehari 5 waktu solat berapa jumlah rakaat ?
=17

jadi berapa kali kita bertasbih memuji Allah dalam sehari ?
insyaAllah 3 x 3 x 17 kali... = [ _ _ _ ]

ratusan kali !
kalau tambah solat sunat sebelum & selepas solat fardhu ?
wahhh kaya @_@

jadi, dalam kata mudahnya, bersolatlah !
bertomakninah-lah ! - kerana ini satu rukun
bertasbihlah ! - tak rugi 3 kali saja setiap rukuk & sujud

bonus, berwiridlah ! :) :) :)

oh ya, jangan lupa hadirkan hati ! :) insyaAllah. kalau istiqamah macam ini, BERAT timbangan kita. dengan izin Allah.

jangan lupa, hidup ini satu perjuangan. satu perlumbaan. 'maka bersegeralah berbuat kebaikan'.
kawan2 saya ada yang Allah sudah izin ke tanah suci Makkah seawal usia muda. ok mereka sudah ada bahagian. takkan kita nak diam tak nak naik taraf amal ? tak aci.. huho

jadi, sentiasa islah diri. :) sentiasa jadi lebih baik. bukan lebih baik dari insan lain, bukan membanding2 dengan insan lain, tapi jadi lebih baik dari diri sendiri.

huh ?

maksud saya, baiki kesalahan & kekurangan yang kita terbuat semalam. :)

jadi, jangan solat laju2 !
huhu

*sikit2 terinspirasi dari sis maria on 'reflection'

sekian. :)
=================
oh ya, nak sambung kisah subuh yang kat atas tadi tu :D hee

ketika kita tidur, syaitan mengikat kita dengan 3 ikatan. ikatan nih lah yang akan membuatkan kita malas seharian, dalam kata pendeknya, rasa malas dari sebelum tidur saampai lah malam esok waktu kita nak tidur pulak. eh tak.
ehm, ikatan syaitan itu akan terlerai dengan --->

  • bangun sebut nama Allah - baca doa bangun tidur :) ataupun buat cara nih, kunci alarm set note "qumtu Lillah" atau "istaiqidhu Lillah" (aku bangun kerana Allah) *itupun kalau anda jenis baca nota di handphone waktu bangun tidur (?) errr
  • ambil wuduk - gosok gigi sebelum tu, best sejukk gigi~
  • solat 2 rakaat - kalau belum masuk subuh, maka solat sunat tahajjud jangan lepas

okeh. siapa tak nak mengaku sekarang yang lepas buat ketiga-tiga perkara ni automatik akan rasa segar ?

h0ho. sebab apa segar ? sebab terlepas ikatan syaitan. :)

mulakan setiap hari dengan GOALs. ada saja benda special nak mintak dengan Allah. jangan hidup tanpa apa2 permintaan !
contoh :
[] nak redha Allah dalam setiap tindakan
[] nak hidayah Allah supaya banyak buat perkara betul, kalau benda salah pun ada hikmah
[] nak kejayaan dunia & akhirat
[] nak selamat daripada bahaya
[] nak jadi paling bijak (err...)

oklah, sekian. moga Allah terima amal kita semua ! insyaAllah.

Comments

  1. sama2 :)
    alhamdulillah, yg baik dari Allah :D

    ReplyDelete
  2. hye, thanks for the sharing. Kalau free2 tu jemput singgah ye blog sy. Blog sy biasa2 je, almaklumlah newbie lg. follow tau.. THANKS :)

    HakimZaini.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …