Skip to main content

kisah cuti musim sejuk: membaca, share, like di facebook :)

-bismillah-

assalamualaikum.

alhamdulillah. sudah 14 hari berada di malaysia. moga Allah berkati setiap detik dan saat yang berlalu.

sejujurnya, pengurusan masa yang saya lalui tidaklah seperti yang dirancangkan. namun, alhamdulillah, perancangan Allah itulah yang terbaik.

pada 2 hari pertama menjejak ke rumah, saya alami kesan jet lag. mata hanya mahu terlelap pada pukul 5 pagi waktu malaysia (pukul 12 pm waktu jordan). uh oh sudah tentu masa siang saya berlalu dengan tidur sahaja.

hari-hari seterusnya, masa saya diisi dengan latihan motor. ya, proses ambil lesen. ini pun termasuk dalam senarai to-do list di malaysia. =) alhamdulillah, Allah izin lulus test jpj.

kemudiannya, saya banyak habiskan masa di depan laptop.
huhu. membaca. membaca. membaca.

saya pun tak tahu kenapa saya suka membaca. alhamdulillah. moga setiap bait dan kata yang saya baca bermanfaat untuk diri amiin.
antara yang saya jumpa best untuk baca,
[] suhaibwebb
[] angel pakai gucci
[] fikrah halaqah
[] muharikah
dan banyak lagi sebenarnya.

apa yang saya rasa kawan2 saya pun patut baca, maka saya click 'like' untuk setiap entry. :)

kalian yang ada fb saya, rajin2lah play video yang saya share, baca artikel yang saya like, status tokoh2 yang saya share. moga ilmu untuk mengislahkan diri berkembang dan semua orang menguasainya.

kadang, takut pula andai nanti disoal, "kenapa tak share ilmu yang ada ?" sobs. lagi sobs kalau "kenapa tak amal ilmu yang dipelajari ?" double sobs.


oh ya, sebab kadang2 saya selalu teruja tengok entry tulisan sendiri dapat banyak like, maka saya pun buanglah button like kat bawah entry saya... huhu. jadi, kalau kalian nak share dengan kawan2 untuk tambah pahala, bolehlah buat manually,, copy url kat atas tu, paste di fb status update. hihihi hanya untuk entry yang kalian nak share dengan orang sekeliling agar mereka juga tahu apa yang anda tahu~~

bercakap soal ini, teringat pula kalam seorang ustaz di irbid, LIKE sudah, SHARE pun sudah, AMAL bila lagi ?

selain webs di atas, saya jumpa blog2 senior di jordan. ada doktor / doktorah, ada juga dari ustaz. cumanya blog ustazah belum jumpa lagi untuk di follow. tengok blog roll di sebelah kanan ---> hehe.
tulisan mereka menarik, semenarik peribadi mereka. hebat semuanya. moga Allah berkati. hobi saya suka baca, jadi saya dah baca banyak older posts mereka. hehe.

hurm.

Allahu.
moga amalan membaca ni bukan sekadar menambah ilmu pada diri namun moga bertambah amal. amiin.

p/s: "Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah" -pepatah arab. mengecewakan, bukan ? walaupun ada tempat berteduh, tapi perut tetap berlapar. huhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …