Skip to main content

harapan dan baucar buku :)

-bismillah-

assalamualaikum. moga jasad masih basah dengan siraman ketaqwaan. amiin.

I

alkisah,,, :)

seorang anak muda bertanya kepada ayahnya, yang baru pulang dari tempat kerja,
"Ayah, tahun ni syarikat ayah bagi duit bonus banyak tak? jom jalan2,"
dengan sengihan bersemangat terhadap ayahnya.

si isteri pula menambah,
"Ha ah. Jom pergi Karambunai. Cantik ibu tengok tempat tu. Baru2 ni ada iklan dalam tv."

si ayah tersenyum, lalu membalas,
"Oh, pasal bonus tahun ni ayah minta maaflah. Ayah bawa kalian pergi bercuti dalam syurga je lah nanti."

si isteri kehairanan.
"Eh, kenapa cakap macam tu?"

lalu si ayah pun menjelaskan hal sebenar.
"Duit bonus ayah semua sedekah untuk anak2 muda malaysia, dengan harapan lahirlah antara mereka yang berjiwa besar."

namun, si anak masih belum jelas.
"berapa banyak ayah sedekahkan untuk setiap orang ?"

si ayah masih bersabar membalas walaupun penat pada dirinya masih belum hilang setelah seharian bekerja di pejabatnya di ibu negara.
"200 ringgit saja nak untuk setiap seorang. apa yang ayah harapkan, semuanya jadi sedekah jariah untuk ayah. dengan duit itu, ayah buatkan dalam bentuk baucar buku. dengan itu boleh mereka beli buku2 ilmiah, buku2 pelajaran, buku2 tokoh. kalau mereka beli buku pasal kesihatan, apabila mereka jaga kesihatan maka harapnya ayah akan dapat pahala juga kerana dengan kesihatan mereka dapat beribadah dengan sempurna. kalau mereka beli Quran serta tafsirnya, dan apabila mereka membaca ayat2 Allah itu, ayah harap pahalanya juga sampai kepada ayah.
tak kisahlah andai mereka membeli novel fiksyen pun, selagi ada ilmu bermanfaat dalamnya lalu mereka amalkan, ayah harap pahalanya juga sampai kepada ayah.
kalau mereka beli peralatan2 lain pun, andai pen yang dibeli itu menulis kalimat2 yang menambahkan keimanan orang sekeliling, ah, alangkah besarnya hati ayah!" si ayah mengambil nafas seketika. 'walaupun sebaris ungkapan bismillah pada muka surat pertama buku2 pelajaran mereka,' detik hatinya.

"dengan itu, insyaAllah di akhirat sana ayah banyak harta, boleh bawak kalian jalan2 mana2 sahaja. nak buat pantai sendiri depan mata pun ayah boleh minta on the spot. itulah harapan ayah." tersenyum beliau penuh pengharapan.

si isteri mengangguk-anggukkan kepalanya apabila mendengarkan kata-kata si suami tercinta. terharu. sambil itu, sebagai isteri solehah, dia berpesan kepada suaminya,
"abang, mohonlah kepada Allah agar menerima ibadah kita. saya juga akan doakan hari2 supaya Allah campakkan rasa keikhlasan dalam hati kita."

si anak kemudian memeluk ayah dan ibunya,
"ayah, moga harapan ayah termakbul untuk melihat anak muda negara kita berjiwa besar. saya berjanji akan bersikap matang. saya akan ketepikan isu2 remeh. saya tak akan sia-siakan pengorbanan yang dibuat oleh insan2 lain untuk saya. moga Allah terima amal ayah dan rakan2 sepejabat ayah yang lain! amiin".


II

semalam saya ke kedai buku yang agak popular. hoho

selalunya, kedai bukulah tempat saya suka lepak. aman. tenang. semua yang saya nak ada. dari buku bertulis sampai buku kosong semua ada. hehh

tapi, semalam agak berbeza daripada selalu. sangat berbeza. dari luar pintu cermin saya tengok ramai anak2 muda sebaya saya beratur di kaunter cashier. eh, ada sale besar ke ?

saat melangkah masuk, barulah saya tahu. mereka dapat baucar (voucher) buku rupanya. terlupa pulak saya akan hal itu. hehh untungglah~~~

III

saya gembira. akhirnya mereka menjejakkan kaki ke kedai buku. ada yang pertama kali. ada yang sudah berkali.
ada antara kita yang...
kadang, takut untuk masuk kerana duit tidak banyak untuk membeli buku mahal.
kadang, malas untuk masuk kerana buku tebal2 sangat. surat khabar yang dibeli oleh ibu pun tak terbaca.
kadang, susah untuk pergi dek kedai yang jauh.
kadang, tidak tahu apa istimewanya kedai buku. mungkin sekadar kertas-kertas becetak untuk direnung pada masa lapang ?

tersenyum memikirkan. akhirnya, langkah ini berjaya menarik anak2 muda untuk membaca ! saya terbayang poster2 kempen membaca sebelum2 ini. siapa pernah sangka anak muda malaysia perlukan penggerak dalam bentuk wang ringgit, bukannya kempen2 dan program yang dijalankan seperti sebelum ini ? siapa sangka kita lebih mudah bertindak dan bergerak dengan wang ?
=.=

dalam hati, saya memuji penasihat yang memberi idea ini untuk dijalankan. akhirnya kami anak muda memegang buku tebal2 !

sungguh, saya rasa pernah jumpa anak2 muda yang cukup sebati dengan membaca dan cintakan ilmu hanya pada majlis tokoh nilam kebangsaan! cakap2 mereka ialah ilmu yang melimpah, bukan luahan kegersangan akal.

IV

kecewa. rak2 buku sangatlah berselerak. hinggakan terdetik dalam hati saya, alangkah baiknya keadaan sebelum ini, sunyi sepi. sebelum anak2 muda mengenal buku. namun, itu bisikan jahat sebenarnya.

astaghfirullah. tidak patut saya fikirkan begitu. saya patut menerima mereka. saya patut menerima rakan2 sebaya saya yang baru menyertai langkah ini. bukanlah langkah besar, namun ketahuilah amalan membaca menyediakan jalan yang luas untuk kita sama-sama melangkah dengan langkahan kecil kaki kita.

kesudahannya, saya tak jumpa buku yang saya cari di kedai itu. atau yang lebih tepat, saya tidak mencari buku yang saya nak, dek terlalu berselerak.

V

saya dengar ada yang tidak ambil kesempatan ini. ada yang tebus pemberian itu dengan wang ringgit. Allahu, mungkin situasi kehidupan mendorong mereka berbuat demikian. apa-apapun langkah yang kalian ambil, moga tidak merugikan diri sendiri. tidak salah andai anda perlukan wang untuk membiaya perubatan, kalau ada. entahlah. tapi, andai ada antara kita gunakan untuk perkara tidak bermanfaat, silalah jawab nanti apabila ditanya oleh tuan empunya pihak pemberi, di akhirat sana.

Allahu. baucar pun satu ujian kan ? akan ditanya pula dari mana dapat dan untuk apa dibelanjakan.

sobs2.

VI

harapan.
andai saya tuan pemberi sumbar kewangan, saya harapkan duit saya tidak digunakan untuk beli dadah. tidak  digunakan untuk belanja aweks. hehe
huhu
andai saya penerima baucar, saya harap saya bijak menggunakan. saya tak nak beli buku yang tidak bermanfaat. saya tak nak salah beli buku. ingatkan best, rupanya hambar. eh silap. ingatkan bermanfaat, rupanya merugikan masa dan wang sahaja bukunya.

VII

saya lihat di kedai buku banyak sangat novel cinta.


terfikir, apa sumbangan penulis novel2 cinta untuk melahirkan anak muda berjiwa besar, dalam aspek membangunkan negara?
terlalu banyak buku, namun satu tema yang tak luas perkembangan; kahwin paksa, perkahwinan sebelum masa, terlanjur lalu mesti berkahwin.

baik drama tv, baik buku.

Allahu.
masyarakat sekeliling tidak perlukan suntikan semangat berbentuk kahwin paksa!

adakah untuk merawat kegersangan akidah dapat disembuhkan dengan perihal2 perkahwinan anak muda ?

saya mencari lebih banyak buku bertemakan cinta yang luas.

cintakan diri supaya tidak hidup dalam angan2.

saya mencari buku2 yang menjadi inspirasi untuk dicontohi.
tak mahu saya contohi watak yang kahwin paksa.
apatah lagi mahu mencontohi watak yang kahwin pada umur yang belum bersedia. bagaimana mahu melahirkan anak muda berjiwa besar untuk menjadi pemimpin masa depan, andai diri sendiri tidak terpimpim dalam rumah tangga yang dibina tanpa persediaan ?

saya mencari buku2 yang membuatkan saya rasa saya perlu ubah perangai lama saya.
saya mahukan satu buku yang membuatkan saya tahu apakah sikap saya sekarang relevan untuk membina negara dan sahsiah maju.

saya tidak mahu buku yang menyuarakan idea bahawa bercinta itu satu keperluan terpenting dalam hidup. umpama gula dalam minuman.
saya mahu buku yang menyuarakan bahawa cinta itu hanyalah sudu untuk melarutkan gula, yakni alat menyuburkan keimanan. dengan cinta, moga makin larut keimanan dalam diri !

VIII

besarnya harapan. seandainya orang lain mengharapkan begini pada saya pun belum tentu saya mampu penuhi. namun, tidak salah meletakkan pengharapan, moga-moga menjadi doa yang dimakbulkan.

sekian. moga Allah terima doa2 kita.

IX

terinspirasi dengan tulisan ini (link di bawah) . sangat mengagumi. *membaca tulisan selain hitam sudah besar kesannya pada diri. hehh itu kes kalau tak nak baca semua~ adeh :)


p/s : (disclaimer) penafiaan : cerita yang berkenaan diri saya maka benarlah. cerita berkenaan orang lain pula, andai betul maka itu kebetulan, andai salah maka itu kesalahan. hehe. mungkin berlaku mungkin tidak, dan mungkin juga akan berlaku. (Allahu a'lam) Allah maha mengetahui.

Comments

  1. kalau mahu cari novel melayu, saya cadangkan novel penulisan khairyn othman. best!! siyes best! mengenal erti cinta antara manusia bertemankan cinta-NYA. ^^

    ReplyDelete
  2. Kita sebagai jiran tetangga digalakkan untuk saling ziarah menziarahi.. huhu..
    Jom masuk blog saya. Ada post terbaru bertajuk Gambar Perang Betul Askar Amerika Dalam Ops Al-Fajr

    ReplyDelete
  3. salam
    baru baca, kali 1 masuk blok tuan
    bagus idea derma vocher buku seg dari satu kedai yg jual buku2 ugama. tahniah, elok idea ni yg kreatif di popularkan oleh ngo 2 di kl. salam

    ReplyDelete
  4. saya bersetuju dengan pendapat tuan tanah berkenaan novel cinta yang terdapat di pasaran kita...

    ReplyDelete
  5. follow back yow http://anugrahsite.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …