Skip to main content

Allah kenal kita! mesti ada penyelesaianlah!

-bismillah-

assalamualaikum ! moga Allah berkati segalanya dalam hidup kita. amiin.

sekarang hampir pukul 2 pagi. kesan jet lag agaknya. saya menulis di rumah di perlis sekarang ini.
cuti 3 minggu sempena musim sejuk. alhamdulillah, urusan kepulangan dari Irbid, Jordan ke Kangar, Perlis, Malaysia ini sangat mudah dan lancar. segala puji hanya untuk Allah!

saya hanya perlu melangkah ke dalam kapal terbang, duduk, tidur, makan, keluar, sampai rumah.

Allahuakbar. Allah. Allah.

jadikan aku hamba yang paling bersyukur!
jadikan aku hamba yang paling bersyukur!
jadikan aku hamba yang paling bersyukur!
amiin.

saya malu dengan Allah. sungguh nikmat dunia ini hanya mainan & senda gurau. semuanya akan hilang ditelan memori.

saya mahukan kebahagiaan abadi.
saya mahukan syurga Allah.
saya mahu berkumpul dengan semua orang yang saya sayang di tempat yang tiada perpisahan, tiada permusuhan, tiada kesusahan, tiada kerisauan.

Allah. tiada tempat lain wujud seperti itu kerana termpat itu syurga!

pernah terbaca satu kisah pengajaran,
bahawa seorang itu tidak masuk syurga dengan amalannya yang menimbun, namun seseorang itu masuk syurga kerana rahmat Allah.

sebab apa macam tu ?

sebab, orang yang rasa amalannya cukup untuk melayakkan diri masuk ke syurga Allah, dia tidak akan masuk ke dalamnya kerana dia telah berasa kaya dari rahmat Allah.

kita miskin. tanpa rahmat Allah, tanpa hidayah dari Allah, tanpa kasih sayang yang Allah campakkan dalam diri ibu bapa & keluarga kita,,, pasti kita merana!

nauzubillah.

tanpa amalan, susah nak dapat rahmat.
dengan amalan, bukan jaminan masuk syurga.

kita diciptakan untuk beribadah.
tanda ketaatan ialah melakukan tanpa meminta apa2 balasan.
namun, Allah faham fitrah kita, makhluk ciptaan-Nya ini sentiasa dahagakan balasan.
maka Allah sediakan syurga & neraka.

Allah maha pengasih.
sangat memahami diri kita.
kadang, kita sendiri tak mahu mengikut pertunjuk dari Allah.

Allah dah tetapkan, soal rezeki, hidup, tempat mati, jodoh, semua itu Allah dah tetapkan.

tapi manusia masih merunsingkan diri. bagaimana ? siapa ? bila ?

kan dah tahu, Allah faham fitrah kita sebab kita dicipta-Nya,
maka persoalan2 tadi boleh disuarakan.
ya, kita boleh wonder, tapi melalui doa. doa kepada-Nya.

berdoa dengan sabar & solat.

:)

Allahu. Allah sangat sayang hamba-hamba-Nya.
jom mengaku sebagai hamba Allah!

apa saja yang tak kena dengan diri, pasti ada penyelesaiannya dari Allah.

there's always a way to solve our problems! there's always a special blessed way. it's our task to find the solution :) being the real muslim in all situations in life seems to be the solution.

whenever we're worried, we pray.
whenever we're feeling nervous, we zikr.
whenever we're happy, we be grateful.
whenever we're in sorrow, we are prohibited from mourning - because grieving wont solve any problem, neither physically nor emotionally~


the key is:
whenever we are alive, we be a muslim.
:)

doakan semua orang yang kita kenal kuat untuk belayar dalam arus kehidupan dunia.

terhenti angin hilanglah gelombang. laut tenang. arus itu bukan untuk selamanya. namun, arus itulah yang telah menenggelamkan ramai antara kita.
mujur ada tangan2 penyelamat, tidaklah semuanya tenggelam.

siapa pemilik tangan penyelamat itu?
siapa pula yang tenggelam dalam lautan ini?

mungkin bukan kita. tapi, mungkin kita hari ini. mungkin kita esok.

sama2 bantu menjaga :)

ukhuwah fillah. insyaAllah. :)

-moga Allah terima-

Comments

  1. Salam...Allah maha mengetahui lagi Maha Melindungi...seronok jd mcm saudara dpt mengembara ke melihat dunia orang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …