Skip to main content

19 tahun dan berkahwin? gimik kot

-bismillah-

umur saya 19 tahun ini. :) hihii
*subhanAllah. entah bila tarikh akhir hayatku ==,

setakat ini, perancangan hidup terdekat (perubahan tertakluk pada tarikh kematian), saya ada 6 tahun untuk habiskan pengajian. 2 tahun untuk habiskan housemanship. ada pula kawan2 rancang bila tahun nak kahwin. haha.


jadi 19 + 8 = 27 tahun. erkk. lewat bebenor.

persoalan hati
normal lah bila saya & kawan2 saya rasa nak berkahwin. haha. lebih2 lagi ada kawan mereka di Malaysia (yang sebaya) sudahpun berkahwin. kecoh satu Irbid - batch saya - hari tu bila tengok gambar yang di upload di fb. hinggakan ada yang rasa nak 'terima' sahaja andai datang suara yang 'bertanya' pada hari itu. haha, saya faham.
sebelum ini, ada senior2 yang berkahwin di Irbid. ada juga yang selamat melahirkan anak di Irbid. wahhh~
... bila kami jalan2 keluar pun nampak pasangan halal jalan2 sama2 berpimpinan. hehe. jeles.

persoalan bernikah
orang kata, datang jodoh, kita tak boleh tolak.

tettt...

saya tersenyum. kawan2 juga tersenyum.

nikah. kahwin. cinta.

kalau sebut bab ni ramai yang tersenyum. kadang senyum dalam hati itu lebih lebar dari senyum di bibir.
isk2...

funny
apabila sudah pandai masak, orang akan cakap, "kau dah boleh kahwin!"
apabila sudah pandai mengaji, orang akan cakap, "kau dah boleh kahwin!"
apabila sudah pandai mengendong anak kecil, orang akan cakap, "kau dah boleh kahwin!"

haha.
saya ketawa. kawan2 tak ketawa.

pada saya, dan siapa2 yang setuju dengan saya, semua itu cakap2 kosong. jokes.

orang kata, datang jodoh, kita tak boleh tolak.

habis tu, cukup ke skill2 tu ?

nak bina masjid tak mungkin cukup dengan bakat melukis yang ada pada arkitek.
perlukan bakat tukang kayu, tukang bancuh simen, tukang itu tukang ini.
paling penting, lepas siap masjid kena ada maintenance. lantai kena bersih. sawang tak patut biar lama. karpet kena basuh, jemur, vacuum. jangan lupa bil air & elektrik masjid kena bayar tiap2 bulan on-time. lambat kena potong. gelap dunia. lumpuh =.=

paling2 penting, kena ada orang bersolat di dalam masjid itu. itu fungsi utama masjid didirikan.

perkahwinan ? (pada pandangan saya yang belum pernah pergi kursus perkahwinan apatah lagi berkahwin), perkahwinan itu medan tanggungjawab. tanggungjawab yang akan berterusan sampailah akhirat. saham yang dilaburkan ? apa yang nak dituai? keikhlasan + pergantungan pada Allah + anak2 yang tahu mengaji, solat dan anak2 yang meneruskan legasi islam. bukan anak2 yang memutus / mecelarukan salasilah keturunan. nauzubillah.

kalau tak bersedia berbakti, tak sedia memudahkan hidup orang lain, urm mungkin perlu mantapkan dulu persediaan, baru berfikir? entah.

kalaupun sudah siap semua pekerja untuk buat masjid, bahan dah cukup, jangan tinggalkan keikhlasan. insyaAllah masjid tak cepat retak. kalau retak pun, tu tanda Allah nak suruh sentiasa baiki :)

kawan2, biasalah, umur kita pertengahan, hormon & fitrah itu berulang-alik dalam darah. sebab itu nanti Allah akan tanya, usia muda kita bagaimana kita habiskan ? sebab masa muda nilah semua benda nampak indah & mudah untuk dilakukan.

persoalan bangun subuh, basuh baju, masak, basuh pinggan, kemas dapur, cuci dapur, buang sampah, bayar elektrik, bayar bil2, sediakan sarapan, sediakan itu ini... perghh. saya tabik mak & ayah saya :)

hanya Allah yang tahu saya bersedia ke belum. moga Allah izin waktu yang paling baik, waktu yang paling sesuai.

kepada kawan2 yang dah & bakal berkahwin, alhamdulillah :). Allah tahu ini waktu terbaik untuk setiap orang.

kata seorang admin di fb group,
"mati itu pasti. jadi doktor itu insyaAllah, dengan izin Allah." 

kalau Allah tak izin jadi doktor, moga Allah izin jadi yang lebih baik, sebelum saya dijemput-Nya. amiin.
kalau Allah belum izin jadi isteri, moga Allah izin jadi yang lebih baik, sehingga saya dijemput-Nya. amiin.

sekian. :)

p/s: terimalah, kanak-kanak 19 tahun menulis. orang cakap jauh lagi perjalanan hidup. tapi Allah cakap, "Sungguh, hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok. dan tidak ada seorang pun akan mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah maha Mengetahui, maha Mengenal." [luqman 31:34 m/s 414]


Comments

  1. wah. menuju ke arah kematangan :)

    ReplyDelete
  2. my good friend, baru je kahwin hujung tahun ritu, inai masih merah di jari.....di uji dgn husband yg sedang kritikal selepas satu kemalangan....ada darah beku di kepala dan otak membengkak.....pls pray for them T_T

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar
    Allah sayang diorang

    ReplyDelete
  4. "terimalah, kanak-kanak 19 tahun menulis" - ya, saya terima ^_^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kanak2 19 tahun dah terfikir untuk berfikir tentang tujuan sebuah perkahwinan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …