Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Murakib rejection

Bismillah

Exam final menanti. Tipulah kalau tak risau. Tapi still nak tulis sikit.

Tadi balik kelas quran. Time orang balik masjid lepas isyaa'. Ingatkan balik dengan *muraqib biasa, rupanya akak yang balik dengan saya x balik rumah, ada kerja jadi beliau ke tempat lain. Nak call sendiri murakib macam dah lambat.

Check duit, ada. Fikir nak naik teksi.

Jalan laju2, tak sedar dah sampai depan masjid jamiah.

"Nak murakib tak?"
Automatik langkah terhenti. Oh. Ada soalan.
"Tak pa kot. Terima kasih.."
Tunduk dan teruskan langkah. Automatik.

Jalan lagi lintas jalan lalu geneva.
"Farhana!"
Eh sapa panggil? Pusing sebelah nampak kawan batch.
"Nak murakib balik rumah ke?"
"Eh tak pa. Ok je. Terima kasih.."
Automatik lagi jawab. Jawapan tak fikir.

Lalu depan bank islam. Masih lagi laju. Tapi tersekat2 sikit sebab ramai orang. Nampak kawan baru dlm batch kat depan. Dia macam nak senyum in acknowledgement. Baru nak senyum tiba2 orang …

Seniority dan not-so-senior me

- Bismillah -

Alhamdulillah. :)

Rupanya, bergaul dengan senior akan berikan rasa berbeza.
Lagi lain macam rasa bila senior-senior.
Saya sorang junior serabut ja rasa. Hehe

Situasi 1
"Urm kita sama umur ke?" Saya tanya tersekat-sekat. Tiba2. Pelik juga bila bercakap panggil nama tanpa guna nama panggilan.

Reaksi orang yang ditanya tu buat saya makin tersekat2. Lucu. Akward kah soalan innocent itu? Err...

Akhirnya lepas 10 saat (lama tu) ada jawapan. "Ana 22."

Saya angguk3 sambil 'err apa lah aku cakap macam sama umur ja...siap panggil nama gitu ja'. Mata masih memandang jalan yang penuh kereta. Lumrah waktu senja, semua orang pulang ke rumah. Eh.
"Kalau macam tu saya panggil senior lah ya?"

"Eh takpa ja."

Ok. Angguk. Selesai. Ah sumpah malu.

Situasi 2
"Nanti grad bulan satu ke bulan enam (summer)?" Kak A
"Dah ada kerja ke nanti grad?" Kak B
"Akak grad tahun 2014." Kak C

Oh saya 2017, akak kerja tiga tah…

Bertambah tahun...

Bismillah.

Kagum dengan senior2 yang berjaya melepasi tahun-tahun peralihan remaja ni dengan jayanya.

Orang cakap lepas muaddal, CGPA, maka naiklah tahun.

Rupanya itu saja tak cukup. Kena lepas ujian emosi juga.
Emosi tetiba homesick nak balik rumah, emosi nak cari pasangan lah bagai. Emosi nak jadi itu nak jadi ini. Nak beli itu bak beli ini.
Persoalan nafsu, lebih tepat. Nak senang. Tak nak susah-susah.

Kena langkau tingkatan2 tu, barulah boleh naik tahun dengan jayanya.

Again, kagum dengan mereka yang mujahadah menjaga diri. Sebab itu mereka berdiri di situ hari ini.

Moga Allah izin segala yang terbaik.

Tinggalan lepas mati...

- bismillah -

Hari tu kawan2 interview pasal 'depression'.

Dengan ringan mulutnya saya jawab, 'kemurungan ialah bila tiba2 tak ada mood, cepat marah, sedih tak ada sebab.'

Entahlah. Kemurungan bukan benda yang baik. Tapi saya mudah sedih. Uh oh. Dan saya rasa ni bukan kemurungan, sebab ingat mati ialah perkara yang membijakkan.

Dah banyak kali saya jumpa blog atau profile fb yang tuannya sudah bertemu ilahi. Serta merta air mata akan menitik.

Bukan meratapi orang yang saya tak pernah kenal, tapi sedih dan takut bila tahu kematian tu akan datang pada diri sendiri juga.

Sekali Allah buka aib kita, tak ada apa yang boleh menghalang. Allahuakbar. Dan orang yang Allah pilih fb wall dia suci dan bersih, selamanya fb wall dia begitu. Indahnyaaa. Sampai kiamat. Dan doa orang yang menziarahi, menambah ketenangan di wall yang tiada penghuni itu.

Menjadi sebutan baik pada umat kemudian. Doa nabi ibrahim.

Allah. Takut pada hati yang tergelincir. Hari kita begini, esok bagaimana kala…

Bagaimana pertimbangan dia?

-bismillah-

Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai hawa pagi yang membeku di irbid. Mana2 hati yang tidak dihangatkan dengan kasih Ilahi pasti mengeras dan membeku sebagaimana tanah2 di luar.

Mencuri masa tengah hari untuk sesuatu yang telah dijanjikan.
"Ya, lepas exam saya tulis."

***
Assalamualaikum ukhti. Fi amanillah insyaAllah.

Tertarik + terpanggil untuk berkongsi 'fikrah' tentang post enti yang hari tu. hehe. Erk. (Carilah tajuk entry 'Menggapai yang terbaik.' hehh malas letak link. )

Saya tertanya, bilakah perempuan selayaknya 'dibenarkan' menghadapi 'situasi' ini? Bila dah tamat belajar ? Bergelar doktor atau pekerja ?

Syukran in advance.
***

ZzzzZzz. First impression saya.

Haha. Sapa lah saya nak sebut tentang perkara yang tak pernah saya alami sebelum ini.

Mencari positif, oh sudah sampai masa untuk diri ini mencari dan mengambil tahu tentang isu ini yang selalu saya letak tepi.

Ya lah sangat farhana...

Ok, mak dgn kaka…

hope and life. II

-bismillah-

part 2.

saya menangis tadi lepas pulang semula ke tempat dari meja kak wan maslukma.
buat yang tahu apa urusan itu, tahu.

***
senyum pada ayuni di sebelah.
dia bertanya, "lepas x?"

"alhamdulillah" sambil senyum.

saya teruskan kerja saya. tak lama. saya terhenti. suara sudah tak mampu keluar dengan sempurna.

air mata yang tak dapat dihalang.

kalau sampai sesak hidung tu, tangisan saya bukan biasa-biasa.

ayuni di sebelah perasan. dia hentikan bacaan.

saya masih mengesat air mata yang tak nak berhenti.

"buat tak nampak saja."

"macam mana nak buat tak nampak kalau dengar (bunyi hidung sumbat).."

hehh.

***
segala puji dan syukur pada Allah yang mengizinkan aku naik ke satu lagi anak tangga dalam perjalanan ini.
doaku moga Allah berkati.

teringat semasa mula-mula ditemu duga untuk pekerjaan ini,
"kenapa?"

"kerana saya nak dekat."

"tapi boleh pilih cara lain untuk dekat."

"saya percaya kesusahan dan pendaki…

12/12/12

-bismillah-

berbaki 5 minit sebelum pukul 12 tengah malam.

benar, tarikh hari ni 12/12/12.
 cantik. unik.
hingga dikatakan, tak jumpa dah lepas ni. nak jumpa pula, lebih kurang 1 abad lagi, iaitu 2101, ada 01/01/01.

maka ramai berpusu melakukan sesuatu yang signifikan kerana tidak akan jumpa lagi tarikh ini.

soalan saya, esok 13/12/12, akan jumpa lagi kah? 14/12/12 akan berulang lagi kah?

sama sajalah situasi nya. masa tak dapat diulang.
nak menghargai hari ni 12/12/12 nak buat baik / amal / charity banyak2 tak salah, tapi jangan lupa hari lain pun tak akan berulang lagi tarikhnya.

itu point blog ni tulis jugak 12/12/12. :P

keep calm, and it is just another day not to be wasted.

moga Allah izinkan segala yang terbaik. :))) jom hargai setiap hari, kerana tarikh yang sama hanya akan muncul 100 tahun lagi!

Malu. Kulit. Public.

-bismillah-

Hayaa'. Malu. Kulit.
bismillah, lagi.
saya bukanlah orang yang paling layak untuk cakap pasal ni.
biarlah saya tulis sekadar apa yang berlegar di sekitar situasi saya, sebab saya tak mampu nak generalisekan (jadikan umum).

malu ni, macam kulit kita.
macam fungsi kulit, dialah pelindung kita.
kita tak mudah luka, halang jangkitan.
kulit juga membolehkan kita ada bentuk tangan yang sempurna.
tak nampak tulang.
secara ringkasnya, kulit lah yang membaluti isi-isi kita
(medic students read : collagenous fibrous fibre of skeletal muscles.)

Persekitaran

tak kira musim, baik musim sejuk,
musim panas,
kulit akan cepat kering.

bila kulit kering,
akan mudah terhakis.
guna sabun sikit, dah ada luka-luka kecil.
kadang, tanpa sedar, ada tompokan darah.
lebih2 lagi bibir.

Penjagaan 

kulit perlukan nourishments. (penjagaan rapi dari segi nutrients)
letak lotion lepas ambil wuduk.
tutup dan hadang dari panas mentari dan angin yang sejuk,
semua tu dibuat supaya kelembapan kulit terjaga.
k…

Kisah. Ups and downs.

- Bismillah -

Alhamdulillah.
Baru habis exam pharmacology.
Dalam buku ada tulis, dan doktor pun sendiri cakap, untuk menjadi orang yang cekap dan bijak memberi preskripsi ubat, perkara ini perlukan latihan. Clinical practice. Bukan hafalan beberapa hari sebelum exam. :)

Kawan saya cakap,
"Jangan berhenti buat yang terbaik. Tak lama pun journey kita ni. Lagi 2 tahun lebih kurang, kita akan jejak masuk Hospital KAUH (tahun 4 klinikal). INSYAALLAH."

dengan izin Allah.
SubhanAllah. Takut memikirkan perjalanan yang entah bila akan berhenti. Setiap kali bangun pagi masa gosok gigi, terfikir, atas sebab apalah Allah matikan aku nanti. Sebab masa belajar dalam kelas, kalau mitochondria (bahagian dalam cell yang bertanggungjawab buat tenaga utk kita) berhenti berfungsi, tisu badan akan mati sebab tak dapat tenaga. Mudah saja dan banyak sebenarnya cara, wadah dan peluang untuk kita dimatikan oleh Allah pada bila2 masa.

TAPI, ALLAH SANGAT PENGASIH. ALLAH SANGAT PENYAYANG. Dia tak m…

Sahabat. Kita. Sayang. Couple.

-bismillah-


Persahabatan itu seperti tangan dan mata, Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan akan menghapusnya, Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah, Persahabatan yang dilingkari dengan indahnya kalimah Islam
puisi tersebut copied lalu pasted. :)

***

Lalu tepi kedai bunga hari-hari. Bunga segar. Warna-warni (lebih dari 3 jenis, ok lah tu.)

Satu hari, Aisyah (tak da kena mengena dengan sesiapa) cakap pada sahabatnya, Aina (juga tak ada kaitan),
"Kita tahu, couple tu salah. Kan?"

"Hurm. Ya."

"Awak pernah dengar, pasal ni..Ehem" Aisyah betulkan suara, "Faktor orang bercouple, sebab kawan sekeliling tak mampu nak beri apa yang diorang nak, sebagaimana yang pasangan dia berikan pada dia."

"Maksudnya...?" Aina blur.

"Tak cukup kasih sayang dari sahabat keliling yang halal dan sama jantina, sebab tu orang cari couple."

"Oh, macam tu. Maksudnya salah kita jugalah kalau ada kawan kita bercouple? Bukan sa…

Graft hidup

Bismillah

Kadang terfikir, graf hidup ni makin menaik atau menurun sebenarnya?

Nak sandarkan pada apa sebagai paksi-y nya?

X - masa
Y - ??

Kalau y = gembira,
mesti graft naik turun. Kalau gembira hari2 pun graft mesti mendatar.
Adakah istilah lebih gembira? Sebab time kita happy, itulah detik paling gembira rak terbanding dengan waktu lain. Datang lag kegembiraan pada esoknya, dikatakan pula itu paling gembira dlm hidup

Ramai suka y = nikmat.
Takut x muat kertas graph sebab nikmat kita terima hari2 banyak sangat, cuma kita tak mengaku.

Andai
Y = ilmu,
Kalau semakin bertambah hari (paksi x) maka graft makin menaik,
graf y = ingatan dan amalan pula bagaimana??

Saya memilih y = pencapaian.
Allah sebaik2 pemberi penilaian.
Saya tak boleh minta skrin komputer berikan markah tinggi exam.
Tapi saya boleh selalu minta dari Alah berikan pencapaian (peningkatan hiup) sehari-hari.

Apa yang dicapai? Pahala.

Study. Medan pahala tu.
Medan memohon rahmat.
Medan meminta hidayah.
Medan me…

Dakwah vs hafal quran

-bismillah-

Pada suatu hari, seperti hari lain, makhluk2 ciptaan Allah bertasbih memuji Allah. :)

***
"Kenapa hafal quran?
Bukankah itu perkara sunat.
Kamu lupakah dakwah itu perkara wajib?
Lebih baik kamu berdakwah kerana manfaatnya tersebar luas pada orang lain.
Tapi kamu hafal quran, manfaatnya hanya untuk kamu saja bukan?!" - soalan.

Mari mengucap panjang.

Allah. Soalan yang terpacul tu seakan merobek kalam2 yang tersimpan dalam hati. Geram. Marah. Sedih.

Kamu masih tak kenal al-Quran!

***
Fuuh. Fuhh. Fuhh.

Al-quran ialah kalam Allah.
Turunnya sebagai mukjizat,
kepada Nabi Muhammad,
melalui utusan malaikat Jibrail,
dalam bahasa Arab,
bermula dari surah fatihah dan diakhiri surah an-Nas,
membacanya dikira sebagai ibadah.

Tu takrifan khusus untuk al-Quran. Lain daripada sifat tu, maka tu bukanlah Quran yang dimaksudkan.

Saya bukanlah orang paling bijak dan bukan juga orang paling tepat untuk menghandle soalan tajam ni. Sedihnya sebab ditanya oleh manusia ya…

Efbi (fb) dan dakwah ringkas

-bismillah-

Dakwah.

Setiap antara kita ada tanggungjawab dakwah. (: sampaikan apa yang baik.

Dan haruslah dalam usaha menyampaikan itu, ada ilmu dan kefahaman.
Kena tahu benda apa yang disebarkan, dan kena tahu sebab apa perlu orang lain lakukan.

Kadang saya terfikir, 'eh, benda simple macam tu pun nak bagitau orang?'

Contohnya, saya lah tu, 'hari ni sangat lapang. Alhamdulillah. Kalau Allah tak izin maka tak akan jadi kenangan hari ni.'
- status fb -

Eh status macam tak perlu saja ditulis.

But then, saya percaya, dalam situasi saya, tulisan begitu lebih besar kesannya dari saya menulis 'kita haruslah bersyukur dengan apa yang dilalui. Haruslah kaitkan kehidupan dengan apa yang Allah bagi.

Ingatkan orang pada Allah, moga kesannya kita tak mudah lupa Allah.
Oh Allahuakbar.

Saya ada seribu mad'u di fb.
Semuanya pelbagai latar belakang. Sekolah rendah, sekolah menengah agama, kawan2 program / kem / kursus / pertandingan, PLKN, kolej persediaan, universiti…

Catatan Memori

-bismillah-

Catatan Memori

Pandangan mata dan persepsi itu, yang aku tahu, hadir bukan kerana nafsu. Tapi itu adalah pesanan yang lahir dari hati yang takut akan Allah dan ikhlas mahu menjaga. Kalam2 yang terlontar dari jasad yang tidak letih dalam perjuangan. Seakan wasiat Nabi yang diterjemahkan dalam hayat insan
Perasaan senang dan gembira ini, lebih layak untuk aku gembar-gemburkan pada Allah Tuhanku.  Pada Muhammad S.A.W Nabiku. Manusia halal untukku labuhkan cinta
Sebagaimana rasa ini membuak-buak mahu masuk syurga bersama-sama,  maka lebih dalamlah rasa ini patutnya disalurkan pada Nabi.
Tak beriman seseorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul dicintai olehnya melebihi sekalian yang lain.
Allah, jadikan aku mukmin.

Menggapai yang terbaik itu

-bismillah-

Seorang sahabat berpesan pada saya, "buatlah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik."

***
Saya mahu menggapai sesuatu. Tak perlu diberitahu apa, tapi perkara itu sangatlah tinggi dan kerap kali rasa kekurangan dan serba tak layak.

Bukan sebab rasa sangat lemah tapi sebab orang lain sekeliling sangat kuat. Pendek kata, banyak calon yang lebih berhak.

Haha. Calon apakah? Jangan tanya. Anggap ja lah calon anugerah. Yang pasti saya tak bercakap soal jawatan di dunia.

:)

"Nak capai yang terbaik, buatlah yang terbaik."

Lillah. Bukan sebab dia.

:]

***
Perkara paling susah ialah nak maintain-kan perhubungan. Sekali orang tu saya anggap kawan, maka susah untuk saya ubah mindset untuk tukar statusnya dari kawan menjadi selain kawan. Kalau tak dapat tangkap, boleh juga saya maksudkan 'dari kawan susah untuk saya jadikan dia musuh'. Pun boleh.

***
Ada kawan cakap, "korang ready lah tahun 4 nanti."

Satu statement yang sangat menyentap jiwa …

I told them about it but it went back to me.

-bismillah-

Boomerang of dakwah. Ever heard about it?
it's just like 'I told them about it, but it went back to me. '

***
A young boy shouted in a crowd, "you have to bring umbrella everywhere you go! bcos it is dangerous out there!!".

A young lady who heard the talk by distance, nodded before taking an umbrella inside a cupboard. She wanted to go out.

After a while in the city street, the rain started to pour down. The lady with umbrella felt safe and thanked the boy for his reminder, also from distance.
The boy was glad to see many people with umbrellas in their hands in the rain. 'alhamdulillah, they are all safe,' he muttered them low.

The boy walked home happily. He got no umbrella in his hands, but he felt alright. After all, 'i have made their days!' he shouted excitedly. A young lady who walked pass him smiled and nodded as mutual respect.

The next morning, he had a yellow umbrella in his hands.
The moment he stepped out of his house, th…

When the dream comes true...

-bismillah-

Kalau kita tak pandai bermimpi, nanti bila mimpi itu jadi kenyataan kita akan cepat resah hati.

"Tu lah nak sangat, kan dah jadi betul."

Nak benda tu dulu, tapi bila dah dapat rasa takut pula. Seolah tak layak. Seolah tak perlu mimpikan impian itu pun sebelum ni.

Tapi saya percaya, sungguhpun tidak mengimpikan perkara itu, bila sampai masa Allah bagi, tiada apa yang boleh menghalang.

Tapi kena bijaklah membina impian. Kalau bina impian mengarut, memang lah best bila jadi kenyataan tapi rasa lagi baik sebelum impian tu jadi kenyataan.

:/

Manusia, bersyukurlah. Tak semua orang dapat apa yang diimpikan.

***
Kenapa manusia menggunakan alasan apabila buat sesuatu?

"Saya disuruh, jadi saya buatlah."
"Saya dah minta izin, jadi saya teruskanlah."

Padahal sebelum arahan dan keizinan tu wujud, tak pernah terfikir pun untuk lakukannya.

:/

Manusia dan agendanya.

catatan hidup

-bismillah-

kenangan catatan harian. :)

***
Dari jauh nampak ada orang lintas jalan.
"Assalamualaikum. Kak, rumah kat mana?"
"Tu depan tu." Alamak hari ni kena pada diri pulak jawapan tipikal dari akhawat irbid.
"Jom kami murakibkan..."
Yet not really a typical day. (:

"You are the doctor or the patient?" A starting joke from a cheerful receptionist to decrease my nervous breakdown of going markaz sihhi alone.

Met a future pharmacist while waiting. She's kind and we chat a lot until the doctor called my name - repeatedly. --.

Met a naughty boy with his friend on my way back - walking, no taxi. End up safe and sound walking triumphly (alhamdulillahhh) behind 3 big arabs musketeers :D
(3 syabab walking tough and steady and i just follow close behind).
With kids, dont fight but opt to flee.

Met a makcik (hajja).
Well respected by kids around. Felt safe walking by her side. Two small kids stopped playing with the ball when she passed the …

alhamdulillah. kenangan. memberi vs menerima.

-bismillah-

semakin kita menyukai seseorang, semakin banyak kelemahan yang bertandang pada pandangan. semakin kita membenci kehadiran seseorang, semakin banyak kali pula pertemuan.
syaitan akan mematikan apa yang patut hidup, dan syaitan juga akan menghidupkan apa yang patut mati.
sebelum berkahwin, orang akan mengimpikan "itu dan ini". persoalannya selepas berkahwin, mampukah bersabar dengan perkara di sebalik "itu ini" yang tidak diketahui?
kalau hidup, berkahwin dan bekerja kerana Allah, tiada sebab untuk berputus asa dari rahmat-Nya.
*** apa yang membezakan kamu dan dia? jawabnya, kamu suka membanding-banding dan dia tidak begitu.
*** ikutkan nafsu, kehendak yang membuak, seakan mahu lari dari dunia dan hidup abadi di akhirat sana. tiada risau. tiada sedih. tiada kecewa. hanya ada kesyukuran dan kebahagiaan. hanya ada demand dari diri sendiri, bukan demand dari orang lain.
merindui kampung halaman di syurga. moga Allah izin.
mati bukanlah tiket ke syurga. itu …

Aidiladha kedua di sini

-bismillah-

By the time i started writing this, my batchmates were bertakbir di ruang tamu. Allahu.

Islam datang dalam keadaan asing, dan akan berakhir juga dalam keadaan asing.
Beruntunglah menjadi orang yang asing.

Allah chooses who He wanted.
I believe in that.
May Allah choose me for jannah.
Amiin

P/s i just cant join the crowd. I believe Allah planned that.
I believe in everything He puts me in.
May that the belief and trust last till the last breath.

Allahumma tsabbit aqdamana.

Selamat hari raya aidiladha.


detik hati pada zarai3 - tak sedap hatilah tengok tuuuuu

-bismillah-

"Benda yang susah, once kita mudah-mudahkan, akan hilang sensitiviti.
Pharma. Tolerance. Physiological dependence. Maksudnya, nak lagi. 
Kasarkan status ni? Sebelum kena pada diri sendiri. Mungkin."

""kenapa rasa (bukan perasaan -.-) tu muncul? buat ganggu fikiran saja."

menghargai setiap rasa yang terdetik, kerana tak tahu bila masa detik rasa itu akan dihilangkan


phenotype is changed with environment too, apart from the genotype. - genetics


cross tolerance is when you received a number of different types of drugs with similar mode of action or chemical structure, making the receptor to be
 indecisive for the drug of choice. - pharma
sungguh kerdil untuk berfatwa hati. moga Allah tunjuk jalan supaya mampu bezakan hak dan batil. takut diselimutkan dengan adat dan budaya hingga lupa dunia luar yang lebih luas.

berharap supaya rasa 'tak sedap' tu tidak dihilangkan.

kata sahabat, "penat kan fikir masalah umat..."
hehh doktor haruslah kena fi…