Saturday, December 17, 2011

cerita Aqabah :) beli-belah = beli-beli + belah bahagi kot

-bismillah-

assalamualaikum :)

"apa khabar ?", seorang arab menegur.
"kullu min caina ?(kamu semua dari China?)", seorang mak cik arab bertanya.
"awak semua bagus!" dari sekumpulan orang dari dalam kereta - di tepi jalan. sobs.
"selamat pagi!" di waktu petang :)
adehh. banyak orang arab dah kenal DAN belajar tentang Malaysia.

hari ni saya pergi Aqabah, satu-satunya pantai di Jordan. kawasan aqabah ni sempadan dengan israel dalam peta, tapi hakikatnya dulu palestin.
aqabah ni bukan dalam perjanjian aqabah tu ya. huhu.
tapi, aqabah ni satu teluk, jadi boleh nampak bandar israel di seberang. paling terkejutnya, di pantai aqabah ni ada bendera palestin, besar dan berkibar2.
(bendera jordan & bendera palestin lebih kurang saja designnya)

kenapa saya terkejut ?

sebab di negara sendiri pun bendera palestin tak boleh berkibar, tapi berkibar di negara jiran ?

bayangkan (bayangkan saja) bendera thailand berkibar di kawasan bendera Malaysia di bukit aman tu. tanpa motif apa2 ? pelik.

solusinya mudah, aqabah itu kawasan yang ekonominya dipegang iszrael, kata sumber terdekat. entah. tapi ada logiknya. pacakkan bendera negara yang dijajah untuk kaburi mata dunia~ ya lah, takkan dia nak pacakkan bendera biru putih bintng 6 di jordan kan ?

hurm.

tujuan pergi aqabah, nak beli barang2 balik Malaysia. kawan2 saya beli t-shirt, coklat, kacang badam, pistachio. ada juga yang pergi makan makanan laut, sebab di irbid tak pernah jumpa seafood, kalau ada pun tak fresh + mahal. sobs.

'sabar ehh,, balik perlis nanti pergi makan dekat kuala perlis~' pujuk diri :) <3 perlis!

itu cerita kawan2 saya. saya ?
saya beli2 banyak juga. huhuhu. awal2 sebelum pergi dah doa banyak2, bukan sekadar moga selamat perjalanan pergi balik 12 jam, tapi moga Allah izin saya bawa balik untuk family benda2 yang berkat & tak bawa mudarat dunia akhirat. skemakan doa saya ? huhu

tadi, dalam kedai hadiah, nampak boat kecik, kaca, tulis Aqabah-Jordan, cantik, lebih kurang bentuk kapal layar. warna coklat, biru2, ada ikan2. harga 5JD. (lebih kurang RM25)
ambil. letak. ambil. letak. lama lah juga saya pusing depan rak itu. dari kawan2 pilih2 sampai kawan2 habis bayar. serius lama.

'cantik22222. murah kalau nak banding benda lain.'
'kalau beli magnet pelekat peti sejuk macam tak berbaloi saja, lebih baik beli ni'
'ada tulis aqabah-jordan, tu tanda aku dah pernah sampai sini :D'
'kalau aku beli nih, boleh letak dalam display cabinet kat rumah tu.'
'wah nanti adik beradik sedara datang, at least ada benda dari jordan dalam rumah'
'cantik, baloi. tak dak cacat2 buatannya' -cerewet la pulak- =='

masa terus berlalu...

'bukan ke beli untuk tujuan nak display tu RIAK, farhana?'
gulp. 

kesudahannya, adalah 2-3 plastik bags yang saya angkut balik. adalah 2-3 kilo. jangan tanya saya beli apa... hihii. at least saya berbelanja la jugak. takda lah sep sangat kann :)

moga Allah berkati. hanya itu mampu saya beli untuk orang2 tersayang. lebih daripada tu, saya minta maaf saya tak mampu, walaupun duit bukan satu persoalan buat masa sekarang. persoalan sekarang, ni hah:

Daripada Ibnu Mas’ud daripada Nabi Saw bersabda : 
"Tidak berganjak kaki anak Adam berdiri di hadapan Allah pada hari Qimat sehinggalah dia ditanya tentang lima perkara iaitu 
  • umurnya bagaimana ia dihabiskan, 
  • waktu mudanya bagaimana digunakan, 
  • hartanya bagaimana diperolehi dan 
  • bagaimana pula harta itu dibelanjakan dan 
  • ilmunya apakah ia telah amalkan ?

Allahuakbar.

doakan saya tak sia-siakan hidup di dunia persinggahan. singgah di muka bumi jordan sebelum hidup di bumi malaysia. singgah di alam dunia sebelum masuk ke alam akhirat. banyak betul R&R. adehh.

selain beli2, saya naik Glass Boat :) alhamdulillah. bayaran 1.50JD saja.
subhanAllah. boat biasa, ada seats ada bumbung, ada open air, tapi lantainya ada glass panel. tak lah besar tapi muatlah 12 orang. pusing2 laut aqabah, tengok dasar lautnya. ada batu karang sikit2. ada kereta kebal tenggelam yang jadi tukun untuk ikan2. banyak pulak landak laut.

haritu punya trip, dah ada kawan kena landak laut masa mandi laut. huhu. saya tak minat kot nak mandi laut melainkan masa kat langkawi dulu :D bestnya zaman kanak2.

sambung semula cerita aqabah, semua yang pergi 19 perempuan + 3 lelaki. kenapa perlu ada tambahan ? sebab tu untuk keselamatan. alhamdulillah, diorang 'berfungsi' atau dalam bahasa baiknya, diorang deal-kan dengan pakcik boat, cakap2 arab, angkut air botol dll. ikhtilat pun insyaAllah terjaga. masa shopping, korang hal korang, kitorang hal kitaorang. (saya rindu perkataan hampa-kami-depa) haha.

tu je kot. cerita aqabah - walaupun ni trip ke2 saya. hihii. cerita pertama dulu ada bbq tepi pantai. alhamdulillah.

p/s : jumpa orang besar malaysia. seorang training consultant. Dr R. hehehe. "adik sekolah mana adik?" erkk. JUST laa pak cikk. sobs.

:)

3 comments:

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...