Wednesday, November 16, 2011

saya dah penat, :]

-bismillah-

assalamualaikum. moga jiwa masih utuh pada jalan-Nya.
moga Allah redhai, moga Allah berkati, moga dilindungi daripada penyakit hati, dalam hatiku dan juga hati-hati kamu. insyaAllah.


post ni untuk mereka (saya awak kita kami ?) yang tengah down tiba2 dalam perjalanan mencari redha Allah, yang hilang fokus dll. juga untuk rujukan saya bila saya pun jadi macam tu, insyaAllah. :)
dalam hidup saya baru2 ini, beberapa orang sahabat bertanya, dan beberapa orang sahabat menjawab:

"awak, saya dah penat. saya takut saya tak istiqamah."
"kenapa?"
"saya ada 6 tahun di sini (jurusan perubatan). mampukah? takkanlah 6 tahun tu nak mengadap buku je?"
"hurmp."
"dah tu, lepas 6 tahun, belum confirm hidup senang. jadi doktor dah la sibuk, macam2 kena buat."

"awak, saya dah penat. dah banyak sangat saya terima."
"apa yang awak terima ?"
"ujian lah. lepas satu-satu datang. memanglah sebelum ni saya tak pernah mengeluh, tapi, dah banyak sangat dah nih..."
"hurmp."
"saya takut saya dah tak mampu nak jadi kuat macam sebelum ini."

"awak, saya dah penat. saya tak tahu apa yang saya buat nih betul ke tak."
"maksud awak ?"
"saya selalu cakapkan pada diri, duit yang saya pegang nih duit tajaan. saya tak boleh belanja sesuka hati."
"betul."
"tapi, dalam masa yang sama diri saya berperang. ni duit aku, aku ada hak. aku tak akan membazir, cuma aku nak beli barang yang aku nak, walaupun aku tahu, tanpa duit nih aku tak akan pernah terfikir pun nak beli barang mahal macam ni (apparels dll.)"

"awak, saya dah penat. dah macam-macam cara saya buat."
"buat apa?"
"saya dah cuba kawal duit keluar. tapi duit tetap keluar macam air mengalir."
"hurmp."

"awak, saya dah penat. sampai bila saya kena hidup macam nih? bila saya nak hidup senang?"
"hurmp."
"saya tak boleh nampak bila saya akan hidup senang lenang."

"awak, saya dah penat. saya dah tak tahan dengan seorang makhluk ini"
"siapa?"
"kawan sayalah. saya dah banyak kali bertolak ansur dengannya. apa yang dia buat saya setuju. saya akur. tapi pada masa yang sama hati saya memberontak. saya tak suka dengan caranya."
"hurmp."

"awak, saya dah penat."
"masalah apa lagi nih?"
"saya tak faham apa yang diajar tadi. lecturer tu cakap arab semua waktu. cakap inggeris bila baca text dari buku je."
"hurmp."
"dah tu, saya dah bosan komunikasi satu hala. saya nak participate juga perbincangan dalam kelas. asyik2 kawan arab saja yang lercturer tanya"

"awak, saya dah penat. hati saya sesak. susah saya nak jaga hati saya."
"maksud awak, jaga yang bagaimana?"
"saya tak nak jatuh suka pada orang yang tak halal bagi saya. kadang, hati saya kuat, kadang hati saya mudah juga jatuh suka. saya dah penat lawan."
"hurmp."
"saya nak hafal ayat Allah pun rasa berat. hati saya sesak."

"awak, saya dah penat. saya dah banyak kali pujuk hati ni."
"kenapa dengan hati sampai kena pujuk?"
"saya tak tahan tengok dia lebih di sini, hebat di situ, cantik di sana, pandai di sini, bla bla bla..."
"hurmp."
"saya tahu nih perasaan tak baik dengki2 jeles2 tapi saya cuba lawan, tapi saya dah penat..."

==============================================

semua ni antara situasi yang terjadi disekeliling saya, baik kena pada saya mahupun kawan2 saya mahupun anda sendiri. contoh situasi (konflik) ini sangat kecil. sangat kecil jika dibandingkan dengan masalah negara ==' dan juga masalah2 lain. apatah lagi masalah umat.

biasalah, 2 bulan di alam baru, muncullah konflik kecil, yang boleh saja menggugat harapan jiwa yang besar andai dibiarkan tidak berjawab.

jawapan yang saya terfikir untuk situasi2 di atas ringkas saja,,,

ingatkan diri tentang destinasi terakhir hidup ini.
ingatkan diri tentang adanya garisan penamat.
ingatkan diri bahawa kita akan kembali pada Pencipta kita, Allah.

ingat Allah. ingat syurga-Nya yang seluas langit dan bumi. ingat neraka-Nya. setiap penglihatan, pendengaran dan hati nurani itu akan diminta dipertanggungjawabkan.

jika dahulu kita ditanya tentang cita-cita dan impian hidup,
sering kita (saya ke awak?)  katakan,

"aku mahu HIDUP sebagai orang yang beriman pada Allah.
aku mahu HIDUP sebagai seorang anak yang taat berbakti pada ibu & ayah.
aku mahu HIDUP sebagai pelajar paling cemerlang.
aku mahu HIDUP sebagai seorang doktor yang penyayang.
aku mahu HIDUP sebagai guru yang terbaik.
aku mahu HIDUP sebagai orang yang banyak pengaruh dan karisma.
aku mahu HIDUP sebagai orang paling bahagia"
dan banyak lagi impian yang kita angankan. kalau boleh, satu dunia ini kita mahu miliki.

dengan izin Allah, banyak impian dimakbulkan.

sekarang, dengan perubahan zaman dan peredaran waktu,
dengan pertambahan detik masa dan umur,
dengan pengurangan usia dan harta,
cuba gantikan perkataan HIDUP dalam impian kita dengan MATI.

janggal?

ya, aku mahu MATI sebagai seorang jurutera yang kaya pada masa hadapan, contohnya bila kita memasang cita-cita dan impian hidup (mati?) sebagai engineer.


"aku mahu MATI sebagai orang yang beriman pada Allah.
aku mahu MATI sebagai seorang anak yang taat berbakti pada ibu & ayah.
aku mahu MATI sebagai pelajar paling cemerlang.
aku mahu MATI sebagai seorang doktor yang penyayang.
aku mahu MATI sebagai guru yang terbaik.
aku mahu MATI sebagai orang yang banyak pengaruh dan karisma.
aku mahu MATI sebagai orang paling bahagia"

Allahu akbar. mampukah sekarang kita mengeluh keletihan sedangkan impian itu besar nilainya?

masihkah kita bercita-cita mahu menjadi yang paling senang hidupnya? paling kaya? paling dihormati? tidak mahu secebis kepenatan ?

jadi, andai cakap sahaja tak ada faedah. pesan saya untuk diri sendiri, hidup ini persiapan untuk hidup semula. mati itu 'expiry date' untuk usahakan 'perkakas2' untuk hidup semula. tempoh akhir mengemas barang sebelum berpindah ke alam akhirat~

Allahu akbar. masihkah diri ini berasa letih sedang masih banyak barang perlu dikemaskan untuk diangkut ke alam akhirat?

duhai diri, hidup tak lama. entah bila kau akan kembali pada Allah. kembalilah dalam keadaan terbaik. kau datang ke dunia ini dalam keadaan suci, bersih, fitrah, disambut dengan kasih sayang, tanda Allah sangat mengasihi akan hamba-Nya.

jangan berasa lelah. jangan berasa letih. jangan berasa penat.

:) ingat masa yang berdetik berlalu, entahkan sempat dalam hayatmu menghafaz kalam2 Allah, sedangkan diri mengaku hamba Allah, sedangkan diri mahukan syurga Allah. sedangkan diri mahu menjadi anak terbaik pada ibu ayah, adik terbaik pada kakak & abang, rakan terbaik buat sahabat2... semasa hidup dan matiku.
mati sebagai anak terbaik, apa lagi selain diizinkan Allah memberi syafaat pada ibu ayah dengan keberkatan ayat hafazan dari kalam Allah?

astaghfirullah. 

saya mohon ampun atas pandangan peribadi yang tidak secocok dengan pandangan kalian, mungkin. doakan, penamat kita penamat yang terbaik, kerana tempat asal kita syurga, namun kedengkian syaitan menyebabkan kita diturunkan ke bumi yang tandus penuh tipu daya.

moga Allah mengasihi kita. amiin.

p/s: "hurmp." tu macam ni " :] " hihiii~

Friday, November 11, 2011

saya bernasib baik :) - pengalaman Aidiladha 2011 di Jordan

-bismillah-

alhamdulillah :)
syukur pada Allah atas segala nikmat & ujian yang diberi. moga hati saya tenang menghadapi aturan hidup ini, moga Allah letakkan saya dalam kalangan muslimah mukminah. amiin.

hari raya aidiladha 2011. tak pernah terbayang di fikiran saya, saya akan sambutnya di bumi Jordan, lebih tepat lagi bumi Irbid.
sehari sebelum raya (sabtu) , saya ke Amman dengan beberapa orang sahabat akhawat. sehari sebelum itu (jumaat) saya ke Amman juga melawat Gua Ashabul Khafi, Citadel kota awal amman, Abdali tempat jualan pakaian winter bundle yang besar. tak lupa juga City Mall tempat kawan saya beli winter kot Zara :)

nampak indah kan?

2-3 orang sahabat tersayang saya diuji dengan kehilangan harta benda dunia. mereka tabah, sebab itu Allah memilih mereka untuk hilang camera, beg duit dan lain2. subhanAllah, moga mereka beroleh pahala kesabaran yang tinggi!

cerita saya ke Amman pada hari sabtu bersambung. untuk kali ke-2, niat mahu tukar travellers' cheque TC, kerana saya dan kawan2 sudah kehabisan wang cash di tangan. kami nampak kaya dari luarannya :) alhamdulillah. tapi, untuk kali ke-2 jugak lah TC tak boleh tukar...
"after Eid ok."
terkedu. kali kedua, datang sendiri naik bas ekspress hijazi kemudian jual semula 12 keping tiket sebab nak naik private taxi yang lebih murah & cepat, masuk sorafah (kedai exchange) hanya keluar dengan tangan kosong! tambang sudah berdinar2 habis. subhanAllah.
dalam masa yang sama, kawan saya demam. demam campur perut kosong. terpaksa bakal2 doktor sekalian yang cetek ilmunya menyuruhnya makan - buka puasa. sungguh, bukan niat kami mahu memutuskan pahala seorang hamba dengan Tuhannya. angin dalam perut dikeluarkan dek muntah, kawan saya terpaksa berbuka juga, di tepi jalan.
memujuk hati, kami meneruskan perjalanan, cari bank / kedai yang boleh tukar TC ke cash. jumpa orang malaysia tengah2 jalan. dalam hati,
"ya Allah, jangan bagi aku sia-sia datang Amman, aku tinggalkan program API (program ilmiah di Irbid) sebab aku nak datang tukar TC."
kami masuk ke pasar. kawan saya beli coklat, saya beli buah tamar 1 kilo (walaupun duit kering).
fikir2 semula, oh inilah tujuannya Allah suruh aku datang Amman, Allah nak bagi kurma :) *memujuk hati*

kami pulang semula ke Irbid.

perjalanan pulang, penuh emosi. esok hari raya! duit kering! rindu rumah! macam mana dengan pagi raya?!
kawan2 saya beli tiket bas ekspress terus naik, tinggalkan yang lain terpinga2. sementara yang lain sudah berada di atas bas coaster murah, menunggu2 rakan yang lain naik. saya di tengah2. kedua2 pihak memanggil, berebut menegakkan pendirian masing2. subhanAllah, huruf2 ini tidak mampu menggambarkan apa yang terjadi dan bagaimana kocakan emosi ketika itu!

penuh emosi. saya marah pada sahabat saya. sahabat saya marah saya. dalam hati, teringat ayat Allah, "syaitan itu bermaksud menimbulkan perselisihan dalam kalangan anak Adam."
fikir saya, habis syaitan ganggu tengah marah nih, hubungan kami akan baik semula. sekarang, tenangkan hati, jangan ambil kisah.

kesudahannya, kami naik bas ekspress balik ke Irbid. dengan izin Allah, tiket berbaki 6, cukup2 untuk kami yang masih belum beli tiket. kalau lewat lagi seminit, maksudnya kami akan terlepas bas itu, meskipun sahabat2 yang sudah beli tiket berkeras bahawa tempat banyak lagi.
di bahagian paling belakang, dengan hati yang sesak, saya online facebook di handphone, pakai broadband. mahu memujuk hati dengan cara paling tak afdal. tapi, ada message, bertulis:
 slamat hari raya dgn suasana baru d perantauan. jgn nanggis2,, itu pengalaman brharga jgk... -Cikgu Hashimah

subhanAllah! terus saya menangis! air mata mengalir tak henti2. Allah pujuk melalui perantaraan manusia tepat pada masanya. moga Allah sayang saya walaupun saya banyak buat salah =.=
saya tertidur dalam perjalanan 2 jam ke Irbid. tidur dalam tangisan, bila bangun rasa macam baby, tidur puas & tenang.
kami sampai di Irbid, terus saya minta maaf pada sahabat2 yang saya marahkan tadi. saling meminta maaf atas salah sendiri, kami berpeluk-pelukan di stesen bas Amman Jadid tu.

perjalanan belum berhenti. TC mesti ditukarkan ke dalam bentuk cash pada hari ini juga! kami ambil teksi pula ke Balad Irbid (Irbid Downtown), walaupun rate tukarannya lebih rendah dari di Amman. (orang tamak selalu rugi kan? tapi pengalaman menjadikan kita kaya :)

selesai tukar TC, dengan cash (duit rakyat) di tangan, kami shopping beli pakaian winter, baju tebal2. saya beli jubah sepasang juga untuk baju raya. ya, esok raya! and saya sedang beli sendiri baju raya di celah2 manusia yang saya tak kenal. memandangkan baju jubah itu potongan arab yang tinggi lampai, terpaksalah saya dan sahabat saya sorang lagi menunggu di kedai itu sampai lepas maghrib utk dipotong. sempat juga kami berbuka di dalam kedai berbekalkan kurma yang baru saya beli tadi. :)

kemudian, saya dan sahabat saya ke masjid terdekat di balad itu. kami melalui jalan paling kotor di dunia (pasar becak lumpur lepas hujan), untuk sampai ke masjid. untuk mengambil wuduk, orang arab terkejut melihat saya mengambil wuduk di sinki,
"saya sentuh air sikit pun dah sejuk!" katanya dalam bahasa arab.
huhuu solat. api neraka lagi panas. (arab pakai khuf - saya tak belajar mendalam lagi pasal rukhsah khuf jadi tak praktikkan)

usai semua urusan, pada malam raya itu, singgah di kedai terakhir untuk beli baju inner kawan saya. dengan izin Allah, pakcik kedai tu jamu halawiyat (manisan) sempena esok raya. subhanAllah! inilah pengamalan sambut raya terindah. dalam perjalanan balik ke sakan (rumah), Allah temukan kami dengan pemandu teksi yang baik, dia tak merokok dan tak marah2 bila pemandu kereta lain buat pasal (like almost all jordanians do). dalam teksi teringat,
'senior selalu pesan, malam raya jangan keluar. bahaya! orang arab sambut raya bahaya.' 
Allahuakbar, masalahnya saya dan sahabat saya nih tak masuk rumah lagi.

dipendekkan cerita, Allah hantar saya & sahabat saya betul2 depan pintu sakan. cadang kami pada awalnya mahu berhenti depan kedai roti untuk beli makan malam, namun Allah tak izin. :)

kawan2 di sakan terkejut, balik malam2 pun tak beli makanan?
Allah mudahkan urusan, ada baki syawarma (roti + ayam bakar) di sakan, milik kawan saya yang demam namun hilang selera.

subhanAllah.
Alhamdulillah.
sayang Allah.

tamatlah kisah malam raya saya. :)
segala puji hanya bagi Allah!

nanti next post pasal jaulah (trip) sekeliling jordan, yang pastinya juga penuh emosi :D hehe

firman Allah, "ingatlah akan nikmat Allah padamu", ingatlah, dah banyak Allah bagi kat kita. lagi untung kalau Allah bagi di akhirat sana, itu lebih abadi lebih kekal. kesenangan hidup di dunia ini tidak terbanding biarpun sekadar satu celupan nikmat hidup di syurga Allah.

jom buru akhirat! insyaAllah :) assalamualaikum. doakan ketenangan & kebahagiaan abadi dari Allah untuk saya! amiin. :)

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...