Wednesday, October 12, 2011

view - it carries wide meaning :)

-bismillah-

alhamdulillah diberi kesempatan meneroka perkara-perkara baharu saban hari.
:)
meh saya mula cerita...

Perjalanan ke Jordan University of Science & Technology (JUST) di ramtha dari irbid, jauhh.. kena naik bas. merentas tanah tandus. tanah lapang yang jadi tempat gembalaan kambing biri-biri. kadang2 ada juga unta-unta. boleh nampak dari dalam bas, ada khemah2 nomad, besar tapi ringkas. ada juga plantation - ladang2 pokok hijau - pokok zaitun rasanya - dotted - di atas tanah tak berawan di sini... :) hari ni (Rabu) ada banyak awan hingga tak nampak matahari. and masa balik tadi saya nampak ada kambing biri2 garu telinga dengan kaki belakang :D hihii comel! 


urm situasi di JUST pula, tak ada bangunan warna lain selain warna 'earth tone'. tapi, tiba-tiba dicelah-celah blok & bangunan warna tanah, ada landscapes yang sangat cantik dan high maintanence. :)


saya sempat ambil gambar2 sekitar universiti, tapi tak semua tempat sebab terlalu luas. hurm, kalau perasan, dalam gambar tak ada manusia lain :)



teringat masa awal2 datang ke JUST, saya selalu saja sesat. kalau tak sesat pun selalu saja lalu jalan jauh :] adeh. kalau nak pergi kelas memang 30 minit sebelum dah kena gerak. tempat paling best lepak di surau lah. tapi, tergerak jugaklah di hati nak wakafkan pewangi sembur automatik utk surau2 di sini. hehh :) sebab tak wujud aircond maka udara terkumpul la~ huhu
dari satu blok ke satu blok, ada taman-taman. cantik. ada pokok2 rendang, rumput2 karpet dengan air pancut. masa gap antara kelas ramai je student lepak2 sini.

"Solehah, saya suka lah lalu dekat-dekat kolam air pancut. rasa tenang, rasa nak singgah duduk. macam terapi air pulak."
"Nawwar, itu sebab air tu berzikir pada Allah. sebab tu kita lalu tepi pun kita dengar rasa tenang."
selain JUST, minggu awal2 dulu, ada program orientasi anjuran persatuan pelajar malaysia di sini, tapi buat di universiti lain, yarmouk university. cantik juga :) gambar kat bawah ni...

=======================================================================

indah saja kan ?
jangan sempitkan pandangan :)

untuk membeli keindahan hidup, bayarannya tidak ternilai dengan berkeping-keping kad kredit.
untuk menahan kesejukan udara Jordan tidak cukup dengan pakaian berlapis-lapis.
untuk meredah panas terik tengah hari tidak cukup dengan sunglasses besar2.
untuk bersuka bergelak ketawa dengan arabs tidak cukup dengan arab formal sahaja, perlukan juga arab pasar.
untuk berjalan pulang ke rumah tidak cukup dengan teman2 sekumpulan baru selamat.
tidak semestinya yang lebih itu baik.
tidak semestinya yang disangkakan cukup itu memadai.

itu secara tersuratnya.

tersiratnya, 
semua perkara yang wujud di sekeliling kita adalah ujian.
bersyukur atau ingkar pada Allah yang Maha Pencipta.
tidak perlu untuk kita berada dalam kesenangan baru nak rasa bersyukur.
tidak perlu untuk kita berada dalam kesusahan baru nak rasa bergantung pada Allah.

sebaliknya, kesyukuran & pergantungan pada Allah itu 
sangat perlu pada setiap masa dan tempat, 
walau siapapun kita 
dan siapapun orang sekeliling kita.

bukan tunggu rakan-rakan dan biah solehah baru kita mahu hidupkan islam.

apapun latar belakang kita,
sejarah hidup kita,
kehebatan tarbiah yang kita peroleh,
semua itu bukan titik mula penghidupan cara hidup islam.

titik mula ialah setiap nafas yang kita sedut,
setiap nadi yang berdetik,
setiap ingatan pada Allah yang terlintas.
itulah sebenarnya titik mula menghidupkan syariat islam.

jadi, jangan anggap hidup di Jordan baru boleh mula syariat islam sebenar.
bahkan di Malaysia adalah tempat terbaik,
kerana semuanya ada :)

pesan ayah, jangan biarkan iman condong.
seperti pokok2 pine yang entah tidak tegak tumbuhnya di sini. sudahlah tanah gradientnya curam, pokok yang tumbuh juga condong.
walaupun tanah berpijak tidak sekata tinggi rendahnya, tak perlu kita juga tumbuh menyerong, biarpun matahari itu arahnya.

akhir kalam,
bukalah perspektif baru, 
jangan tunggu sehingga hilang teduhan rendang di muka bumi baru hendak mendongak ke langit mencari teduhan awan. :)


sekian. :) doakan Allah sayang saya & moga hati saya ditetapkan pada jalan menuju redha-Nya. amiin.

9 comments:

  1. subhanallah...cantik nye bumi jordan...bercita2 utk menjejak kan kaki ke sana....teruskan perjuangan mu ukti...~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah :)
    trima kasih, insyaAllah moga Allah izinkan yg terbaik utk kita semua :)

    ReplyDelete
  3. masya ALLAH.Moga ana juga diberi kekuatan spt enti untuk menegakkan syiar islam bukan sahaja syiar malah syariat juga.*environment tak menyebelahi saya.totally tiada biah solehah apatah lagi mad'u dan berbagai lagi.:)haa,kalau boleh ana nk fb enti mana tahu kita boleh sama2 muhasabah kann?-munira-

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sila datang ke blog saye. Saya ada 5 follower sahaja. boleh kamu menambahnya.

    ReplyDelete
  5. @munira
    jgn tunggu biah & environment sekeliling, sebab anti lagi akan terkejut kalau duduk di biah di Jordan ni. terus terang cakap, biah di malaysia adalah terbaik. orangnya baik, facilities lagi lah baik. :)
    lagipun, mad'u & daie tu tempatnya di seluruh muka bumi :)

    ReplyDelete
  6. nawwar,boleh takk ana nak add enti kt fb?ape fb enti ye?-munira-

    ReplyDelete
  7. @munira,
    meh fb awak saya add :)

    ReplyDelete

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...