Monday, September 26, 2011

langkah di bumi Jordan :)

-bismillah-

 alhamdulillah. saya dah sampai dan hidup lagi sihat di Jordan. syukur. hanya Allah yang berkuasa izinkan semuanya. kamu nak tahu berita pasal saya atau pasal jordan ? :)

 pasal negara tempat saya tinggal (no offense) :
- drive sebelah kiri, masa lintas jalan mula2 dulu selalu salah tengok arah, hehh
- sejuk, sebab tanah tinggi dan berbukit-bukit.
- matahari terik tengah hari, tapi apabila matahari hilang (read : redup), udara sangat2 sejuk
- rakyat2nya banyak kategori, biasalah. ada yang terlebih educated, ada yang biasa2, ada yang luar biasa. huu
- kawasan tempat saya tinggal tak lah kampung, dan bukan juga bandaraya. hehh
- jarang nampak tong sampah, kalau ada pun kecil. sampah ? banyak tapi tak busuk :]
- air sejuk. mandi sehari sekali pun dah kira banyak.
- toilet ? ada tempat yang sedia kendi - tak ada paip- , tak ada flush. tapi banyak je tandas duduk + flush, cuma tak lah macam negara kita auto flush ^^, *sayang malaysia!
- driver kereta / bas / teksi / lori : suka speed,,,,, and brake mengejut. hebat lah skill diorang. hon tu compulsory. kalau teksi hon tandanya teksi dia kosong. adeh - masyarakat : tak tahu sistem giliran. serius, budak melayu je beratur, di kaunter, nak naik bas, nak masuk pintu dll. *hebat kan orang malaysia? terurus je :) bangga!

 pasal universiti : - luas - biasalah kan
 - ada rumput2 hijau! saya teruja bila nampak mula2 >.<
- perjalanan dari rumah ambil masa 15 minit jalan, 30 minit dalam bas ke univ, 10 minit dalam bas panjang @ 'gonggok' utk ke fakulti. perjalanan pergi balik : darab 2 :)
- tanah tinggi rendah - memang kena mendaki - kadang2 rasa nak terundur belakang pun ada. hehh
- students kaya2, tapi 10% saja kot ada camera phone. serius, yang lain banyak 'chowkia tut2'. :D
- banyak fountains di tengah2 bangunan ! cantik. taman2 ada pokok besar rendang & rumput karpet. ramai je budak lelaki arab lepak2 situ. jeles!
- banyak tangga. bangunan level 0 pun ada - hah, kerusi dalam lecture hall (tak semua lah) dibuat dari carbohydrate! (read : kayu ohh) *malaysia : kusyen empuk >.<
- ada surau, tapi rasa macam nak wakafkan pewangi je. hehh
- masjid cantik :) besar :) ada tandas melayu. hehh
- ada hospital universiti, tapi tak pernah masuk. klinik gigi pun semua ada~
- lecture : dlm bahasa arab pun ada, sebab ramai student tak faham english. (silibus dlm english kot!)

pasal saya :
- lunch & dinner sekali = lebih baik saya puasa kan ? :)
- arabs bawa handbag bagai, saya selesa backpack (tahun pertama katakan~)
- dipesan supaya ada ekstra protection : pakai baju kurung boleh, tapi mesti pakai seluar panjang. hehh burukkan ? tapi lebih baik dari diperburukkan oleh manusia tak bertanggunjawab di jalanan. nauzubillah :]
- dapat sehelai jilbab dari kakak senior :D
- lip balm, losyen & minyak baby dah jadi geng rapat
- mandi hari2 :) walaupun sekali >.< sedang belajar untuk hidup. =] keselamatan: banyak kes jadi. huu nauzubillah. kakak2 senior pesan jaga2 dengan kereta lalu lalang, takut tiba2 keluar tangan dari tingkap. huh.
di sini ada sistem muroqib. syabab (budak lelaki) melayu akan teman escort akhawat (budak perempuan ) untuk jalan2 waktu malam. masing2 jaga diri, anggap adik beradik, tak nak adik beradik sendiri diperapa-apakan. huu moga kita menjadi orang yang bertanggungjawab! hebat betul middle east graduates >.< 

solat :
subuh pukul 5, pukul 6 tu dah cerah. zuhur pukul 12 lebih, asar pukul 4, maghrib pukul 6.50, isya' pukul 7 lebih. tak ingat.

makanan:
banyak roti. kalau nasi, boleh share 4 orang cukup. kurang dari 4 kenyang lah. hehh. syawarma (roti balut daging) kalau lambat makan akan keras, tu pun boleh share 3 biji 4 orang.
roti banyak jual terdedah tepi2 jalan, bila kita nak beli dia akan panaskan dalam oven / microwave. hoho fresh. roti potong macam gardenia tak jual, yang ada cuma roti yang fresh buat hari2.
aiskrim banyakkkk sebab sekarang penghujung musim panas. perisa strawberi (faraulah) tak macam strawberi malaysia. masam + real strawberi taste! yum2 merah pekat plak tu. ada aiskrim kit kat, oreo, twix, mann wal salwa (kurang suka~~) dll. hehh.

kedai2 :
malam2 arab banyak lepak di kedai syisya. memang semerbak lah kalau bau. huuh. kedai coklat paling best. ambil bekas, isi coklat mana nak, dia akan timbang. any choice :D
kedai shawl berlambak. heh tapi pendek & biasa2 ja sebab itu pakaian orang di sini. pashmina mahal ? tak nampak pon.

telefon:
boleh beli top up kad di kedai runcit. untuk 5JD bayar 6.50JD. taxed. :]
untuk call malaysia (roaming) beli kredit asing. 2JD 40 minit. murah la kot.

bas :
bayar 0.35JD untuk route dari stesen bas ke universiti. nak turun kat mana-mana pun tak kisah. tambang sama.

 tu je kot setakat ni. skarang pukul 8.45 pagi = pukul 1.45 malaysia. :)

nak call mak, sekarang kan tgh rehat :D

 doakan kejayaan saya. doakan saya mampu hadapi ujian dari Allah. doakan Allah sayang saya selalu. :) assalamualaikum.

 p/s : ada orang jadi gimik pasport hilang, tak pasal2 dapat muroqib free. ==', malu2.

7 comments:

  1. whoaa..cambest je Jordan..uploadla gambar sekali

    semoga sentiasa selamat di sana dan semoga berjaya~ :)

    ReplyDelete
  2. kun 'aliman au muta'alliman..
    semoga Allah sentiasa melindungi
    ameen

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah :)
    terima kasih semua! entry terbanyak like saya pernah dapat ==, ngee :D

    @budak kampung,
    internet di rumah ni slow, nak upload ambil masa :(

    @zulaiqa nazri, okiess :)

    @miss indee,
    insyaAllah, amiin.

    ReplyDelete
  4. Matawang kat sana mahal x?mcm menarik ja kan..sy xmampu nk kesana..upload pic nnt noh..:)

    ReplyDelete
  5. jordan panas cam malaysia tak?

    jimmy-asyraf.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. haha, tergelak lak baca :)kalau duduk kat UIA nanti, diorang tahulah macam mana nak beratur hehe

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...