Monday, September 5, 2011

12 days before departing

-bismillah-

assalamualaikum. alhamdulillah masih dikurniakan nafas dan kehidupan, walaupun dosa dan kesalahan tidak berkeringan.

ingin saya kongsikan satu kejadian, sungguh tak terduga. kematian yang telah ditetapkan Allah.

kelmarin, 4 september 2011.ayah mengejutkan saya untuk solat subuh dengan katanya, "adik, bangun. tinggal 10 hari ja lagi nak pi dah~". bingkas saya bangun. semak kalendar, oh, lagi 12 hari lah ayah... hurmp

menjelang tengah hari, saya buka akaun facebook. di dapur, sambil search resipi di net.
saya nampak kawan saya post ni.
Kawan kita ...AZ... pelajar MEP telah pulang ke Rahmatullah pada pagi ini..Al Fatihah.
kelu lidah tak tahu nak cakap apa. saya panggil mak tengok link berita harian, kami sama2 sebak.

ALLAH AKBAR.

kenalan sama program telah kembali kepada Allah. arwah akan ke mesir, bidang perubatan. walaupun tak sekelas, saya tahu dan cam akan mukanya.

tak perlu kalian tahu yang mana satu, sama2 lah kita menjaga hak masing2. sedekahkan al-fatihah buat arwah. link berita kejadian ada, cuma tak sanggup nak post sini, kalian carilah sendiri. ada dalam bhrian & tv3.
lagipun, pendapat saya, cukuplah kita mengambil kesan pelajaran dan hikmah di sebalik kejadian, itu
 lebih penting daripada mengetahui apa yang berlaku & siapa.

dunia ini akan ditinggalkan.
moga Allah berikan pengakhiran terbaik untuk kita.

sayangnya Allah ada dia, sempat peroleh keputusan spm cemerlang dan habis 3 bulan yang indah di Intec dengan hadiah ukhwah se-MEP, walaupun tak sempat ke mesir. sempat terima hadiah ramadhan & aidilfitri. sungguh, apa yang Allah aturkan itulah yang terbaik untuk orang itu.

moga Allah berkati & terima semua amalan kita.

sungguh, saya mesti selalu kena ingatkan diri, bahawa saya dalam perjalanan menuju kembali kepada Allah. bumi anbiya' itu hanyalah sekadar platform, sama ada mahu makin mendekat atau makin menjauh dengan Allah.

entah, sebagai apa saya akan pulang kepada Allah nanti. pelajar? doktor? ustazah? isteri? anak?
apa-apapun. moga Allah menjemput saya dalam keadaan terbaik di sisi-Nya, bukan sekadar baik pada pandangan manusia, yang dah tentunya cetek.

psst/: melihatkan ada yang bahagia mengisytiharkan 'perkahwinan' di facebook, saya mohon moga ajal saya bukanlah pada waktu saya sibuk mengisytiharkan cinta kepada makhluk. amiin.

Allah, bantulah hamba-hambaMu ini. kami mohon syurga-Mu lebih dari segala2nya. baikilah amalan kami. awalkan solat kami. berkati masa kami, moga tidak terbuang sia-sia. amiin.

7 comments:

  1. alfatihah.walaupun xkenal..tapi sama2 saudara seislam..slmat berangkat farhana ya..walaupun lmbt lg tp kita xtaw apa akn jd nnti..

    p/s:doakan sy jgk!

    ReplyDelete
  2. menusuk qalbu...ajal kite xtau bile?pape pun,tahniah&slamat berangkat.,orang kate jauh perjalanan luas pemandangan..kutiplah sebanyak yg mungkin...

    ReplyDelete
  3. @midz H,
    terima kasih hannan :) sama2 kita tawakkal. :]

    @elme,
    yup, ajal maut tu bila2 masa kan.
    alhamdulillah :) trima kasih,, doakan sya slamat di sana :)

    ReplyDelete
  4. al fatihah walaupun tidak knal...
    buat insan yang masih lagi bernyawa.
    mengingati mati adalah seorang yang bijak...

    ReplyDelete

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...