Monday, August 1, 2011

ramadan : let us give and take :D

-bismillah-

assalamualaikum :)
RAMADHAN KAREEM!!! Ramadan mulia!
(jawab : ALLAHU AKRAM Allah paling mulia!) hehe :)

satu coretan pada bulan ramadan, moga ada kelainan daripada entri-entri ramadan lain.

semua tahu, bulan ramadan bulan semua orang berlumba-lumba, lawan siapa dapat kumpul paling banyak pahala...
siapa paling banyak guna masa untuk ingat Allah...
bulan untuk minta hajat yang dikehendaki bersungguh-sungguh...
sampaikan, kita menganggap ramadan ialah bulan untuk meminta.

betul. meminta daripada Allah.

namun...

dalam kekhusyukan kita berdoa, meminta, merayu kepada Allah...
dalam kesyahduan malam sunyi kita merintih...
dalam tadahan doa yang panjang tak putus-putus mengharapkan ehsan Allah...
"ya Allah, aku mohon segala yang terbaik dari sisi-Mu untukku!"
"ya Allah, aku mohon jadikan aku berjaya di dunia dan di akhirat!"
"ya Allah, tenangkan hatiku, cintaku jiwaku jasadku hanya untuk-Mu. Kau padamkanlah cinta haram yang wujud dalam hatiku. semaikanlah cinta halal dalam hatiku ya Allah!!!"
amiin.

namun...
dalam asyik meminta pada yang selayaknya,
apa pula yang telah kita berikan?

ya, kita tak mampu dan tak layak berikan apa-apa kepada Allah
kerana kita hamba, makhluk, bakal kembali kepada-Nya...

tapi, kita boleh memberi pada yang setara kita :)
ya, mudah, kepada manusia.

berilah apa yang Allah pinjamkan kepada kamu kepada manusia lain. :)
kudrat, bantulah passkan barang kepada orang sebelah...easy
masa, luangkan masa untuk menemani rakan pergi kedai...simple
WANG, semua orang tahu apa nak buat dengan wang, nak bank in kepada persatuan amal, nak manual masuk duit dalam tabung...anything (lagipun, online banking kan ada...hehe anywhere~)
ilmu, share tips nak tukar mode calculator scientific :D ...kacang

banyak je benda nak sumbang.

akhlak yang ada pada diri pun boleh 'diberi' kepada orang lain.
senyum, tak suka marah-marah bila ada masalah, ini dah dikira 'memberi ketenangan & kelapangan hati untuk orang lain~' hehe

apa lagi ?

haa. kata-kata nasihat. teguran. pemberian maaf.

pokoknya, jom jadi baik, beri kepada yang perlu sebelum meminta macam2 kepada Allah. :D ngee baru tak rasa bersalah nak berhajatkan 'benda yang superb2 dalam hidup'

jangan lupa ---> IKHLAS. hanya minta balasan dari Allah, bukan manusia/organisasi/pemimpin/anak buah/dunia yang perlu membalas.

p/s: selamat berpuasa ! ^^, moga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan hidayah, moga bertambah iman, walaupun lagha dunia sekeliling bertambah ==. huhu

4 comments:

  1. alhamdulillah ramadhan datang lagi

    ReplyDelete
  2. dari Jakarta, Indonesia. Blog yg cantik ya. senang bacanya. salam kenal ya n selamat berpuasa juga. saya jg (insya Allah) puasa.

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...