Monday, August 22, 2011

kesedaran. perihal hati.

-bismillah-

assalamualaikum.

kurang dari 3 minggu saya akan berangkat ke bumi anbiya'. insyaAllah meneruskan perjuangan menuntut ilmu fardhu kifayah.

kadang-kadang merasakan perjalanan dan perjuangan saya bercampur dengan perkara batil. ujian perasaan buat hati yang lemah. sudahlah ditimpa perasaan, ikhtilat juga datang menyelinap. membuatkan sekeping hati ini rimas dan sesak dengan lautan perasaan pada makhluk-makhluk.

bukan setompok rasa, bahkan selautan banyaknya.

masakan perjuangan yang suci mencari redha Allah perlu bercampur dengan hati yang mendambakan makhluk-Nya ?

p/s : saya dah nampak jalan sepatutnya. alhamdulillah.
p/s II : ni video saya jumpa di fb. best. kesedaran, bukti Allah sangat sayang hamba-hambanya.
 nak share ini :

dalam part akhir video ni, ada dia sebut pasal hati. dan tiba-tiba saya teringat hati saya. sudah lama saya bicarakan soal hati di sini. :]

Cinta Makhluk

besarnya kecintaan Allah pada makhluk-Nya
namun, kita masih mendambakan cinta makhluk
apa ada pada cinta makhluk?

jujurnya,
kita mendambakan perhatiannya, jelingan matanya, panahan matanya
kita mendambakan hadiah sebuah senyuman darinya
kita mengimpikan kata-kata sokongan darinya

sedarkah, itu mainan nafsu diri kita sendiri
nafsu yang dijadikan terasa indah
bahagia apabila sentiasa mendapat perhatiannya

apabila merindukannya, ingatlah Allah lebih jauh merinduimu
apabila memikirkannya, fikirkan apa pandangan Allah padamu
siapa pula kau di sisi Allah
fikirkan bagaimana kesudahan hayatmu
di syurga atau neraka

andai cinta ini hadir untuk mendekatkan kamu dengan Allah
maka cinta ini pasti tidak akan mengecewakan
pasti cinta ini akan wujud dengan haq,
sudah pastinya tidak bercampur dengan batil

sungguh, bahagia bertemu dengannya
indah berkongsi bahagia dengannya

yakinlah, mendapat perhatian Allah,
mendapat kasih dan sayang Allah,
mendapat segala yang diimpikan dari Allah,
itu adalah terbaik
lebih baik daripada mendapat perhatian darinya

biarpun katamu hatinya kau miliki,
katamu lagi hatimu dia miliki,
namun hatimu milik Allah,
dan hatinya juga milik Allah.
alangkah indah andai diri ini memiliki cinta Si Pemilik segala hati
sudah pasti cinta dalam hati-hati itu juga milik kita

-coretan hati. rumah. :) moga Allah guide hati ini.

"kita perlu berpisah untuk menjaga hati." - Stanza Cinta novel version, ;)
alhamdulillah Allah pisahkan hamba-hamba-Nya pada masa ini. sangat besar cinta Allah buat hamba yang lemah ini, agar terus terjaga hatinya. alhamdulillah. =)

trimas :)

Wednesday, August 17, 2011

memori tercipta; bye2 kolej

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oh hati lara
...
Oh kasih tercipta
Kini ku mengerti
Walau berpisah
Kurela kiranya kau bahagia
[faizal tahir punya lagu doe]
============================================
-bismillah-

assalamualaikum.
alhamdulillah. dah hari ke-17 ramadan. ramadan dah lepas separuh. laju kan? untunglaa sapa2 yang berjaya penuhkan 17 hari dengan ketaatan pada Allah dengan sebenar-benar taqwa. lagi untunglaa sapa yang dah bertaqwa pada Allah dengan sebenar-benar taqwa lebih drpd 17 hari ;p

tempoh persediaan saya di kolej dah nak sampai hujung. hari ni hari rabu terakhir di sini. hari jumaat saya dah chow~.

semalam ter'sedih' lepas solat witir di surau kolej. memang sedih yang tak boleh tahan.
saya sedih mengenangkan terpaksa berpisah dengan bi'ah (suasana) indah.

di mana lagi saya nak cari sekumpulan anak muda yang cemerlang dunia akhirat. 
saya bertuah dipinjamkan memori hidup bersama-sama 

  • anak muda yang puasa sunat selalu, 
  • solat dhuha masa gap antara kelas, 
  • baca quran awal2 pagi dengan air kotak di kerusi batu di luar kelas,
  • solat tarawih jemaah, diselangi selawat ke atas nabi, (kat masjid saya tak pernah dengar anak muda laungkan selawat)
  • kawan lelaki yang pandai cari jalan untuk elak jalan belakang perempuan, apatah lagi nak jalan sebelah2,
  • sahabat yang bagi tazkirah dengan sangat menusuk walaupun biasa-biasa saja,
  • yang berucap dengan penuh falsafah, 
  • berucap dengan kata-kata sastera,
  • pembentangan yang smooth,
  • public speaking is not a problem,
  • best berdampingan dengan orang yang well-read, cemerlang, tahu itu ini,
  • berdebat dengan kawan yang quote ayat quran,
  • berlakon drama yang tak korbankan nilai islam tapi masih dapat johan,
  • makan makanan arab di wadi al-nil dengan classmates - dibelanja.
  • buka puasa sekelas di kfc dengan ustaz - dibelanja lagi~
  • share makanan, buka puasa di hentian bas s17 ramai2,
  • dapat kuih cara free dari peniaga bazar ramadan...banyak pulak tu
  • ekstra udang dalam char koay teow untuk berbuka,
  • pakcik bas yang lucu, bawa pusing2 dalam intec =D adeh
  • event Graduation Dinner yang buat show-nya semua lelaki, best kot perempuan terpelihara~
  • jumpa akak abang Jordan yang balik untuk guide perjalanan ke sana

(semua orang cemerlang, ada kualiti diri!)

sapa lagi saya jumpa..

hah, faci2 yang best masa mds...

semua saya respect.
sayangnya, semua tu dah berlalu. memori. sejarah.
saya bakal berpisah dengan kalian.

belum tentu saya beroleh detik serupa apabila di universiti nanti.
dan, belum tentu juga berolehnya apabila saya bekerja di hospital nanti.

di rumah, keluarga sekarang dan keluarga akan datang ?

apa-apapun, saya mengharapkan yang terbaik dari Allah. moga Allah berkati setiap kenangan, pertemuan dan bait-bait kata yang terucap dalam setiap situasi, agar kenangan itu tidak terlalu meruntun diri.

cukuplah Allah sebagai penolongku, sentiasa di sampingku :) ALHAMDULILLAH.

kenangan 3 bulan (:
*johan bola jaring INPRO
*naib johan perbarisan MEP
*johan drama arab kelas MEJ4
*Graduation Dinner MEP
*International Food Festival - ruzz bilaban
*kuliah tafaqquh ustaz ridha - walaupun sekejap
*Journey to the Hereafter - ptg nanti
*infinite. :]

p/s : moga Allah berkati!

Monday, August 1, 2011

ramadan : let us give and take :D

-bismillah-

assalamualaikum :)
RAMADHAN KAREEM!!! Ramadan mulia!
(jawab : ALLAHU AKRAM Allah paling mulia!) hehe :)

satu coretan pada bulan ramadan, moga ada kelainan daripada entri-entri ramadan lain.

semua tahu, bulan ramadan bulan semua orang berlumba-lumba, lawan siapa dapat kumpul paling banyak pahala...
siapa paling banyak guna masa untuk ingat Allah...
bulan untuk minta hajat yang dikehendaki bersungguh-sungguh...
sampaikan, kita menganggap ramadan ialah bulan untuk meminta.

betul. meminta daripada Allah.

namun...

dalam kekhusyukan kita berdoa, meminta, merayu kepada Allah...
dalam kesyahduan malam sunyi kita merintih...
dalam tadahan doa yang panjang tak putus-putus mengharapkan ehsan Allah...
"ya Allah, aku mohon segala yang terbaik dari sisi-Mu untukku!"
"ya Allah, aku mohon jadikan aku berjaya di dunia dan di akhirat!"
"ya Allah, tenangkan hatiku, cintaku jiwaku jasadku hanya untuk-Mu. Kau padamkanlah cinta haram yang wujud dalam hatiku. semaikanlah cinta halal dalam hatiku ya Allah!!!"
amiin.

namun...
dalam asyik meminta pada yang selayaknya,
apa pula yang telah kita berikan?

ya, kita tak mampu dan tak layak berikan apa-apa kepada Allah
kerana kita hamba, makhluk, bakal kembali kepada-Nya...

tapi, kita boleh memberi pada yang setara kita :)
ya, mudah, kepada manusia.

berilah apa yang Allah pinjamkan kepada kamu kepada manusia lain. :)
kudrat, bantulah passkan barang kepada orang sebelah...easy
masa, luangkan masa untuk menemani rakan pergi kedai...simple
WANG, semua orang tahu apa nak buat dengan wang, nak bank in kepada persatuan amal, nak manual masuk duit dalam tabung...anything (lagipun, online banking kan ada...hehe anywhere~)
ilmu, share tips nak tukar mode calculator scientific :D ...kacang

banyak je benda nak sumbang.

akhlak yang ada pada diri pun boleh 'diberi' kepada orang lain.
senyum, tak suka marah-marah bila ada masalah, ini dah dikira 'memberi ketenangan & kelapangan hati untuk orang lain~' hehe

apa lagi ?

haa. kata-kata nasihat. teguran. pemberian maaf.

pokoknya, jom jadi baik, beri kepada yang perlu sebelum meminta macam2 kepada Allah. :D ngee baru tak rasa bersalah nak berhajatkan 'benda yang superb2 dalam hidup'

jangan lupa ---> IKHLAS. hanya minta balasan dari Allah, bukan manusia/organisasi/pemimpin/anak buah/dunia yang perlu membalas.

p/s: selamat berpuasa ! ^^, moga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan hidayah, moga bertambah iman, walaupun lagha dunia sekeliling bertambah ==. huhu

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...