Saturday, July 9, 2011

saya baru melangkah, belum menapak apatah lagi melompat~ hehh.

-bismillah-

saya baru melangkah.
baru melihat tompokan politik.
baru mendengar omongan yang bersambung-sambung.
baru merasa sejuknya erti 'rumah' dan panasnya erti 'dunia luar'


saya baru menjejak.
kaki masih baru memijak lantai memasang prinsip diri
tangan masih baru menggapai udara dingin perjuangan
hati masih baru berdetik erti niat yang berpanjangan

saya belum merasa.
pahitnya diserang prinsip diri
peritnya kehilangan insan tersayang
kosongnya kehilangan teman
beratnya menanggung amanah
gembiranya menerima insan peneman


9 Julai 2011
-cemara #xx8-

========================
p/s : baru. segalanya baru. hadir seorang diri di dunia baru. tiada teman lama. semuanya baru. tapi, prinsip memujuk diri,
"lebih baik keluar dari comfort zone lama, cipta comfort zoneS baru, asyik nak ingat zaman kegemilangan lama ja, sampai bila nak maju~~~" - hehh. :D

tanpa al-Quran dan as-Sunnah, setiap yang 'baru' seakan-akan tiada arah tuju.

tajuk 'perkahwinan' dah jadi silibus baru dalam hidup. =.= saya baru 18 tahun, bila Allah izin, jadilah. bersedia setakat mampu saja. "top up bacaan al-quran, solat, tahajjud ...lain2" - kata ust saya. hurm.
kata ust lagi, "bila isteri berikan ketaatan, suami berikan syurga (dengan izin Allah melalui keredhaan Allah dan keredhaan suami terhadap isteri itu)."

saya tak tahu. mungkin masih baru, maka saya memandang ketaatan kepada suami itu bukan perkara mudah.
mungkin masih baru, maka saya tidak boleh mengatakan 'ya' untuk setiap hal.
mungkin masih mentah, saya tak tahu apa2.

ya, syurga bukan mudah. :] dan syurga bukan hanya untuk yang telah berkahwin sahaja :)
BAHKAN,
siapa yang mencari jalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan kepadanya jalan menuju syurga.

sekarang, tumpuan saya belajar. bagi mereka yang lain "bercinta sampai syurga", saya pula belajar hingga syurga ~ :)

moga Allah tetapkan pendirian dan prinsip diri. doakan :)

sekian. ngee :D

p/s 2 : alhamdulillah :) hati masih waras :) masih mampu menilai antara bintang dengan komet, yang hanya melintas~ haha ==' sengal lagi. adeh

3 comments:

  1. i like that, thx alot sllu bg nota yg b'hrga di sini. sy pun mcm awk.=)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. trimas baca :) hihii

    ReplyDelete

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...