Skip to main content

3rd July 2011 - :)

-bismillah-

Alhamduilllah :)
 Masih sihat dan sejahtera. Syukur.

Air mata menitis lagi. Terharu dengan kasih Allah. Saat diri rasa kerdil tak berteman sefikrah, Allah hantarkan pengantara mengubat kesedihan yang tidak terjemah dengan air mata.

Al-Quran.

Novel Stanza Cinta.

Baru dapat panggilan dari ibu tercinta, katanya ada surat tawaran biasiswa sampai ke rumah. subhanAllah. Alhmdulillah. Moga Allah izin segala yang terbaik buat saya. Nampaknya, rezeki saya di sini bukan di sana. insyaAllah.

Saya mahu belajar fizik, jadi saya mohon biasiswa perguruan fizik.

Saya mahu jadi doktor, jadi saya mohon biasiswa perubatan.

Saya mahu jadi doktor yang belajar fizik.
 Alhamdulillah. Universiti yang akan saya pergi mewajibkan subjek fizik semasa foundation. Sebelum ini agak tidak logik, untuk menggabungkan biology (medicine) dengan fizik. Namun kuasa Allah melebihi segalanya!
subhanAllah, indahnya~!

Semalam beli novel Stanza Cinta. Tak baca semua, tapi dah belek2 semua. Dah tahu jalan cerita. Terjumpa bait-bait indah, sangat menyentuh hati.
“Kamu memiliki segalanya hanya apabila kamu memiliki cinta Allah.”
“Jika kamu perlukan teman, cukuplah Allah sebagai teman seumur hidupmu.”
 SubhanAllah. Moga pergantungan saya pada Allah makin kuat!

Doakan saya selamat dan hebat lagi berjaya di dunia dan akhirat !

p/s : teringat pesanan sahabat di sini, “kita masuk sini sebab rezeki. Bukan sebab result. Doakan rezeki sentiasa ada. Buatlah solat sunat dhuha. Carilah malam al-qadr. Doakan perjalanan smooth, tak perlu repeat paper. Doakan.Allahuakbar!

oh ya, hari ini hari pendaftaran pelajar baru intec. alm aluk alg actp afdp. dan saya kena daftar biasiswa tu hari ni. :) hehh

Comments

  1. salam ziarah
    smoga berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi

    (jom la follow qhaifanurin.blogspot.com sebab dah follow awak) tq..

    ReplyDelete
  2. Salam anakku....peluang keemasan yang diberi dimanfaatkan untuk kehidupan yang makin rencam...all the best wit HIM too....ameen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …