Friday, June 3, 2011

post ke-200 : saya dah tak free mcm dulu :]

-bismillah-


assalamualaikum :)



SubhanAllah. Alhamdulillah.


Saya dah lebih kurang 3 minggu di kolej ini. ya, saya di kolej, bukan universiti :) insyaAllah bulan 9 nih baru boleh masuk universiti. moga Allah izin.


kepada semua kawan2 yang dah masuk universiti, tahniah ! sbb entu masuk univ awal drpd saya,, :)

*entu ? loghat bahasa di sana, maksudnya antum (kamu semua) hehe

baiklah, moga hati terjaga daripada riak, ujub, sombong, takbur dan bangga diri. juga moga terlindung drpd penyakit hati; hasad. nauzubillah.


sebenarnya, BANYAK saya nak kongsi. ye lah, nak tulis pasal orientasi (mcm orang lain post~ :D), nak tulis pasal kelas, nak tulis pasal kolej kediaman yg indah ini, nak tulis pasal survival dalam bandar, haha dan nak tulis pasal sahabat2 rakan2 di sini. esk2 apakan daya, TEXTBOOKs menanti~~~


urmm saya kongsikan secara umum, maaf kalau tak dapat gambaran. lagipun, tak perlu tahulah siapa dan di mana, tahu apa yg terjadi pun ok ja kan :)


  • Orientasi

-kalangan PM (pembantu mahasiswa aka faci) sangat .... haha. mereka orang hebat2, pemimpin kelab persatuan itu ini, dan mereka juga agak sengal :) hehehh beza setahun je umur, jadi tak hairanlah kalau boleh satu kepala gelak2 sengih2. DAN sorang ja pm perempuan ==, adeh. tapi tak risau, ini realiti hidup. mana boleh obses bergaul sejantina sepanjang masa - ni tolak fitrah neh. LAGIPUN, bila lagi anda (saya) nak praktik apa yg Allah kata dlm al-Quran, ayat 30-31 surah an- Nur? tajuk konsep taaruf dlm islam dlm pend. Quran Sunnah ? HAHA. ini serius though :)

-pm untuk group saya best. kami main sifir siput. dengan muka segan2 sengal2 tahan gelak semua ada.. kitaorang main game tu. then HE BROKE INTO A BIG LAUGHTER. ==, "ahh korang sangat comel~~~" adeh rasa batu hempap kat atas. hehh. ada time share dgn dia pasal career yg dipilih ni, moga Allah beri kekuatan kepada kami semua. amiin.

-hah, ada satu pagi, semua kena marah dengan pm. dendanya kena bangun qiyamullail di surau kolej. huuu garang. TAPI last2, klon bruno mars saja :) moment tu sangat sengal, in fact, lagu pm tu nyanyi dah jadi alarm clock tone pagi2. haha -diam kamu yg tau.


  • Kelas

-alhamdulillah. kelas agih ikut universiti nanti walaupun campur kursus. ya, campur course tapi still belajar benda yang sama untuk 3 bulan ni :)

-apa yg saya belajar ? physics, chemistry, biology, computer literacy, arabic language, english language for pre-med students, introduction to islamic med. civilisation of islamic med. tu je. tu je. tu je. dalam masa 3 bulan. erkk banyak ohh.

-urm saya still tak ingat direction to block. =.= kalau jalan sorang sure boleh lost. adeh. tiba-tiba teringat buku ni 'why men wont listen and women cant read maps?'. adehh.


-paling tak best, untuk budak sekolah all-girls mcm saya neh, tak boleh berebut tempat duduk depan dlm kelas. "ohh bahagi 2 lah, sini tempat laki"-dia 'grrr aku sampai dulu. grrr nak cakap marah balik malu.heish'-saya. "farhana, Allah tuliskan kamu yg kena berdepan dgn situasi mcm tu (org mai rampas tempat duduk?) sebab Allah tahu km takkan melawan. cuba bayangkan kalau org lain, sure dah bising satu kelas"-kawan tersayang:). alhamdulillah, ganjarannya, saya duduk di tengah kelas (kisah apa ada laki kat sebelah, diorang pun manusia nak belajar) DAN saya dapat eye contect lecturer for the whole class. :D alhamdulillah.
  • Kolej

-aka kolej kediaman. awal2 confuse jugak, apa beza intec dengan kolej ? haha. intec tempat belajar, kolej tempat tidur. padahal intec tu pun abbrv utk college jugakk ==.

-kalau baca sejarahnya, anda boleh tahu mcm mana keadaan dlm rumah.

-alhamdulillah, kedai makan mahal murah ada kiri kanan depan belakang atas bawah. yg 'atas' tu dalam mall :) yeah, malls, bowling alley, bookstore, fast food restaurants, stalls, watsons semua tu within a walking distance. ngeeee. alhamdulillah duduk sini 3 bulan,, kalau 2 tahun macam senior2 lain nampaknya hampir semua kedai telan duit saya.


  • Kawan

-hebat2 :)

-muka masuk paper.

-rajin pergi surau.

-rajin puasa.

-strong leadership skills.

-hafiz hafizah pun ada.

-cakap english , arab , sampai tergeliat telinga orang yg mendengar :D

-saya ? adehh. takpa, yg mana baik saya ikut, yang buruk berlindung dengan Allah.


apa2 pun, perasan tak semua tu dunia. cuba ingat mati. mana tahu, tak sempat grad dah dijemput Allah. sama ada saya doktor ke cikgu ke isteri ke, semua tu wadah mencari syurga Allah. jalan tengah selain daripada menjadi ahli ibadah. persoalannya, mampu ke nak masuk syurga dengan title Dr. ? Ir. ? Pn. ?

entahlah. jawapannya, kena cari redha ALLAH, keberkatan-Nya dalam setiap saat anda (sayalah) belajar ilmu sebelum dapat gelaran2 tu. bila Allah redha, ilmu berkat, insyaAllah nanti kerja pun berkat. tak timbul masalah riba, pecah amanah, tak ikhlas, dan lain2. oh, tak senang nak senang !

perkongsian ini saya suka : )
hakikatnya, aku wajib meletakkan niat untuk redha-Nya sahaja.tak harus aku mengharapkan apaapa kelebihan.Dia nak bagi atau tidak, terpulang kepada Dia.aku hamba,dan aku hanya boleh meminta yang terbaik.tak boleh mempersoal jika Dia tidak bagi kelebihan itu kepada aku.aku tak harus nak niat mempersoalkan pun 'nanti' andai tak dapat.mesti ada kesalahan yang aku buat tanpa aku sedar.kesalahan niat mungkin..

ya Allah..syukur aku disedari pada malam ini.moga niat ini terus betul.insyaAllah.buat para sahabat seperjuangan,para sahabat yang berada di jalan-Nya,juga para sahabat yang mencintai amalanamalan yang baik..mari kita perbetul niat dalam setiap amalan kita.mogamoga diterima Dia.dan mogamoga diganjari sebagaimana Dia memegang pada janjijanji-Nya.
-Qouted from [THIS BLOG] thanks..

sekian. moga kalian kuat. moga Allah perkuatkan pergantungan kita pada-Nya ! Amiin. hehe

p/s : saya terkejut. followers makin bertambah. doakan blog entry saya makin berkualiti. huhu moga kalian terima blog yg penuh semak lalang terbiar daripada blog yang tandus. ;) thanks everybody! pray for my success now & hereafter , insyaAllah :)

4 comments:

  1. hak2 PM eh.. ak igt lgi time ak orentasi dlu dorg marah2 suruh turun solat subuh..
    skali time solat subuh sorg PM pun xnmpk =.="

    ReplyDelete
  2. blogmusafir,,,ye.... http://amanjamaluddin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. @ Raji and Yeen
    hahah, nampaknya it does happen every year kot :) hehe

    @aman jamaluddin , trimass sbb singgah :)

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...