Skip to main content

ayahku :) moga Allah merahmati sentiasa :)

-bismillah-

assalamualaikum.
:]

jam pukul .... tgh malam. saya tidur sikit sebelum asar tadi, & sekarang mata tak boleh nak pejam. baca new sunday times yg beli tadi kat giant shah alam tu kot2 mata akan rasa mengantuk..
main issue : FATHERs' DAY !

pada saya, tak ada tarikh khas untuk hargai ayah. hari2 patut pay tributes to ayah. Allah dah ajar semua nih, melalui doa :)

sejak berjauhan, saya kat malaysia tengah sementara ayah di utara sana, memang isu hari bapa tahun 2011 nih tarik perhatian saya. seronok bila baca komen2 anak2 muda tentang ayah2 mereka.
antaranya~~
"he may not show his love through his words, however, his actions say it all"
"he is so selfless"
"he'll say : 'i am doing this so that i can be a good example to all my children."
"awesome dads produce awesome kids. i am an awesome kid, so how awesome do you think my dad is?"
-referred from n.sunday.t. youth says pg 23-

jadi, lepas baca tu, saya terfikir.. what do I think of him as my father?

hah, jawapan saya :
"when i was 6, my dad didnt taught me how to play freecell, but he taught me how to win the game. he didnt taught me the way to put pictures into a powerpoint slideshow, but he taught me how to build exciting slideshows on ms powerpoint with colourful pictures, inserting sounds effect and all those custom animations tricks."
nampak kecil kan. tapi sangat besar impaknya :D

i love ayah. may Allah loves him too, so much.

teringat kata2 saidina umar, (maksud lebih kurang mcm ni) "ajarlah anak-anak kamu dengan pengatahuan untuk zamannya, bukan mengikut zaman kamu."

alhamdulillah. sekarang banyak kena buat presentation. dan kenangan first presentation pasal gambar-gambar kartun buat dengan ayah guna MS powerpoint 97, terimbau~~ wahh kerinduan !

freecell.
benda apa tu ? hehe. 99.9% orang yang saya jumpa tak tahu apa itu freecell. kalau tahu pun tak reti main. alhamdulillah, ayah saya tahu, dan dia ajarkan pada saya.
gamenya tak susah, cuma perlu sedikit logic dan passion. mungkin, hikmah disebalik saya main freecell masa zaman tadika, umur 6 tahun, otak saya ada berkembang sikit. mungkin. semua tu dari Allah, freecell perantara saja~ tapi yang pasti saya suka perkara logic, (dan saya budak perempuan yang minat fizik :) hehe

banyak perkara ayah ajar saya.
general knowledge ayah sangat luas. kat mana2 pun kami travel, ayah ada cerita pasal tempat tu. contoh, lebuh raya grik timur-barat tu, ayah cerita pasal pembinaan jambatan tasik banding, kawan ayah yang uruskan. ayah cerita dia mula-mula belajar ilmu civil engineering nih dari kawan tu lah. kawan dia tu jugaklah yang susah payah urus projek lebuh raya tu (masa tu zaman komunis banyak dalam hutan tu - sangat bahaya). jambatan tu punya extension tepi2 pun ayah cerita untuk tambah jalan untuk masa depan.  (kamu susah fahamkan ? :) saya suka bila saya tahu lebih dari orang lain :) alhamdulillah.

ayah suka membaca. dan alhamdulillah saya mewarisi sifat itu :)

pernah satu hari saya tanya, kenapa langit biru, rumput hijau ? and ayah ada jawapannya :)
ayah tak cakap perkara secara terus. banyak benda kena think out of the box.
benda yang saya tanya cikgu subjek tapi mereka jawab tak best, saya balik tanya ayah, dan jawapan ayah lebih baik dari orang yang master dalam subjek tu.

marah ? ayah marah pun tak guna perkataan marah. marahnya sangat membina :) kadang2 terfikir, bila ayah marah ? *anak2 semua baik~~ alhamdulillah :D haha

sabar ? alhamdulillah. moga Allah berkati segala kesabaran ayah :)

pesanan best dari ayah untuk saya,
"adik kena beringat selalu. macam lalu di construction site. lalu tempat tinggi, beringat jatuh. lalu tempat rendah, beringat takut terhantuk benda atas kepala. lalu tempat sempit, beringat sangkut kiri kanan pulak."
*tak ingat exact phrases yang sangat best tu, tp mcm tu lah maksud ayah :)

alhamdulillah. moga sayangnya saya pada Allah lebih dari sayangnya saya pada ayah.

ehem. satu hari nanti, semua orang akan kembali pada Allah. sama ada saya atau ayah pulang terlebih dahulu pada Allah, moga Allah meredhai kepulangan kami. :]  itu lebih utama.

p/s: emak saya anugerah Allah untuk ayah saya! moga Allah berkati hidup kami sekeluarga :)

Comments

  1. serius, bila baca ni terus rindu abah. :')

    dear, this entry make me feel to cry.

    ReplyDelete
  2. Just blk kg jer, see ur father's face..
    dia pon mesti rindu kat u too...

    ReplyDelete
  3. sedihnye dengar..tetiba teringat bapak aku kat kampung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …