Tuesday, May 10, 2011

kekaguman :) da'ie muda :)

-bismillah-

alhamdulillah atas segala yang terjadi :)

saat rakan-rakan lain sudah teruskan pengajian, sudah ditetapkan tempat mereka untuk menyambung ibadah (study daa), saya masih menempel di hadapan komputer ini. bukan tak ada tempat, tapi masih belum diizinkan sampai sana lagi. tarikhnya belum tiba.

jadi, berfikir secara ringkasnya, ada baiknya saya gunakan masa terluang ini untuk buat apa yang mungkin tidak akan sempat dah nanti apabila sudah masuk ke era belajar+mengejar kejayaan. adeh

jadi, hari ini, saya temui KEKAGUMAN. saya mulakan hari dengan membaca artikel2 di iluvislam, bhrian, favebook, blogs kawan, blogs i'm following, blogs of friends of those im following...banyak woo. :)

jujurnya, saya kagum dengan prinsip dan pendirian :
  • rakan-rakan seangkatan yang lapang hatinya menerima keputusan upu mereka
  • blogger yang kaitkan kisah hidupnya dengan syariat dan arahan Allah , ada diselitkan 'note' untuk menterjemah apa yang dilaluinya dengan hadis2 mahupun ayat al-Quran
  • blogger muda , sama usia saya, namun sangat matang melihat dunia , membicarakan soal hati dan perasaan, menyentuh baitul muslim , dalam keadaan yang sangat logik dan diterima akal. bukan sekadar luahan hati kanak-kanak 18 tahun, namun untaian perasaan bakal ibu lagi 5 tahun. haha
  • rakan2 program NILAM yang sangat lancar lagi jelas apa yang diluahkan
  • seorang tokoh pelajar serikandi yang berusaha mencari cinta Ilahi, berusaha membaiki diri, walaupun latar belakangnya dan latar sekolahnya bukan calang-calang. saya kagum dengan keutuhan peribadi, keyakinan dan usahanya membaiki diri yang sudah baik. masih berasa ditinggalkan jauh oleh rakan-rakan seangkatan yang sudah menghafal al-Quran dan berlatarbelakangkan sekolah agama. aduh, hebatnya seseorang andai kelilingnya menuju ke arah 'itu' sedangkan dia berpatah menuju ke arah 'ini' kerana mencari destinasi abadi. kalau diikutkan, boleh sahaja dia berasa angkuh dengan dirinya yang hebat, namun moga Allah menyayanginya kerana dia tidak berbuat begitu :)
  • komunikasi dan perhubungan , ya saya kagum dengan perhubungan antara kawan2 lelaki dan perempuan dalam satu jalan yang sama, iaitu mencari reda Allah. saling menasihati, saling menegur, menerima dan memberi. walhal, kalau melihat dunia kecil keliling saya, sukar mencari hubungan yang professional :]. namun alhamdulillah, masih ada walaupun sikit untuk saya :)
  • da'ie muda :)
da'ie muda
apabila membaca tulisan tulus mereka, tahu mereka ini masih baru. masih muda. sama saja jiwa dengan saya. namun bila dibandingkan dengan saya yang terkial-kial ini, terkejut kerana mereka sama situasinya dengan saya. 18 tahun. menunggu tawaran. baru kehilangan cebisan hidup zaman sekolah. baru berpisah dengan rutin harian. tapi , mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik , masih menjadi da'ie. menjadi pendakwah bukan dengan kata-kata tajam, bukan dengan hasutan menyertai itu ini, bukan dengan cacian terhadap perbuatan-perbuatan berdosa. tapi, mereka menjadi pendakwah muda, yang, mengamalkan apa yg mereka dapat di sekolah, yang berpesan dan berkongsi tips ke arah hidup lebih baik, yang melontarkan prinsip peribadi mereka untuk menjadi perkongsian dan ikutan umum. tabik spring.

apabila melihat latar belakang mereka, jelas besar logo-logo sekolah kebanggaan mereka.

saya terkedu. berapa ramai dari sekolah saya yang berjaya menjadi da'ie muda ? mengapa bilangan da'ie muda seakan-akan tidak pernah wujud dalam kalangan kami ?
hatta saya sendiri tidak menunjukkan sekolah saya. =.=

dan mengapa pula banyak akhawat sekolah saya bangga menunjukkan nama dan logo sekolah, sedangkan tindakan dan pertuturan mereka bukan sesuatu yang di ajar di sekolah ?

jujur, bukan kelemahan ini yang saya mahu.

namun itu yang berlaku.

saya tertanya, salah sayakah tidak menyalakan api dakwah, biarpun sekadar berbara di sekolah itu?
saya sedih, kerana saya tidak mendapat peluang menjadi rakan2 seusia yang hebat dalam medan dakwah.
hatta diri sendiri tidak mampu berdakwah, sekadar berdakwah untuk sendiri pun banyak halangannya.

moga saya kuat. mungkin bukan paling kuat, tapi biarlah prinsip diri ini terus saya pegang. moga Allah bantu.

terkenangkan maksud surah al-hasyr :] , Ya Allah , ampunkan dosa kami, dan dosa sahabat2 kami yang terlebih dahulu beriman , dan janganlah jadikan dalam hati kami kedengkian pada mereka yang beriman, sesungguhnya Allah Kau maha penyayang :)

amiin.

7 comments:

  1. ouh..jgn salahkan diri kamu dear~ betul..kdg2 kita melihat org yg sama umur drpd kita tp lebih matang pemikirannya..contohnya,kamu! insyaallah, moga kita kuat,maknanya teguh dengan prinsip diri..insyaallah..

    p/s: malu nk komen krn kamu begitu hebat bagi sy!

    ReplyDelete
  2. @hannan , huuu kami tak layak T_T nak jadi hebat. banyak ja khilaf :(
    tapi sehebat2 manusia ialah Muhammad Rasulullah S.A.W :)

    trima kasih hannan doakan. insyaAllah moga Allah jaga kita :) amiin.

    @wani, amiin. :) trima kasih aminkan doa tu :)

    *terharu, ingatkan tak ada kawan yg baca , ngee

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,terdetik di hati..masih jauh perjalanan hidup yang perlu diisi dgan risalah dakwah yang berhikmah,namun masih sedikit cuma saya gunakan kehidupan saya untuk menyampaikannya...masih kurang mengislah diri dan memuslihkan orang lain..dan masih kurang mengambil ibrah daripada setiap kejadian yang Allah tentukan..Moga Allah tak palingkan wajahNYA daripada kita..shukran jiddan ukht...=)

    ReplyDelete
  4. @wardatillah,
    huuu apa yg wahida cakap tu ada kat kami jugak =.=
    takpa, kita buka langkah lepas sekolah :) ngee mula dgn islah diri sambil islah kawan2 sekeliling. moga Allah bantu kita :)

    Moga Allah tak palingkan wajahNYA daripada kita - AMIIN.

    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. farhana, kte baca semua entry kamu.. hihi

    menarik~

    ReplyDelete
  6. @wani,
    semua ? :O , ohh malu kot zaman dulu2 punya story hehehh

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...