Skip to main content

hari ibu bukan jatuh pada hari ibu :)

-bismillah-
alhamdulillah :)
assalamualaikum :)
hee entry ringkas sempena hari ibu :) moga bermanfaat :)

dengarlah si anak berkata :

"mak, di tv dah banyak cerita tentang hari ibu"
"mak, hari ibu bila sebenarnya?"
"mak, hari ibu ni mak nak apa?"
"mak, mak ada ingat tak gambar kita ambil dua orang?"
"orang nak letak di fb nih. nak cari kat mana?"
"mak jumpa tak gambar tu?"
"alaa kawan-kawan lain semua dah letak gambar mak diorang"
"mak , esok masak apa?"
"mak, baju orang mak dah basuh?"
bla..bla..blaa.

sampai ketika...

"mak, orang tak pernah tahu yang tahun ini tahun terakhir orang sambut hari ibu dengan mak"
"mak, kalau orang dah tahu semua ini, sudah pasti orang buat baik , berbakti pada mak hari-hari"

**satu saja teguran terbuka saya, jangan cakap bahasa 'orang' dengan mak anda. macam tak sopan ja bunyinya :]

entah berapa banyak lagi baki hari yang Allah anugerahkan untuk diluangkan bersama-sama ibu :]

urm, ajal maut Allah dah letak. boleh jadi si anak pergi dahulu sebelum emak yang separuh mati melahirkannya. Allah maha berkuasa , menciptakan kehidupan dan kematian , sebagai ujian untuk kita , siapa antara kita lebih baik amalannya :) -rujuk surah al-mulk-

oh ya, hidup dunia nih , bagaikan air hujan , turun dari langit ke bumi , tumbuhkan tanaman segar , menghijau , keluar buah dan hasil , lalu kita pun sangka kita dapat memetiknya , tapi semua itu atas izin Allah.

boleh jadi , bila dah sampai puncak hidup , datang kematian menoktahkannya.
boleh jadi , klimaks cerita hidup kita di pengakhiran.
boleh jadi , tiada peleraian dalam plot hidup kita.

tengah-tengah bahagia rasa dunia ini dia yang punya , boleh saja datang kedukaan , menjadikan seolah-olah tiada apa lagi di dunia ini miliknya .

apa-apapun , sebagaimana sayangnya kita pada dunia , pada orang sekeliling kita , sayang sangat-sangat pada ibu dan ayah , kenalah sentiasa ingat mereka milik Allah. kita milik Allah. :]

alhamdulillah Allah ciptakan ibu bapa untuk guide kita balik semula kepada Allah.

moga sentiasa bersyukur kerana masih berdamping dengan ibu dan ayah anda.
moga pernah bersyukur sebelum berlaku perpisahan dari Allah.

sekian saja , terima kasih ^^

psst: aktiviti best sempena hari ibu , taip 'ibu' dan click google image search :) ngee . doakan ibu bapa anda hari2 jugaa :) itu lebih best!

Comments

  1. Everyday is mother's day.. hihii

    ReplyDelete
  2. Who should i give my love to, my respect & my honour to?
    My Mother ^^,

    ReplyDelete
  3. @syazwani
    alhamdulillah :) definitely it is.
    "Who should i take good care of,
    listen most to,
    never say no to,
    after Allah and Rasulullah ?" ngee :D

    doakan kita jd anak solehah pada amal juga :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …