Skip to main content

berubah untuk pasangan akan datang ? hehh

-bismillah-

Antara Hitz.fm dan IKIM.fm.Antara jeans,tee,baju kurung,jubah dan tudung labuh.Antara Jamie Thomas dan Imam Hassan al-Banna.Antara Linkin Park dan Sami Yusuf.Antara lirik lagu dan kitab-kitab agama.Terasa pegangan agamanya begitu fragile.Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam.Sekadar membaca surah Yassin pada malam Jumaat.Sekadar menutup aurat mana yang termampu.Aku tidak mengamal qiyam seminggu sekali.Tidak menghabiskan satu juzuk al-Quran selang seminggu.Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah.Tidak solat Rawatib untuk setiap solat fardhu. -Minn

atas ini ialah copy dari novel versus karya hlovate :)

haish. masih banyak perlu saya baiki.

perlu ingat, baiki diri bukan untuk mendapat pasangan baik, tapi untuk mendapat reda Allah.

ramai saja antara kita yang berubah kerana mahukan 'dia-yang-baik' itu menjadi pasangan nanti.

mungkin terlalu obses dengan lafaz "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". obses tanpa penjelasan sebenar, mungkin.

mungkin juga terpengaruh dengan kata-kata "peribadi suami/isteri saya ialah siapa saya sekarang". jika saya tak bagus perangainya maka saya akan dapat yang tak bagus juga.

hehh, fikrah saya pula, idea saya, berubah jadi baiklah kerana takutkan Allah. bukan kerana takutkan dapat suami/isteri tak baik. SEBABNYA, Allah berkuasa beri apa sahaja, tertakluk pada kemampuan kita. mungkin saja orang yang sangat baik dapat pasangan sebaliknya nanti sebab dia boleh handle situasi itu? apa-apapun, rugi kalau kita berubah kerana manusia. sebab tak akan kekal lama.

bila dah berubah, baiki amalan kerana Allah, dapat yang baik ke tak baik ke (nauzubillah), moga Allah bantu.

apa-apapun, perjalanan ini menuju kembali kepada Pencipta, Allah. destinasi kita syurga. 'dia' tu orang tengah sahaja. boleh jadi shortcut juga :)

entry ini untuk peringatkan saya sendiri, :) moga Allah jaga niat saya. moga Allah jaga saya dan kamu kawan2, bersihkan diri daripada fitnah dan nafsu jahat. hehh amiin :)

p/s: sejak habis sekolah ramai saja yang cakap pasal kahwin :] hehh dance with the music la nampaknya =.=

*shortcut means : bila si isteri taati suami, jaga makan minum, tak khianat harta dan tempat tinggal ketika suami tak ada, jaga kehormatan, jadi wife yang solehah, pilih saja mana2 pintu syurga :)
*orang tengah, hehh thanks to muna for the idea :)

Comments

  1. hlovate? kwn saya slalu baca, tp saya x prnh baca lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …