Saturday, April 9, 2011

rasuah di tempat kerja , boleh bendung dengan amanah mula dari sekolah

-bismillah-
[sumber : http://my.news.yahoo.com/lapan-pegawai-imigresen-termasuk-satu-wanita-dicaj-terima-20110406-200940-081.html ]

Berdasarkan maklumat diperoleh, 26, hadapi sebanyak 31 tuduhan - terbanyak di kalangan kesemua yang didakwa, kerana menerima rasuah RM51,760.


Pegawai imigresen, yang berusia 25 tahun, berhadapan dengan 25 tuduhan melibatkan RM31,690.

Seorang lagi pegawai imigresen, 28, dituduh menerima RM13,590.

Satu-satunya pegawai wanita, 25, pula dituduh menerima rasuah RM2,900 di Pandamaran, Klang.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang dan Klang antara April hingga September lalu.
nauzubillah. ini sekadar berkongsi , semoga bukan umpatan buat mereka. nama-nama mereka telah saya padamkan walaupun dalam berita2 sudah jelas tersiar. usah ambil kisah siapa orangnya, tapi jom kita ambil kisah apa kesalahannya.

bila diperhatikan lingkungan umur itu , umur2 mereka sebaya saudara mara saya. umur seorang pekerja baru. masih mentah dalam pekerjaan biarpun belajar bertahun-tahun. usia muda, mahukan itu ini, gadjet, pakaian, aksesori, semua rasa nak miliki. usia itu masih dalam proses menimba pengalaman, namun mereka menimba di air yang keruh.
nauzubillah , semoga Allah melindungi kita.

oh dunia, indahnya kau Allah ciptakan!

kalau difikirkan , adakah di sekolah kita tidak diajar erti amanah ?
saya tercari-cari 'subjek' yang menerapkan nilai amanah.
saya rasa tiada.

SALAH tanggapan saya itu.

sebenarnya , saban hari kita diajar erti amanah.
menyiapkan homework pada masanya.
hantar nota pada masanya.
buat latihan math setiap hari biarpun cikgu tak kumpul buku.
datang ke assembly , walaupun terpaksa 'tadah telinga' mendengar 'leteran'.
pergi ke sekolah setiap hari, bukan ponteng.

aduh banyak sungguh nilai amanah diterapkan. amanah dengan guru, amanah dengan diri, amanah dengan masa, amanah dengan ibu ayah dan paling utama, amanah setiap masa dan detik iaitu amanah kepada Allah.

menuntut ilmu menjadi fardu ke atas setiap satu orang islam :)
urm. takut dengan godaan dunia. dah la iman naik turun setiap masa.

tapi jangan risau, Allah dah cakap, maksud firman dalam Quran, kalau kita usaha teguhkan iman sendiri, Allah akan bantu teguhkan lagi, tapi bila kita buat tak kisah pasal level (paras) iman, Allah akan biarkan manusia itu menzalimi dirinya sendiri.

nauzubillah.

konklusinya, apabila seorang manusia BERMULA tidak amanah di sekolah (tempat membina karakter diri), susah untuk menjadi amanah di tempat kerja (tempat mempamer dan mengaplikasikan karekter terbaik yang diperoleh di sekolah).

lihat saja pelajar sekolah sekeliling anda ? adik2 anda ? amanahkah mereka ? betul mereka tak pernah ponteng majlis bacaan al-Quran? majlis baca yasin depa sembunyi kat mana ? kat luar sekolah depa jaga 'muka' sekolah tak ? siapa anda lihat mereka pada masa depan pula ? pengkhianat agama bangsa dan negara ? nauzubillah.

kemudian lihat, siapa diri saya ? siapa diri sendiri ini ? pengkhianat atau bakal pengkhianat ? bakal isteri kepada pengkhianat ? atau bakal ibu kepada pengkhianat ? nauzubillah!

semoga Allah memperbaiki diri dan amal kita , amiin. Allah , baikilah aku! ampunkan dosa2ku biarpun sudah bertahun2 berlalu.

cegahlah kemungkaran biarpun dengan sekelumit rasa di hati :)

p/s : sangat sibuk dengan urusan penting dunia sekarang
doakan usaha2 untuk persiapan temuduga biasiswa JPA saya diberkati Allah dari mula sampai habis. semoga semuanya terlindung dari perkara haram. duit utk belajar , moga Allah redhai :) amiin.

2 comments:

  1. Tu dia reveal kambg hitam yg kecik2 ja. Jumlah rasuah semua berbilion kot mcm yg depa kata mula tu. Bapak2 besaq berpangkat kat atas simpan, tak nak reveal.

    ReplyDelete
  2. haah. dont worry , Allah tahu semua :) hihii , nanti dlm buku ada kecik besar semua tertulis , x tinggal satu , hurmm smoga kita terlindung :)

    ReplyDelete

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...