Saturday, April 30, 2011

on top of the world - bukanlah segalanya :)

-bismillah-

assalamualaikum :)
salam sejahtera,,

dijangkakan, menurut kawan2 di fb lah, 6 mei 2011 nih akan keluar keputusan PILN.
lepas keluar keputusan tu, macam-macam perasaan lah timbul.
seronok, sedih, kecewa, berat hati, sayu, terharu, bangga, bersyukur, hebat, rendah diri semua ada.
yang dapat akan automatik tersenyum, dan yang Allah tak izin akan sedikit tersenyum ataupun menangis terus.

bukan saya nk cakap soal dapat atau tak, tapi soal tanggungjawab lepas tu.

ada kawan kita di sini, di negara itu, negara ini, ada juga yang tak ke mana-mana. yang sedihnya, kalau di negara sendiri rasa inferior pada rakan di negara lain, putuslah kawan. lebih sedih, rakan di negara luar rasa superior dari rakan yang belajar dalam negara, putus jugak kawan. nauzubillah.

lagi takut, putus hubungan dengan Allah. NAUZUBILLAH.

ya lah, kalau bongkak dan hidup terlalu bebas, mudah tergelincir dari landasan. DAN, kalau rasa lemah hingga marah2 pada takdir, tak boleh hidup tanpa sekelumit kedengkian, rasa Allah tak sayang padanya, itupun memutuskan hubungan dengan Allah. nauzubillah! kita berlindung dengan Allah!

apa-apapun, lepas kita masuk universiti, matrikulasi, kolej, tingkatan 6, asasi, foundation, diploma, A-level ke apa ke, hidup kena selalu rapat dengan Allah. walaupun dikelilingi rakan2 yang sama kursus, sama aliran, boleh jadi kita tak sama pegangan agama, tak sama corak pemikiran dan mungkin saja tak sama jantina. apa-apapun, di negara mana pun, hatta negeri kelahiran sendiri, ujian sentiasa ada. tak akan sekali kita hidup senang-lenang kerana lama-lama akan menemui kesesatan. jadi, Allah anugerahkan ujian agar kita sentiasa kembali kepada-Nya.
apakah kamu mengira kamu akan dimasukkan ke syurga , sedangkan kamu belum diuji ?
apabila hidup sendirian di tempat asing, kita tiada sapa-sapa dah seperti di rumah. ada ibu ayah dan kakak abang yang akan tegur salah kita, puji kelebihan kita, bercerita pada kita, tanya soalan yang menduga akal (), gelakkan kita, belikan kita itu ini, temankan kita buat sesuatu, melainkan semuanya dikongsi dengan rakan-rakan sekeliling saja nanti. aduh.

buat yang tak pernah berpisah daripada ibu ayah, pasti sukar untuk bertatih seorang diri pada mulanya. saya beruntung kerana Allah menjemput ke PLKN, tempat saya melatih diri dan bertatih untuk hidup, bukan untuk akademik sahaja. mujurlah di plkn, asas2 hidup sendiri ditekankan. tiada mesin basuh apatah lagi internet. tapi masih ada disediakan dobi untuk pakaian khas. mujurlah :)

jadi, lawanlah kelemahan diri. yakinkan diri, kita mampu untuk melawan kelemahan diri. tapi, jangan terukkan diri dengan mengatakan kita mampu untuk mengatasi kekuatan orang lain!

bila anda dapat lesen L, bergembiralah. jangan berasa lemah kerana orang lain sudah pun sudah lepas lesen P. anda akan melekehkan diri sendiri kalau tidak berasa gembira dengan pencapaian kendiri. samalah juga dengan situasi keputusan spm, kalau anda sudah melepasi kemampuan sebenar anda, bergembiralah. bersyukurlah. biarpun, jika dibandingkan dengan mereka2 yang lain, siapalah anda di mata mereka. sudah tentu kita tidak setanding dengan rakan2 yang diizinkan mendapat semua A+!

ingatlah, hidup ini bukan semata-mata untuk mendahului orang lain. bukan semata-mata untuk mencapai kelebihan dari orang lain. hatta, nak masuk syurga pun tak akan seronok andai seorang diri sahaja.

biarlah orang lain mengejar batasan diri mereka, mereka mampu. kita pula kejar batasan diri kita. jadikan orang lain sebagai motivasi, bukan harga diri. harga diti kita bukan terletak pada jurang kita dengan orang lain :)

biarpun wujud pepatah "enggang sama enggang, pipit sama pipit", hakikatnya kita manusia :)

kita sendiri hebat bila kita tahu kita dah mampu melawan ketakutan diri.
 biarkan kita letih bertatih, asalkan langkah terus cemerlang! -Dr M

apa-apa pun, demi memperoleh kehebatan diri, Allah hikmahkan dalam tahajjud. diri sendiri tahu di mana hebatnya. hebatnya diri setelah mampu melawan tidur. hebatnya diri untuk bangun tanpa pengetahuan orang. tapi, bila bunyi jam pun kita tutup semula, kita sendiri tahu kita tidaklah sehebat mana.

siapakah kita, terletak pada penilaian diri sendiri.

samalah perihal 'mahal'nya seorang muslimah, dia sendiri tahu mahal atau separa mahal atau murahnya dia. orang lain tak akan melabelkannya mahal andai pakaiannya labuh namun mulutnya murah. senyumnya murah. tawanya murah. kita yang tahu siapa kita sebenarnya. orang lain tak tahu, sekadar membuat kesimpulan dari hipotesis yang dibuat :)

jadi, kita hebat biarpun kita bukan berada di kedudukan tertinggi. kita hebat bila kita mampu mengatasi kelemahan diri. tak perlu berusaha untuk lebih daripada orang lain baru nak rasa hebat. cukuplah bila kita tahu kita menggenggam matlamat yang telah tercapai.

itu saja setakat ini, semoga kita hebat2 belaka ;)

hii trimas^^

2 comments:

  1. best best. utk peringatan diri jgk. :)

    btw, yg senyuman murah, dan and so on tu kan, pada yg tak kena tempat la. bukan semua. wuuuu. >_<

    haha. no offense sis. ;)
    nice day!

    ReplyDelete
  2. aisyah, tu la org tak boleh judge kita mahal or murah, kita snirik tau :)
    *tak semestinya muka masam sentiasa tu dikira mahal kan ? :D haha

    ngee :)

    ReplyDelete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...