Tuesday, April 5, 2011

hati bukan untuk ikhtilat lebih2~

-bismillah-

Hati berbicara lagi
Kali ini seakan hati mati
Mati untuk mencintai ajnabi

Hati yang mati untuk ajnabi
Jangan dipersiakan tempoh ini
Jangan disambut dengan ikhtilat keji
Kerana bukan mudah mencapai rasa ini

Wahai diri,
Ketahuilah ikhtilat itu penghidup cinta ajnabi
Pemalap 'Cinta Hakiki'
Pemutus 'Rindu Abadi'
Penghenti 'Lafaz Kasih Suci' pada Ilahi
Hanya mematikan hidup sekeping hati.

Wahai diri,
Janganlah hanyut lagi,
Jangan teruja dek hati yang mati pada ajnabi
Takut kau kembali lagi
Ke lembah yang melemahkan diri

Jangan teruja dek hati yang mati pada ajnabi
Tapi bersyukurlah wahai diri
Kamu dipinjamkan tempoh suci ini

Bersyukur pada Ilahi,
Allahu rabbiy.

Sibukkan dirimu mencintai Allah,
Merindui Rasul-Nya Muhammad.
Indahkan dirimu dengan mahalnya perasaan,
biarpun dalam secebis bingkisan.
Jangan kau wujudkan fitnah,
Jangan kau lakarkan gundah,
Jangan kau menempuh padah.

Jagalah hati , jangan kau cemari ,
Jagalah hati, lentera hidup ini~ :)

meminjam kata-kata seorang hamba Allah,
"Ramai yang solat lima waktu, cukup, namun masih ramai yang tidak menjaga Ikhtilat. Allahuakbar."
================
*psst
-ajnabi tu maksudnya orang luar asing , orang yang tiada hubungan kekeluargaan.
-ikhtilat tu maknanya percampuran pergaulan yang tidak ada kepentingan, hanya untuk suka2 menurut perasaan dan kemahuan. 


kalau diterjemahkan dalam konteks berkawan berbeza jantina, imanlah pemagar sempadan. 
sebab, walau kawan kita tu bukan siapa-siapa, syaitan yang menjadi 'yang ketiga' akan menjadikan kawan kita itu sebagai 'somebody' dalam diri kita. 
jadi, bila hati free tak ada penghuni, jangan ingat bila libatkan diri dalam ikhtilat , kita akan selamat. no no no~ **gaya mariaelenaisgreekhelen :)


alhamdulillah :) 
jom jadi mahal , bukan jual mahal, kerana kita bukan penjual :)
jom jadi malu , biarpun ada rasa rindu , namun malu untuk mengaku , malu pada Allah yang Maha Tahu :)
jom jadi bahagia , mencintai Allah dan Rasul-Nya , bergaul bergurau senda , dengan rakan-rakan yang ceria sentiasa , yang Allah hadiahkan halal untuk kita :)


***tips jaga perhubungan : sembang cara terbuka , elakkan bermesej benda tak penting , elakkan chat dan seumpamanya yang hanya dua hati hadir , sembang biar semua orang nampak , sambil ingat Allah tahu monolog kita :) -teringat kisah dr farhan hadi dan fatimah syarha, email mereka di-cc(carboncopy)-kan kepada orang ketiga :) subhanAllah indah~


insyaAllah , Allah sayang semua hamba-Nya, takkan Allah sia-siakan permintaan kita. kalau kita minta lindung , Allah akan melindungi dan menolong. insyaAllah :) 
semoga Allah menlindungi saya dan kamu daripada kematian hati pada cinta-Nya, amiin!


-sekian , tq ^^ )

5 comments:

  1. alhamdulillah..hati tenang tanda peringatan lepas baca ni..thanx ukhti..

    ReplyDelete
  2. i love you farhanaa!!!! <3 :)


    Jangan teruja dek hati yang mati pada ajnabi
    Tapi bersyukurlah wahai diri
    Kamu dipinjamkan tempoh suci ini


    alhamdulillah. alhamdulillah. rasa lebih seronok sekarang. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah :)

    @hannan , hehh tu Allah bagi , km tulis saja , hihii :D thanks kat ampa jugak :)

    @zatie , ngehh kita di situasi yang sama kah ? alhamdulillah :) LOVE u fillah aidhan ! :)

    ReplyDelete
  4. Tertutup jgn sampai jumud
    terbuka jgn smpai hanyut

    be professional.
    Jaga ikhtilat tp kalau suka ckp blakang,it is not good.

    Husnu zon dgn org lain,msing2 ad cra tsdiri.
    Mga Allah redha dgn stp pbtn kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ingatkan.
      banyak benda sya terlepas pandang rupanya.

      ya setiap org ada cara & pegangan tsendiri.
      husnu zon juga dgn saya.

      Allah hadirkan comment tu tepat pada masanya.
      doakan islah ini setiap masa.

      Delete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...