Friday, April 22, 2011

dunia ini indah !

-bismillah-
assalamualaikum :) salam satu malaysia ! (say : malaysia boleh !) *plkn style haha

hurm. tajuk,,
dunia ini indah ! ! tapi sentiasa ada yang lebih indah !!

saya malu dengan Allah hari ni. saya minta / berkehendakkan sesuatu, dan Allah bagi. huu malu. sebab apa yang saya rasa nak tu hanyalah duniawi~~ adeh.

surah ali-imran,,

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ (١٤

Dihiaskan (dan dijadikan terasa indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14)

۞ قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيۡرٍ۬ مِّن ذَٲلِڪُمۡ‌ۚ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا وَأَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬ وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ (١٥

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.(15)

memang tak dapat dinafikan kita mudah berasa senang & tertarik akan pasangan, keluarga, harta semua benda yang Allah sebutkan itulah. huhu kesukaan dan perasaan untuk memiliki tu memang ada. jadi tak hairanlah kalau ditanya pada sesiapapun, nak kerja apa nanti ? pasti ramai akan jawab pekerjaan-pekarjaan yang mantap penjanaan ekonominya. pendek kata, nak kaya untuk masa depan. nak miliki harta. aduh indahnya rasa~!

tapi, Allah menjelaskan dalam ayat berikutnya, perkara yang lebih baik daripada semua benda yang kita suka dan mahukan itu ! iaitu syurga Allah :)

rupa-rupanya, syurga bukan sekadar kampung halaman tempat tinggal. bukan sekadar tempat berehat-rehat, kerana di syurga ada segalanya ! ada segala perkara yang memenuhi kehendak fitrah kita, bahkan lebih daripada itu. sekadar yang saya tahu, di syurga ada permainan/hiburan yang tidak pernah wujud di dunia ini. yang menjadi rahsia Allah dan hadiah buat hamba yang terpilih.

subhanAllah. saya suka berenang. perasaan suka itu adalah kecil berbanding perasaan suka yang akan kita rasa bila di syurga kelak. oh Allah, aku mohon syurga-Mu !

sekarang, apa pula perkara yang anda paling gemari ? :) , fikirkan, rasa yang besar bagi kita itu, ada lagi yang lebih besar bila di syurga.

dalam kata yang mudah, bila kita buat perkara yang kita suka, kita dapat apa yang kita mahu, hormon adrenaline meningkat. kesannya, tambah denyutan jantung, hinggakan anda tersenyum puas gembira walaupun tanpa alasan kukuh.

entahlah. ini yang saya rasa bila saya dapat apa yang disebut dalam ayat 14 tu.

saya nak yang lebih baik daripada apa yang saya rasa ni ! amiin.

psst: mintak lah apa sahaja dari Allah ! mohon agar semakin dekat dengan-Nya atas segala kurniaan yang diberi. Allahu akbar ! :)


2 comments:

  1. thanks.. ^_^..
    sgt bermakna entri ni..
    alhamdullilah.. mmberi peringatan..

    ReplyDelete
  2. @wanie
    alhamdulillah,,
    tp banyak utk ingatkan diri kmi sendiri jugak :)
    hihii

    ReplyDelete

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...