Saturday, April 30, 2011

on top of the world - bukanlah segalanya :)

-bismillah-

assalamualaikum :)
salam sejahtera,,

dijangkakan, menurut kawan2 di fb lah, 6 mei 2011 nih akan keluar keputusan PILN.
lepas keluar keputusan tu, macam-macam perasaan lah timbul.
seronok, sedih, kecewa, berat hati, sayu, terharu, bangga, bersyukur, hebat, rendah diri semua ada.
yang dapat akan automatik tersenyum, dan yang Allah tak izin akan sedikit tersenyum ataupun menangis terus.

bukan saya nk cakap soal dapat atau tak, tapi soal tanggungjawab lepas tu.

ada kawan kita di sini, di negara itu, negara ini, ada juga yang tak ke mana-mana. yang sedihnya, kalau di negara sendiri rasa inferior pada rakan di negara lain, putuslah kawan. lebih sedih, rakan di negara luar rasa superior dari rakan yang belajar dalam negara, putus jugak kawan. nauzubillah.

lagi takut, putus hubungan dengan Allah. NAUZUBILLAH.

ya lah, kalau bongkak dan hidup terlalu bebas, mudah tergelincir dari landasan. DAN, kalau rasa lemah hingga marah2 pada takdir, tak boleh hidup tanpa sekelumit kedengkian, rasa Allah tak sayang padanya, itupun memutuskan hubungan dengan Allah. nauzubillah! kita berlindung dengan Allah!

apa-apapun, lepas kita masuk universiti, matrikulasi, kolej, tingkatan 6, asasi, foundation, diploma, A-level ke apa ke, hidup kena selalu rapat dengan Allah. walaupun dikelilingi rakan2 yang sama kursus, sama aliran, boleh jadi kita tak sama pegangan agama, tak sama corak pemikiran dan mungkin saja tak sama jantina. apa-apapun, di negara mana pun, hatta negeri kelahiran sendiri, ujian sentiasa ada. tak akan sekali kita hidup senang-lenang kerana lama-lama akan menemui kesesatan. jadi, Allah anugerahkan ujian agar kita sentiasa kembali kepada-Nya.
apakah kamu mengira kamu akan dimasukkan ke syurga , sedangkan kamu belum diuji ?
apabila hidup sendirian di tempat asing, kita tiada sapa-sapa dah seperti di rumah. ada ibu ayah dan kakak abang yang akan tegur salah kita, puji kelebihan kita, bercerita pada kita, tanya soalan yang menduga akal (), gelakkan kita, belikan kita itu ini, temankan kita buat sesuatu, melainkan semuanya dikongsi dengan rakan-rakan sekeliling saja nanti. aduh.

buat yang tak pernah berpisah daripada ibu ayah, pasti sukar untuk bertatih seorang diri pada mulanya. saya beruntung kerana Allah menjemput ke PLKN, tempat saya melatih diri dan bertatih untuk hidup, bukan untuk akademik sahaja. mujurlah di plkn, asas2 hidup sendiri ditekankan. tiada mesin basuh apatah lagi internet. tapi masih ada disediakan dobi untuk pakaian khas. mujurlah :)

jadi, lawanlah kelemahan diri. yakinkan diri, kita mampu untuk melawan kelemahan diri. tapi, jangan terukkan diri dengan mengatakan kita mampu untuk mengatasi kekuatan orang lain!

bila anda dapat lesen L, bergembiralah. jangan berasa lemah kerana orang lain sudah pun sudah lepas lesen P. anda akan melekehkan diri sendiri kalau tidak berasa gembira dengan pencapaian kendiri. samalah juga dengan situasi keputusan spm, kalau anda sudah melepasi kemampuan sebenar anda, bergembiralah. bersyukurlah. biarpun, jika dibandingkan dengan mereka2 yang lain, siapalah anda di mata mereka. sudah tentu kita tidak setanding dengan rakan2 yang diizinkan mendapat semua A+!

ingatlah, hidup ini bukan semata-mata untuk mendahului orang lain. bukan semata-mata untuk mencapai kelebihan dari orang lain. hatta, nak masuk syurga pun tak akan seronok andai seorang diri sahaja.

biarlah orang lain mengejar batasan diri mereka, mereka mampu. kita pula kejar batasan diri kita. jadikan orang lain sebagai motivasi, bukan harga diri. harga diti kita bukan terletak pada jurang kita dengan orang lain :)

biarpun wujud pepatah "enggang sama enggang, pipit sama pipit", hakikatnya kita manusia :)

kita sendiri hebat bila kita tahu kita dah mampu melawan ketakutan diri.
 biarkan kita letih bertatih, asalkan langkah terus cemerlang! -Dr M

apa-apa pun, demi memperoleh kehebatan diri, Allah hikmahkan dalam tahajjud. diri sendiri tahu di mana hebatnya. hebatnya diri setelah mampu melawan tidur. hebatnya diri untuk bangun tanpa pengetahuan orang. tapi, bila bunyi jam pun kita tutup semula, kita sendiri tahu kita tidaklah sehebat mana.

siapakah kita, terletak pada penilaian diri sendiri.

samalah perihal 'mahal'nya seorang muslimah, dia sendiri tahu mahal atau separa mahal atau murahnya dia. orang lain tak akan melabelkannya mahal andai pakaiannya labuh namun mulutnya murah. senyumnya murah. tawanya murah. kita yang tahu siapa kita sebenarnya. orang lain tak tahu, sekadar membuat kesimpulan dari hipotesis yang dibuat :)

jadi, kita hebat biarpun kita bukan berada di kedudukan tertinggi. kita hebat bila kita mampu mengatasi kelemahan diri. tak perlu berusaha untuk lebih daripada orang lain baru nak rasa hebat. cukuplah bila kita tahu kita menggenggam matlamat yang telah tercapai.

itu saja setakat ini, semoga kita hebat2 belaka ;)

hii trimas^^

Sunday, April 24, 2011

wishlist ^^, mohon pada Allah :)

-bismillah-

assalamualaikum :) selamat semua~!

si dia yang ditunggu-tunggu dah tiba :) , ehem Pesta Buku Antarabangsa KL. Kat mana ? PWTC saja , 7 jam perjalanan naik kereta dari rumah saya , sedih kan :')

ahha. tahun lepas alhamdulillah, Allah dah bawa saya pergi. siap masuk sekali majlis pelancarannya oleh TPM. (dan kat situ juga saya baru tau, kat hotel kalau minum pagi maksudnya kena makan berdiri tepi meja kecik, mcm kat party tu =.= sadis). tu pun pergi dengan program Tokoh Nilam, hihi ada penyampaian hadiah sekali di sana, tapi yang menang walaupun bukan juara ni, hee pergi memeriahkan majlis la. Kat sana juga saya berkenalan dengan seorang adik comel, IH binti R. :) dan dah tentu adik yang sangat happening, A binti S. hihi tahun ni A baru nak ambil SPM, IH pula baru darjah 5, ain't that really cute ~~?
tahun lepas pergi pakai uniform sekolah, blazer bagai, wahaha panas2 bila di booth yang orang ramai. setiap seorang dapat baucar buku 30 ringgit saja , tapi itu dah cukup banyak lah, kiranya :) , kedai buku pts pula bagi diskaun 30% (rasanya-tak ingat sangat) , jadi borong3 berjumlah 200+ hehh. then balik angkut la buku2 tu haha naik van dengan team perlis. beg free yang pts bagi, angkut pi sekolah pulak. hahaha. zaman tu~ ==,

sebab apa farhana tulis pasal benda tahun lepas ?

sebab tahun ni mungkin tak dapat rasa macam tahun lepas. :')
hihii. takpa2, moga Allah buka peluang lebih baik :)

*mcm di fb, status : "beres fikir pasal benda remeh tu :) , kalau Allah izin, jadilah :) moga Allah izinkan yg terbaik :) amiin." waahaha kamu tau tak ? benda remeh tu jadi kenyataan esok pagi, subhanAllah. malu saya pada Allah. huhu :') alhamdulillah Allah mendengar keresahan hati ni kala itu~ hehh

jadi, begitulah. ayat cliche, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat :] tapi kita boleh minta semua perkara yang terbaik untuk kita. hihii. insyaALLAH , Allah akan berikan kurniaan-Nya pada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, tanpa perhitungan. doakan , agar setiap kurniaan yang diberi itu sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Allah. amiin.

bukan sahaja perkara besar yang menjadi kurniaan Allah. bahkan, anda dapat kawan baru pun kurniaan Allah. apabila kita doakan moga makin mendekati Allah dengan pemberiaan-Nya, Allah akan bantu kita agar tidak mendapat mudarat daripada persahabatan yang terjalin. hehe :') amiin.

haha ini wishlist saya , insyaAllah kalau membawa kebaikan, Allah akan bagi :')
  • Ayyuhal Waladul-Muhibb - Wahai Anakku Yang Tercinta , karya asal Imam Al-Ghazali, tapi ditulis semula oleh Ust Pauzi Haji Awang
  • Andai Bavaria Takdirku
  • Matahari - Hilal Asyraf
  • [rujuk sini untuk link buku2 tu]
  • dan byk lagi dari penerbit2 lain.
moga Allah izinkan yang terbaik untuk diri saya, amiin.

psst: baru tadi semasa rehlah ada kawan tanya, farhana tak ada orang ganggu mesej2 ke ? saya jawab yang sebetulnya, dia tak percaya~! moga Allah sentiasa menjaga jasad & rohani saya. :) amiin. doakan saya selamat dunia akhirat :D

Friday, April 22, 2011

dunia ini indah !

-bismillah-
assalamualaikum :) salam satu malaysia ! (say : malaysia boleh !) *plkn style haha

hurm. tajuk,,
dunia ini indah ! ! tapi sentiasa ada yang lebih indah !!

saya malu dengan Allah hari ni. saya minta / berkehendakkan sesuatu, dan Allah bagi. huu malu. sebab apa yang saya rasa nak tu hanyalah duniawi~~ adeh.

surah ali-imran,,

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ (١٤

Dihiaskan (dan dijadikan terasa indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14)

۞ قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيۡرٍ۬ مِّن ذَٲلِڪُمۡ‌ۚ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا وَأَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬ وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ (١٥

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.(15)

memang tak dapat dinafikan kita mudah berasa senang & tertarik akan pasangan, keluarga, harta semua benda yang Allah sebutkan itulah. huhu kesukaan dan perasaan untuk memiliki tu memang ada. jadi tak hairanlah kalau ditanya pada sesiapapun, nak kerja apa nanti ? pasti ramai akan jawab pekerjaan-pekarjaan yang mantap penjanaan ekonominya. pendek kata, nak kaya untuk masa depan. nak miliki harta. aduh indahnya rasa~!

tapi, Allah menjelaskan dalam ayat berikutnya, perkara yang lebih baik daripada semua benda yang kita suka dan mahukan itu ! iaitu syurga Allah :)

rupa-rupanya, syurga bukan sekadar kampung halaman tempat tinggal. bukan sekadar tempat berehat-rehat, kerana di syurga ada segalanya ! ada segala perkara yang memenuhi kehendak fitrah kita, bahkan lebih daripada itu. sekadar yang saya tahu, di syurga ada permainan/hiburan yang tidak pernah wujud di dunia ini. yang menjadi rahsia Allah dan hadiah buat hamba yang terpilih.

subhanAllah. saya suka berenang. perasaan suka itu adalah kecil berbanding perasaan suka yang akan kita rasa bila di syurga kelak. oh Allah, aku mohon syurga-Mu !

sekarang, apa pula perkara yang anda paling gemari ? :) , fikirkan, rasa yang besar bagi kita itu, ada lagi yang lebih besar bila di syurga.

dalam kata yang mudah, bila kita buat perkara yang kita suka, kita dapat apa yang kita mahu, hormon adrenaline meningkat. kesannya, tambah denyutan jantung, hinggakan anda tersenyum puas gembira walaupun tanpa alasan kukuh.

entahlah. ini yang saya rasa bila saya dapat apa yang disebut dalam ayat 14 tu.

saya nak yang lebih baik daripada apa yang saya rasa ni ! amiin.

psst: mintak lah apa sahaja dari Allah ! mohon agar semakin dekat dengan-Nya atas segala kurniaan yang diberi. Allahu akbar ! :)


Wednesday, April 20, 2011

temuduga lagi :]

-bismillah-
*awas, panjaang. :)

assalamualaikum :)

saya sudah penat. di plkn saya belajar apa itu imej diri dan apa pula diri sebenar. semua orang pakai imej. contoh, depan kawan cakap banyak, depan adik-beradik saudara mara nak buka mulut sembang punya la payah. contoh lagi, dekat asrama kita lah paling rajin sapu sampah kemas bilik basuh baju hari-hari , tapi balik rumah depan mak & ayah macam mana pula jadinya ?

oh ya, imej diri bukanlah HIPOKRIPSI (ada kan perkataan ni ?). imej itu bayangan, imbasan peribadi yang kita pakai untuk situasi tertentu. contoh mudah, pergi temuduga.

ramai orang pergi temuduga pakai imej serius. imej bersedia. imej 'akulah yang terbaik'. aduh. kasihan. seakan-akan menyiksa diri.

saya pesan pada diri, jangan buat macam tu, nanti rasa berat dan tambah tekanan.

hii. sebenarnya, (sebelum ini lah) saya tak komited sangat untuk temuduga hari ini. seminggu yang lalu, cadangnya, saya tidak mahu menghadirinya. tapi, 2 hari lepas, ayah berpesan, "adik, bila adik dah mohon, adik kena bertanggungjawab. adik mohon post tu, bila orang panggil temuduga, adik kena la pi sebab adik sendiri mohon kan awalnya" saya sayang ayah saya :')

jadi, persediaan sedia ada tambah persediaan 2 hari tak sampai, temuduga saya banyak pakai diri sebenar yang sengal. hihi. saya bercakap apa yang saya nak sampaikan. bukan nak tarik perhatian kerana memang tak ada orang yang selia pun semasa perbincangan kumpulan. entahlah, mungkin saya seorang yang outgoing ada ketikanya. heh tapi serius, saya sembang. sembang dengan 3 lagi colleagues. sembang dengan interviewers tu. huhu jadi, kalau mereka nak melihat profesionalisme sebagai seorang guru, hurm maaf saya tak tonjolkan pun untuk kali ini. huhu saya rasa pelik bila guru itu terlalu serius. tapi ya, pandangan saya nih (supaya tak berapa nak serius) sangat tak boleh pakai dalam etika kerja ya , hihii.

hurm. ni sikit pengalaman (baca : pengamalan :) macam biasa, seagull (sengal) tak boleh nak lepas. saya pun tak tau pasal apa. =.=

  • 1. pergi awal, tapi paling lewat daripada orang lain. hoho
  • 2. tuju satu-satunya kerusi kosong, pusing kiri dengan muka nervous, tanya orang sebelah, "kena daftar apa-apa tak?" ohh tak , lega.
  • 3. masuk bilik mesyuarat, jawab soalan. fikir punya fikir, masa tinggal 10 minit untuk 35++ soalan. purr..jawab laju2 walaupun orang sebelah macam intai2 je saya baru nombor berapa. hehh saya nampak :)
  • 4. masuk bilik khas, bincang, 4 kerusi, semua mengadap buat bentuk diamond tu. nah, ambik kau! then, pen saya habis ink ! oh makkk. =.= pinjam pada ahmad yg baik :) malu ohh
  • 5. saya seorang saja perempuan dalam 4 orang tu (utk sesi pagi). =.=
  • 6. habis temuduga, sembang sikit (banyak la jugak) dengan yang lain sementara tunggu ayah & mak mai ambil. huhu saya pun hairan macam mana saya boleh sembang dengan orang luar ? haha (kalau nak kira latar belakang sekolah saya lah kan). but then, sambil tu, teringat macam ni dalam kepala ,
"kalau aku diam apa aku dapat ? (banyak perkataan bermain2 di minda+runsing+balik umah menyesal tak tergur sapa-sapa)..haha.
urm kalau aku melebih-lebih pula apa aku dapat ? (dosa+lagha la).. 
dan kalau aku act normal, macam mana pula hasilnya ? (kawan baru+ improve communication skill) hihii
  • 7. sorang kawan tanya sekolah mana , saya pun jawab lah. but then, shockingly, reaction depa, huh. seolah-olah dah tau saya sekolah agama, 'budak ni tak boleh bersembang'. huuh depa sembang depa 3 ja. dengan muka seagullnya saya pun tanya2 la soalan apa yg patut supaya tak jadi 'kerang sumba' [?]. hehh :). tapi kan, itu lah , kadang-kadang rasa malu nak buka ruang perbualan sebab benda nih tak pernah terfikir di sekolah. takut dikatakan gedix =.=, takut pula dikatakan diam-tak-boleh-buat-kawan. huu saya nak jadi normal yg diredhai Allah !
  • 8. sembang punya sembang, ayah call dah nak sampai. yes !
"er, apa2 jumpa kat facebook la noh" . haha i cant believe i said this =.= , but yeah, i told dad about this, and he said,
"take good care of yourself. jadi harimau bila orang lain pun harimau",
which means
"adjust to surrounding accordingly :)"
i have the Quran & Sunnah as the guide on how to be the 'good harimau'. my Prophet says , "hold those two tightly and u shall not be lost forever ; whereever and whoever you are"

oh ya, pengalaman lawak, saya cakap banyak (kot) sampai seorang colleague kinda jegil mata suruh saya berhenti. hiiii sori adeh. sengal ouh.

oklah, apa-apapun, dah laksanakan tanggungjawab. dah gunakan sepenuhnya dah peluang yang Allah bagi. janji, saya tak main-main (walau pada awalnya saya terfikir untuk tidak hadir ke temuduga ni).

sekarang, serahkan pada Allah. kalau kerjaya sebagai guru mampu saya galas, mintak Allah izinkan. tapi sejujurnya saya nak jadi doktor, sebab doktor antara kerjaya terdekat nak kenal diri & pencipta. kata seorang kakak senior yang banyak membantu (semoga Allah bantu beliau juga), "jadi doktor jalan cepat masuk syurga?" jawapannya ada pada diri sendiri masing-masing.

semoga Allah jaga saya :)

diingatkan, catatan ini bersifat peribadi. anda nak terima atau nak pertikai, itulah diri saya. insyaAllah, yang mana kurang akan saya baiki :) hihii

psst:
  bagi orang yang selesa dengan sikapnya, itulah diri sebenar. ;)

Wednesday, April 13, 2011

a big tuesday of my life :) , interviewed & awarded

-bismillah-

assalamualaikum :) & a very good morning to all *since i'm writing this in the morning~

alhamdulillah , yesterday was indeed a great day to describe. great for me & my parents.

i was invited for the scholarship's interview which was held at uitm arau , perlis.

the preparations
i did some readings on the articles over the internet and few books such as the 'Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan' by Dr Azreen Adnan , 'Budaya Kerja Cemerlang' by an important figure but cant remember who is it, & of course the more famous one, 'Denyut Kasih Medik' by Dr Farhan Hadi. hihi :)
also printed out some materials from afterschool.com for interview's tips and references.

the night before the BIG day
i got mixed feeling. thinking about what to say, who to meet, and how should i react to the questions shot. haish. talked a little with some friends who were going there too , and it didnt soothe me out, but instead made me more nervous to see them like very well-prepared. adeh
i asked Allah, 'ya Allah , bagilah aku enjoy, bukan rasa terpaksa dan tertekan, amiin'

hari kejadian (the day of occurence :)
i was sooooo nervous that i refused to enter the main door =.= i stopped my mom from walking in, saying that "mak , jom tunggu ayah dulu". a friend came passed by along with his parents smiling and they look natural, almost without such nervous feeling like i do . adeh.
while waiting for dad to join me & mom, an officer from uitm came and said to me, "adik, temuduga kan ? nanti naik atas , aras 2" smiling. erkk 'do i look lost?' i thanked him and walk away into the building , after leaving my parents at the wainting tent.

...burrr.burrr.. i wore natural face, with no smile but yes with thumping heart climbing up the stairs...

i looked up and found a friend, smiling widely since she has finished the interview session. what a relief to see her ! (muna)

met the officers in charge, signed my attendance, and surprised (again) to see familiar names for my group in the interview session. what a relief again to see 2 plkn mates in there :)

had a little chat with sweet future-dentist, a chinese form alor setar before walking towards 2 of my former schoolmates (najee & muna). asked muna how was the flow of her session, and she was so kind to share those with us :) then came the friend who i met at the front door, seating by my side. (adeh, teringat plkn, duduk sebelah2 mcm tu, adeh nasib baik dah 'well-trained'). he went through my FIRST resume, and i looked into his. (ohh saya sangat malu, resume saya tak best ponnn =.=) i told myself, it's ok farhana, it was your first resume =.=
my friends chat a lot, asking this and that, i chose to stay quiet since i still feeling nervous that i cant think what to speak. there's no word came in my mind to share with them. seemed like what i knew based on my previous reading had disappeared at all! oh what's happening today, farhana, i asked my self.

......masuk, senyum, greetings, duduk.....

i looked around, and to my surprise, OMG why are the colleagues are holding a piece of paper each in thier hand???! oh noooooo.

i smile. pretending that there was nothing to worry. during the group disscussion, i asked innocently to the panels, "maaf , boleh kami bangun untuk berbincang?" thank you. and another bluntly shot question, "where did u get the paper?" and they all looked at me like i was an alien who suddenly appear from nowhere into the room. =.= . and to my relief, a friend (nice boy he is) tear down his and handed it over to me. alhamdulillah. i thanked him for his kindness and continued discussing with the others who seemed relieved too to find the solution. hehe (saya buat gimik boleh pagi tu) :D
i was the first to share my point, which is supposed to be in malay language.
"assalamualaikum tuan, puan and a very good moring :) (to an indian panel)...". OMG selamat pagi la farhana! lalalla~ continued with my points and so on. tihihihi :D

the session went smoothly afterwards :) i did enjoy myself there, talking in context of being able to communicate, able to express my feelings & personal views and to accept others' points of view :)

the session ended eventually, we all walked out of the meeting room. at the outside, everybody was congratulating with each other and almost everyone said that "wow, it was a quick!" with reliefs.

all the way going back, i've been thinking,
-alhamdulillah, i enjoy the session.
-alhamdulillah, there's funny things that Allah has fated today, so i dont really feel very stressed.
-alhamdulillah, even IF i do not get the scholarship, i had already got the worthy experiences, got the moments of helping each other, got to meet new friends, and i simply LOVE the feeling of being in the same boat. yeah, since everybody was there with the same goal :)
-alhamdulillah, lucky for me to be grouped into a superbly well-mannered people, there was nobody who was like 'the attention seeker', but all of them were awesomely kind & intelligent figures indeed.
-alhamdulillah, for Allah had lent me the good feeling :)

as for now, let's keep praying for Allah's blessing and His acceptances of all my deeds. amiin

the tuesday night
i attended an event, majlis anugerah gemilang siswa, which was organised by unimap. the event which was held at the dewan kapitol was in conjuntion with the univ's students successes in sports & others along with academically excellent. my parents were invited along, but they had to sit quite far from me. i loved to see mine & my friend's humble parents who came along, i love to know that all of them were happy for us, their children, and i love the feeling that we had make our parents proud and thankful based on their smiles and nods, with who know? the tears of joys inside insyaAllah. subhanAllah. alhamdulillah.

alhamdulillah, been awarded by unimap for the previous spm result. alhamdulillah :)

thank you for sharing with me your time.
and you are MOSTLY welcome to share me the good feelings.

i ask Allah for Him to love me, because when Allah loves the person, everybody will eventually love the person too, no matter how annoying or how good the person is.

oh Allah, i beg for your MERCY & LOVES for me and everybody around me, and for everybody who loves me because of You :) amiin.

Saturday, April 9, 2011

rasuah di tempat kerja , boleh bendung dengan amanah mula dari sekolah

-bismillah-
[sumber : http://my.news.yahoo.com/lapan-pegawai-imigresen-termasuk-satu-wanita-dicaj-terima-20110406-200940-081.html ]

Berdasarkan maklumat diperoleh, 26, hadapi sebanyak 31 tuduhan - terbanyak di kalangan kesemua yang didakwa, kerana menerima rasuah RM51,760.


Pegawai imigresen, yang berusia 25 tahun, berhadapan dengan 25 tuduhan melibatkan RM31,690.

Seorang lagi pegawai imigresen, 28, dituduh menerima RM13,590.

Satu-satunya pegawai wanita, 25, pula dituduh menerima rasuah RM2,900 di Pandamaran, Klang.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang dan Klang antara April hingga September lalu.
nauzubillah. ini sekadar berkongsi , semoga bukan umpatan buat mereka. nama-nama mereka telah saya padamkan walaupun dalam berita2 sudah jelas tersiar. usah ambil kisah siapa orangnya, tapi jom kita ambil kisah apa kesalahannya.

bila diperhatikan lingkungan umur itu , umur2 mereka sebaya saudara mara saya. umur seorang pekerja baru. masih mentah dalam pekerjaan biarpun belajar bertahun-tahun. usia muda, mahukan itu ini, gadjet, pakaian, aksesori, semua rasa nak miliki. usia itu masih dalam proses menimba pengalaman, namun mereka menimba di air yang keruh.
nauzubillah , semoga Allah melindungi kita.

oh dunia, indahnya kau Allah ciptakan!

kalau difikirkan , adakah di sekolah kita tidak diajar erti amanah ?
saya tercari-cari 'subjek' yang menerapkan nilai amanah.
saya rasa tiada.

SALAH tanggapan saya itu.

sebenarnya , saban hari kita diajar erti amanah.
menyiapkan homework pada masanya.
hantar nota pada masanya.
buat latihan math setiap hari biarpun cikgu tak kumpul buku.
datang ke assembly , walaupun terpaksa 'tadah telinga' mendengar 'leteran'.
pergi ke sekolah setiap hari, bukan ponteng.

aduh banyak sungguh nilai amanah diterapkan. amanah dengan guru, amanah dengan diri, amanah dengan masa, amanah dengan ibu ayah dan paling utama, amanah setiap masa dan detik iaitu amanah kepada Allah.

menuntut ilmu menjadi fardu ke atas setiap satu orang islam :)
urm. takut dengan godaan dunia. dah la iman naik turun setiap masa.

tapi jangan risau, Allah dah cakap, maksud firman dalam Quran, kalau kita usaha teguhkan iman sendiri, Allah akan bantu teguhkan lagi, tapi bila kita buat tak kisah pasal level (paras) iman, Allah akan biarkan manusia itu menzalimi dirinya sendiri.

nauzubillah.

konklusinya, apabila seorang manusia BERMULA tidak amanah di sekolah (tempat membina karakter diri), susah untuk menjadi amanah di tempat kerja (tempat mempamer dan mengaplikasikan karekter terbaik yang diperoleh di sekolah).

lihat saja pelajar sekolah sekeliling anda ? adik2 anda ? amanahkah mereka ? betul mereka tak pernah ponteng majlis bacaan al-Quran? majlis baca yasin depa sembunyi kat mana ? kat luar sekolah depa jaga 'muka' sekolah tak ? siapa anda lihat mereka pada masa depan pula ? pengkhianat agama bangsa dan negara ? nauzubillah.

kemudian lihat, siapa diri saya ? siapa diri sendiri ini ? pengkhianat atau bakal pengkhianat ? bakal isteri kepada pengkhianat ? atau bakal ibu kepada pengkhianat ? nauzubillah!

semoga Allah memperbaiki diri dan amal kita , amiin. Allah , baikilah aku! ampunkan dosa2ku biarpun sudah bertahun2 berlalu.

cegahlah kemungkaran biarpun dengan sekelumit rasa di hati :)

p/s : sangat sibuk dengan urusan penting dunia sekarang
doakan usaha2 untuk persiapan temuduga biasiswa JPA saya diberkati Allah dari mula sampai habis. semoga semuanya terlindung dari perkara haram. duit utk belajar , moga Allah redhai :) amiin.

Wednesday, April 6, 2011

iklan promosi dan seangkatan~

-bismillah-

salam :)

hah , nak kongsi satu barang bagus~
 taadaaa !


hihii :D memandangkan saya tak tulis maklumat lanjut , sila lah pergi sendiri ke laman microsite publisher PTS yang penuh dengan info tu :) ada pasal pelancaran buku baru , resensi buku dan tawaran diskaun melalui SMS , klik2222x haaha

*no , ni bukan nuffnang , ni bukan iklan click duit masuk , tp iklan utk beri diskaun :)
**psst : check my nuffnang acc last night , haha ada singget lima sen :p ngehh jakun~ TERIMA KASIH kepada yang click iklan , kalau anda niat SEDEKAH , insyaAllah sampai , biarpun satu klik hanya RM0.15-RM0.20 . haha saya jakun . yeah tu untung orang islam , nuffnang jadi medium sedekah di blog :) alhamdulillah , cuma niat .
***tu lah gaji lepas spm ==, heee~

haha ni namanya post pasal iklan dan promosi. :) apa lagi , pi daftar nuffnang ~! dan rajin klik di blog kawan juga^^ sbb yg sendiri klik ditapis~~ :)

hah , sila2 :) kindly click on the pts banner ;p
-tehee sekian-tamat :)

Tuesday, April 5, 2011

hati bukan untuk ikhtilat lebih2~

-bismillah-

Hati berbicara lagi
Kali ini seakan hati mati
Mati untuk mencintai ajnabi

Hati yang mati untuk ajnabi
Jangan dipersiakan tempoh ini
Jangan disambut dengan ikhtilat keji
Kerana bukan mudah mencapai rasa ini

Wahai diri,
Ketahuilah ikhtilat itu penghidup cinta ajnabi
Pemalap 'Cinta Hakiki'
Pemutus 'Rindu Abadi'
Penghenti 'Lafaz Kasih Suci' pada Ilahi
Hanya mematikan hidup sekeping hati.

Wahai diri,
Janganlah hanyut lagi,
Jangan teruja dek hati yang mati pada ajnabi
Takut kau kembali lagi
Ke lembah yang melemahkan diri

Jangan teruja dek hati yang mati pada ajnabi
Tapi bersyukurlah wahai diri
Kamu dipinjamkan tempoh suci ini

Bersyukur pada Ilahi,
Allahu rabbiy.

Sibukkan dirimu mencintai Allah,
Merindui Rasul-Nya Muhammad.
Indahkan dirimu dengan mahalnya perasaan,
biarpun dalam secebis bingkisan.
Jangan kau wujudkan fitnah,
Jangan kau lakarkan gundah,
Jangan kau menempuh padah.

Jagalah hati , jangan kau cemari ,
Jagalah hati, lentera hidup ini~ :)

meminjam kata-kata seorang hamba Allah,
"Ramai yang solat lima waktu, cukup, namun masih ramai yang tidak menjaga Ikhtilat. Allahuakbar."
================
*psst
-ajnabi tu maksudnya orang luar asing , orang yang tiada hubungan kekeluargaan.
-ikhtilat tu maknanya percampuran pergaulan yang tidak ada kepentingan, hanya untuk suka2 menurut perasaan dan kemahuan. 


kalau diterjemahkan dalam konteks berkawan berbeza jantina, imanlah pemagar sempadan. 
sebab, walau kawan kita tu bukan siapa-siapa, syaitan yang menjadi 'yang ketiga' akan menjadikan kawan kita itu sebagai 'somebody' dalam diri kita. 
jadi, bila hati free tak ada penghuni, jangan ingat bila libatkan diri dalam ikhtilat , kita akan selamat. no no no~ **gaya mariaelenaisgreekhelen :)


alhamdulillah :) 
jom jadi mahal , bukan jual mahal, kerana kita bukan penjual :)
jom jadi malu , biarpun ada rasa rindu , namun malu untuk mengaku , malu pada Allah yang Maha Tahu :)
jom jadi bahagia , mencintai Allah dan Rasul-Nya , bergaul bergurau senda , dengan rakan-rakan yang ceria sentiasa , yang Allah hadiahkan halal untuk kita :)


***tips jaga perhubungan : sembang cara terbuka , elakkan bermesej benda tak penting , elakkan chat dan seumpamanya yang hanya dua hati hadir , sembang biar semua orang nampak , sambil ingat Allah tahu monolog kita :) -teringat kisah dr farhan hadi dan fatimah syarha, email mereka di-cc(carboncopy)-kan kepada orang ketiga :) subhanAllah indah~


insyaAllah , Allah sayang semua hamba-Nya, takkan Allah sia-siakan permintaan kita. kalau kita minta lindung , Allah akan melindungi dan menolong. insyaAllah :) 
semoga Allah menlindungi saya dan kamu daripada kematian hati pada cinta-Nya, amiin!


-sekian , tq ^^ )

Sunday, April 3, 2011

doktor : terpulang pada anda

-bismillah-
baca ini , itu saja , pesan untuk diri sendiri , tajdidkan niat Lillah :)

*saya teringat dulu , "sekolah manapun kamu, sbp ke kolej ke sekolah biasa, kamu mesti bagi cemerlang. mesti stand out" - kata-kata memujuk diri waktu tolak tawaran sbpi :)

semoga saya cemerlang & bahagia walau kerja apapun yang Allah aturkan :) AMIIN.

Saturday, April 2, 2011

PLKN : Solat - Jalan Itik

-bismillah-
*psst : segala pandangan dan cerita adalah bersifat peribadi, setiap orang dipinjamkan dengan memori yang berbeza :)

alhamdulillah, saya teringat untuk berkongsi lagi. walaupun ini membantutkan misi saya nak tulis bahasa inggeris, tak apalah~ :)

pada awalnya, sebelum menjejakkan kaki ke kem plkn dalam kampus itu, saya tertanya-tanya, adakah solat ditekankan atau tertakluk pada diri masing-masing sama ada mahu buat atau tinggalkan? adakah perempuan perlu bersolat di dorm? bagaimana pula dengan amalan tambahan seperti solat sunat lain-lain ? walaupun saya tidak selalu buat solat sunat, tapi soalan ini tetap singgah di minda yang masih tak keruan ketika 'menerima undangan ke plkn'.

alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

syukur Allah meletakkan saya di kem yang sempurna di mata saya.

di situ, ada sebuah surau yang tersergam indah , sebesar masjid di kampung2 (hehe). jahilnya dulu, saya tak menyangka ada fasiliti seperti ini di kem. semuanya lengkap dari corong azan, mic, tempat berwuduk, cuma tak ada mimbar kerana ia hanya sebuah surau, bukan masjid. ~ :D

baiklah, jom ikut saya imbas kembali ;)

pukul 5.30pagi : semua pelatih muslim dikehendaki berkumpul mengikut company [2 dorm satu kompeni] di hadapan Call Center [lebih kurang pejabat lah].
terpulang pada pelatih, ada yang sudah mandi, siap dengan berpakaian PT [pakaian sukan], ada yang masih berkain pelikat dan tak kurang juga yang masih bert-shirt tidur yang ditutup dengan sweater. adeh (tak mandi lagi kot~). selesai mengumpulkan kekuatan [attendance] company masing-masing, semua bergerak ramai2 ke surau.

waktu masih awal, jarum jam masih belum menunjukkan pukul 6 pagi.
langkah pertama saya ke dalam surau itu pada waktu subuh disambut dengan zikir-zikir memuji Allah. zikir-zikir itu dikendalikan oleh wira [pelatih lelaki].

jujurnya saya cakap, itulah kali pertama saya merasai biah (suasana) begitu. kerana di sekolah saya tiada pelajar lelaki. dan saya pula tidak pernah tinggal di asrama untuk mendengar suara2 rakan seangkatan melantukan zikrullah pada pagi subuh. subhanAllah, rasa bahagia seakan menjejak ke alam yang baru!
saya lihat keliling, ada juga yang melaksanakan solat-solat sunat. alhamdulillah, qiyamullail dihidupkan biarpun dalam masa yang singkat, iaitu beberapa minit sebelum subuh masuk.

subuh pertama, laungan azan sangat syahdu ! mencelikkan minda saya yang terlena biarpun mata terbuka. rujuk : ini . :)

subuh pada hari Jumaat, hari minggu bagi negeri kedah, berbeza daripada hari lain.
imam yang bertugas , 4 orang semuanya bergilir-gilir [tak pernah tahu depa gilir mcm mana~] , ada yang akan peringatkan , "erm insyaAllah solat sunat subuh dulu. hari lain tak sempat. hari ni cuti takda aktiviti pukul 6.30 pagi [iaitu PT pagi] , kita solat." thanks peringatkan~ !
paling saya terkejut + teruja , setiap kali subuh jumaat ada sujud sajdah !
yeah sesuatu yang baru lagi buat saya, biarpun bersekolah selama 5 tahun , saya tak pernah tahu amalan ini.
indah! sujud ramai2. terkenang ustazah pendidikan QuranSunnah semasa beliau mengajarkan tajuk ayat surah sajdah. terimbas maksud-maksud kalam Allah itu.

rakaat kedua menyusul. kali ini imam membacakan surah al-Insan. Allahu, indah! saya jeles sebab saya tak boleh hafal sebagaimana mereka hafal. wahhh. sekolah sama tahun, amalan kami berbeza banyak oh! saya terfikir, masih jauh harapan ustazah untuk menjadikan sekolah saya sebagai adik kisas. Allahu! improvekanlah sekolahku!

pada waktu zuhur, semua pelatih muslim diarahkan berkumpul selepas makan tengah hari, jam 1.15 petang.
sementara pelatih non-muslim dibenarkan pulang ke dorm - pentadbiran sendiri. ada kalanya, saya bersolat dengan berpakaian kelas (kemeja biru + seluar slack) , pakaian PT , pakaian bebas biasa - lazimnya pada hari jumaat iaitu hari cuti ketika wira semua pergi solat di masjid , malah tak kurang juga memakai pakaian loreng (alaa yang biru tebal tu). semuanya dilapisi telekung.
pada awalnya, memang saya mahu solat tanpa menggunakan telekung. lagipun telekung bukan rukun. tapi sahabat saya melontarkan buah bicara yang membuatkan saya fikir 2 kali,
katanya : kalau solat tak pakai telekung , nampak bentuk kaki , jelas semasa kita sujud (lagipun ada telekung, bukan takda. kalau tak ada telekung lain cerita :)
urm. betul juga. jadi solatlah semua menghadap Allah, biarpun berpeluh tapi itu menyejukkan.
masa sujud, itulah tempoh istirahat. masa aktiviti penat, bila boleh solat rasa macam itulah satu-satunya time rehat. [haha itu kalau hari yang aktiviti padat la, kalau hari aktiviti kurang, adehh.]

solat zuhur lazimnya diimamkan oleh ustaz yang bertugas di kem itu. ustaz ialah Ketua Hal Ehwal Agama di kem. jadi ust memegang pelaksanaan dan menjaga kebajikan hal ehwal kerohanian semua agama di kem ini.
lepas solat zuhur berjemaah, lazimnya wira akan balik ke dorm. ada juga yang tinggal di surau membaca al-Quran [saya dengar tembus langsir~]. wirawati tak balik dorm sebab jauh. jadi, ramai landing dalam surau. tapi ada juga yang baca novel, majalah solusi, majalah2 lain, tafsir juga al-quran. ada juga yang ambil kesempatan sembang2 sikit dengan kawan-kawan. huhu paling ramai ambil bahagian - nap kejap lah. haish~

solat asar juga sama macam zuhur, diimamkan oleh ustaz. lepas solat asar, lazimnya tak banyak masa senggang sebab bersambung dengan riadah sukan pula. [sebab tu ada hari yang saya rasa time sujud lah paling best sebab tak payah fikir nak rush ke komitmen lain]

ada satu kisah, hari jumaat, waktu asar. company saya & satu lagi company didenda. adeh. tak perlu kongsi kesalahan apa yang dilakukan, tapi bila satu buat salah, semua kena.
jurulatih yang bertugas : baik, kamu jalan itik dari call center ke surau ramai2.
pelatih : *suara protes* apa ni cikgu, dia yang buat salah?
pelatih : *masih lagi protes* tak mau, tak mau!
masa ni, ketua saya ambil alih, katanya : apa yang penting??!
kami pelatih : kerjasama~ *pasrah*

indah melihat ukhwah yang terjalin~
[ psst : macam ni tapi 50 orang xD adeh ]
maka kami lebih kurang 50 orang pun jalan itik ke surau. sambil jalan tu, saya tak dapat nak tahan gelak. HAHAHA. dengan susah payah bawah terik mentari, saya still gelak. pengalaman baru oh!. banyak saya belajar. paling respect, ketua saya yang bijak mengawal keadaan. lebih kurang 10 langkah kami pun berhenti la... =.= , cikgu buat lawak lagi , "lepas ni, kamu ulang kesalahan yang sama, saya suruh kamu jalan buaya pula~". saya tanya kawan sebelah sambil tengah jalan itik tu, "jalan buaya tu amenda?" LOL dia jawab "meniarap la atas tar ni ramai2" :D adeh saya behenti jalan itik dulu untuk gelak. hahaha

ntahlah, tapi jujurnya saya rasa indah.
indah melihat ukhwah yang terjalin
. sama-sama dalam segenap hal. sama-sama. saling membantu. Allah yang hadiahkan ukhwah ini. "ALVO Gempak Terbaik" itulah laungan pengikat dua company ini. adeh. rindu.

masuk pula time maghrib :)
seronok. sebab lepas makan malam. pakai baju kurung lawa2 haha. wangi, itu yang penting. (siang2 kan banyak aktiviti ==,)
imam adakalanya ustaz, adakalanya pelatih. bacaan nyaring , best boleh translate surah2 yang imam baca. alhamdulillah, tak sia-sia rajin baca tafsir walaupun surah-surah lazim. :)

kalau hari berpuasa sunat, jemaah kedua dibentuk lepas tu sebab makan dulu. tapi malangnya, jemaah pertama agak bising lepas habis solat, pernah satu hari, saya & kawan lain yang puasa hari tu tercari-cari kat mana imam tengah solat. nak buat jemaah jugak~. apa lagi, selak la langsir pelan-pelan. hehh nasib tak baik, nampak apa tak patut. x] nasib baik, nampak terus imam jemaah kedua tu kat mana. adeh. tapi selalu saya suka intai melalui bawah langsir, nampak bayang kaki imam & makmum pun jadilah. lagi selamat kot =.=
bising punya pasal, pernah sekali, imam dah jumpa, solat dah ikut masbuk, sujud akhir bagi imam, tapi sujud LAMA kot =.= tak dengar suara imam. adeh. tau2 dengar dia dah WIRID dengan makmum lelaki. huhu bangun la dari sujud dengan penuh rasa pasrah di hadapan Allah. huhu sampaikan imam bagi salam pun tak dengar =.= sebab tu Nabi pesan, hentikan bacaan Quran kalau orang tengah solat (apatah lagi bising). huu pengalaman baru - kena tinggal dengan imam x) adeh

solat isya, tak ada masa berkumpul, sebab semua pelatih tak dibenarkan keluar dari surau lepas solat maghrib. jadi, antara gap maghrib-isya tu ketua kerohanian lelaki dah rancangkan :
Ahad    : kuliah maghrib dgn ustaz
Isnin     : bebas - tazkirah ringkas oleh imam dan lain2
Selasa  : kelas asas pendidikan islam - tauhid fiqh semua tu - dgn ustazah - pembentangan kompeni
Rabu    : sama Selasa :)
Khamis : bacaan yaasin ramai2- doakan ibu bapa pelatih yang sakit - doakan utk spm - lain2
Jumaat  : usrah - Satu Platun Satu Usrah :)
Sabtu    : bebas - tazkirah ringkas oleh imam dan lain2

heh itu saja. yang lain2 saya simpan sorang kot. tak muat skrin dah nak tulis ;;D hee~ semoga bermanfaat, especially kepada yang risau plkn macam mana. hu apa2 pun, 'kita' lah penggerak pelaksanaan syariat dan peraturan islam. kalau 'saya' mungkin tak menjadi, kerana 'kita bersama-sama' adalah lebih utuh.


sangat indah; lebih INDAH apabila berjemaah :)

'aku berkata dengan kata-kataku ini, aku memohon keampunan Allah atas dosaku dan dosamu, assalamualaikum :)'

Hello paeds!

- bismillah - Alhamdulillah. Currently i'm in my 5th posting. For whoever had wish me and pray for me since the start of my career jour...