Friday, March 25, 2011

SPM : short cut

-bismillah-

alhamdulillah. hari ni saja jejakkan kaki ke sekolah itu lagi, walaupun ada guru bergurau yang agak pedih "kenapa datang lagi, tak puas lagi ke nak mai bilik guru ni?", tak apa lah, saya tempat saya, beliau tempat beliau, Allah ada di tempat kita. "kamu ni.. dia datang sebab ada taklimat dengan kaunselor" jawapan daripada cikgu H mendamaikan senyum saya yang makin kelat. apa-apa aja lah. semoga jadi pengajaran buat saya dan lain-lain.

saya teringatkan guru-guru matematik saya. cikgu TS, mengajar saya erti 'hutang bayar hutang' iaitu positive & negative integer lah..~semasa di tingkatan 1. cara beliau mengajar ringkas, "siapa bising, berdiri atas kerusi". kata-kata ini lazim dipandang sepi a.k.a tidak diendahkan kerana cikgu saya tidak garang orangnya. tapi makna yang tersirat di sebalik kata-kata amaran itu saya terjemahkan dalam bentuk "siapa tak beri perhatian, kamu akan dapat dendanya (balasannya)" dan betullah, bila saya sembang saya tak dapat fokus lalu tak faham tajuk...latihan tak siap.
sebenarnya, asas di tingkatan satu amat penting untuk menentukan susah payah seseorang dalam pelajaran :]
jadi, apabila di tingkatan 5 kamu rasa sesuatu subjek itu susah, refleksi diri, bagaimana aku ketika mula belajar dahulu ? adakah aku hargai guru aku atau tidak mengendahkan sahaja apa yang diajarkan ...
dan senang cakap, algebra tu sangat berguna :)

kemudian di tingkatan 4, Allah menghantarkan saya seorang guru yang baik, lembut dan penyayang. sayangnya, kualiti yang ada pada diri beliau dipandang sepi oleh sebilangan pelajar. ya, semua orang ada kelemahan, tapi ketahuilah kelemahan pelajar lebih banyak daripada orang yang mengajar, biar siapapun kita. jadi, ada antara kami yang tidak membuat latihan, tertidur dan hilang tumpuan kerana bersembang. pandangan mata dihalakan ke mana-mana yang dikehendaki, tapi bukan pada whiteboard di depan. sehingga pernah terdetik di hati saya, "ya Allah, sabarnya guruku ini! kalaulah aku di tempat beliau, anak murid buat macam ni, sah aku dah hilang semangat nak mengajar!".
dan alhamdulillah, di tingkatan 5, tak perlu mengulang latihan tertangguh di tingkatan 4, yang anda terpaksa buat juga sebab tak faham kesinambungannya dengan tajuk tingkatan 5...

kemudian di tingkatan 5, saya masuk dua kelas. kelas pada awal tahun, Allah tahu kesabaran saya ada batas, Allah masukkan ke kelas lain pula, dan bertemu guru lain pula.

sesungguhnya, apa yang saya belajar dari peristiwa/kejadian/situasi/kes spm ni, result spm bukan bermula dari anda tingkatan 5 :)

bak kata papan merah di sekolah saya tadi,
"great things are not achieved in haste"
so, untuk tajuk post ini,, NO, there is no short cut for those finding it.

semoga Allah mengampunkan dosa saya andai berlaku sesuatu yang menggores hati mereka. sesungguhnya, keberkatan ilmu bermula dengan keredaan dan keikhlasan guru ke atas apa yang diajarnya dan siapa yang diajarnya. dan di pihak kita pelajar, yang penting keredaan & keikhlasan kita (yg dizahirkan melalui minat, tumpuan, komitmen dan tindakan) terhadap apa yang dipelajari. paling penting, keredaan Allah ke atas apa yang dipelajari, siapa yang mengajar dan belajar.

spm bukan segala-galanya. spm hanya anak tangga. masih jauh perjalanan. sekarang situasi saya bagaikan sedang mengetuk pintu-pintu biasiswa dan tajaan, agar saya dapat masuk ke rumah terbaik yang tidak memudaratkan, agar dapat saya terokai bilik-biliknya yang penuh ilmu dan ujian. semoga saya dilimpahi dan ditemani kemudahan, kesenangan, kebahagiaan, keikhlasan serta kewarasan dalam meneroka alam baru ini.

perjalanan meneroka dan menjelejahi bilik-bilik rahsia di rumah tersebut tidak akan terhenti. setiap hari akan ada bilik baru untuk dimasuki. kalau tidakpun, jika bilik itu besar ruangnya, maka lamalah masa saya di situ. sesungguhnya bilik-bilik itu tidak akan pernah habis dimasuki mahupun dijejaki. proses ini hanya akan terhenti apabila saya dipanggil keluar dari rumah itu, dijemput oleh Ilahi, masuk ke rumah yang lain pula.
simboliknya, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...
cuma, rumah kali ini untuk berehat. amiin. berehat setelah tidak pernah henti menjelajah memasuki ruang-ruang dalam rumah tadi.
ada juga rumah untuk mendapat denda. denda kerana melakukan perbuatan terlarang dalam rumah tadi. nauzubillah.

dan di akhirat sanalah tempat berehat yang sebenar-benarnya :)
semoga hidupku dan hidup kita disudahi dengan kesudahan terbaik di sisi Allah. itu lebih utama. amiin. :)

sekian.
-yang sangat2 mengharapkan bantuan Allah dalam setiap denyut nadi,, semoga Allah meredhai.-

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...