Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

my english story

-bismillah-

hahaha. i would like to share something with you :)


MAYBE i have already posted an entry featuring this video before. haha

somehow, i lose my confidence writing in english. why is that so? because i've been writing quite a number of previous posts in bahasa melayu. it is quite awkward for me to express my thoughts right now. writing and talking a lot in malay recently mean that i am leaving aside the language and at the same time lacking of practices to improve my english. =.= tgk tu ayat berbelit dah

wonder why i bother to write in english ?

because i started this blog with a mindset "towards english eloquency : in both written and spoken english". wow~!. ok u can view some of the earliest entries, about my trials to write in english language. at that particular time, i can swear to you that i was not only write in english, but also my thoughts were in english too.
enough with the introduction (what? yeap it is.)

let us start the story with my english teache…

lepas SPM : pilihan kursus & tempat T_T

-bismillah-

Ya Allah, aku tidak mahu sibukkan diri dalam hal yang tak perlu.
Kurniakan aku keyakinan yang benar-benar mantap kerana-Mu.

Allahu T_T
Tabahkanlah hatiku menerima ujian dari-Mu.

Di manapun aku, siapapun aku,
aku mohon agar sentiasa dekat dengan-Mu,
sentiasa mendapat reda-Mu,
sentiasa beroleh dan memohon cinta dan kasih sayang-Mu.

amiin.

Sesungguhnya, bila Allah menyayangiku, tiada apa akan membenciku melainkan kebatilan.

Allah, tempatkan aku di tempat yang terbaik di sisi-Mu, tempat yang tidak memudaratkan aku, pegangan agamaku, pelaksaaan syariat agama-Mu, tidak memuradatkan urusan dunia dan akhiratku. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi tempat.

T_T biarpun perjalanan hidupku berendam air mata,
biarpun indah penuh gelak tawa,
aku mohon reda-Mu.

Allah, kuatkan aku! Kuatkan aku dengan pertolongan, hidayah, rahmat, keyakinan, kerajinan, kesempurnaan dari sisi-Mu. Allah Maha Mengetahui. berikan aku kesudahan terbaik di sisi-Mu. jemputku dalam keadaan terbaik di sisi-Mu.

a…

SPM : short cut

-bismillah-

alhamdulillah. hari ni saja jejakkan kaki ke sekolah itu lagi, walaupun ada guru bergurau yang agak pedih "kenapa datang lagi, tak puas lagi ke nak mai bilik guru ni?", tak apa lah, saya tempat saya, beliau tempat beliau, Allah ada di tempat kita. "kamu ni.. dia datang sebab ada taklimat dengan kaunselor" jawapan daripada cikgu H mendamaikan senyum saya yang makin kelat. apa-apa aja lah. semoga jadi pengajaran buat saya dan lain-lain.

saya teringatkan guru-guru matematik saya. cikgu TS, mengajar saya erti 'hutang bayar hutang' iaitu positive & negative integer lah..~semasa di tingkatan 1. cara beliau mengajar ringkas, "siapa bising, berdiri atas kerusi". kata-kata ini lazim dipandang sepi a.k.a tidak diendahkan kerana cikgu saya tidak garang orangnya. tapi makna yang tersirat di sebalik kata-kata amaran itu saya terjemahkan dalam bentuk "siapa tak beri perhatian, kamu akan dapat dendanya (balasannya)" dan betullah, bila s…

keputusan SPM : dari Allah, milik Allah :)

-bismillah-

alhamdulillah :) segala puji hanya layak untuk Allah !
Allah pemberi segala sesuatu kepada kita, untuk menguji sama ada kita kufur atau bersyukur.

hari ni 23 Mac 2011 Rabu, tarikh yang bersejarah buat saya. hee

Allah izin keputusan SPM saya menyejukkan mata dan hati. alhamdulillah. semoga dilimpahi rahmat dan berkat. semoga mendapat tempat di sisi Allah, di dunia dan di akhirat. AMIIN.

sedikit perkongsian bermakna :
setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri[surah al-hadid, ayat 22 & 23] [57:22-23]


*terima kasih kepada ibu,ayah, kakak, abang, abang arif dan semua adik-beradik keluarga.
*terima kasih kepada gur…

masak : cara koboi ^^,

-bismillah-

alhamdulillah. saya masak untuk tengah hari tadi. :)

alkisah, mak call pukul 12.45 tgh hari, tanya perlu beli makanan ke tak payah~ saya jawabla, tak payah, kalau adik lapar adik masakla pasta. mak balas, kalau macam tu masak untuk mak sekali lah, nanti mak balik makan~

hee jadi saya nak cerita apa saya masak tadi~ tapi sayangnya tak da gambar, sebab tak niat pun nak tunjuk kat blog, just nak masak untuk mak & ayah :) haha

tapi nak cakap awal2, semua ni buat laju-laju sebab mak ayah sudah on the way nak balik, takut nanti tak sempat, siapa nak makan pula kan ? jadi ...

SEMUA ukuran dan kuantiti adalah berdasarkan prinsip "agak-agak" bagai seorang chef lulusan tv ;;P
jadi, kalau anda jarang menonton channel AFC, masakan ini sangat susah dan payah. tapi kalau selalu tengok jamie oliver ke scandinavian cooking ke, hah senang saja...semuanya agak-agak. :)



mula-mula, isi pasta dalam periuk agak-agak sebanyak 3 orang makan, masuk air satu tumbler panjang biasa, rebus …

esok Result SPM keluar, insyaAllah

-bismillah-

assalamualaikum :) kpd semua yang layak menjawab,,

saya percaya, ramai calon SPM 2010 agak tak keruan selagi hari Rabu 23hb Mac belum menapakkan jejaknya dalam diari hidup. kalau yang tenang dan selesa, alhamdulillah, beruntunglah kamu kerana itu satu nikmat. kalau yang sudah tidak tentu arah, makan tak kenyang, mandi tak basah tu, beristighfarlah. :)

ketahuilah, mukmin itu hatinya tenang, jika rezeki yang diterimanya banyak, dia bersyukur. jika rezeki yang diterimanya sedikit, dia bertawakal (mohon kecukupan).
alhamdulillah. saya bertemu dengan madah ini dalam buku Mujahid Cinta, yang saya bawa bekal ke PLKN. bekal untuk merawat hati yang kosong tanpa cinta ajnabi, agar tidak terisi dengan cinta-cinta haram.

di sana, saya belajar mengaplikasikan prinsip diri ini. belajar perlahan-lahan untuk menjadi mukmin. 'mukmin' itu bukan terjadi dengan sendiri, bukan terjadi setelah anda melakukan ibadah yang banyak, dan bukan pula setelah usia anda meningkat. saya belajar ber…

PLKN : Secara Ringkas (kot)

-bismillah-
assalamualaikum buat kamu :) dan salam Satu Malaysia! (say : Malaysia BOLEH!!) hehh^^

alhamdulillah saya dan tamat plkn. syukur pada Allah kerana memilih hamba-Nya yang sorang ni daripada beratus ribu insan lain. alhamdulillah.
teringat dahulu, semasa mula-mula menyemak status ke plkn, "ya Allah, kalau program ni baik untuk aku, bagi aku dapat. kalau plkn bawa mudarat kepadaku, jangan bagi aku dapat! - amiin " dan alhamdulillah, termakbul kerana Allah Maha Mendengar :)

Allah memilih saya ke sebuah kem yang paling istimewa, satu-satunya kem seumpama itu yang wujud di malaysia. :) sebuah kem yang terurus dan teratur. dianggotai pula dengan jurulatih2 yang mesra alam :D. pada awalnya, saya berprejudis bahawa "para jurulatih mesti semua serius, tak boleh buat salah depan diorang, nanti kena denda pumping"... rupa-rupanya, kami sekadar kena buat ninja turtle (+ bunyi ya!)... habis teruk pun ninja turtle empat penjuru...begitulah namanya~. hukuman yang tidak …