Friday, February 4, 2011

PLKN : sifat terbuka saya

-bsimillah-

alhamdulillah, syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan menulis apa yang saya nak kongsi di sini. :)

dalam sedar, sudah lebih 30 hari saya berada di kem PLKN. dalam sedar juga sudah banyak perkara saya lakukan. pasti ada kesannya pada diri, dan mungkin juga terdapat beberapa perubahan. banyak juga coretan saya tulis dalam buku catatan masa di sana. insyaAllah, bila ada kesempatan, saya akan tulis semula di blog ini. tunggu saja lah ;)

dalam kelas modul Budaya Kerja, saya diajar bagaimana menyesuaikan diri dalam alam kerjaya. apa beza sekolah dengan kerja, sesi-sesi temu duga, ciri budaya kerja cemerlang, perjanjian dalam organisasi dan macam-macam lagi, semuanya diajar di sini. subhanAllah, saya terfikir, siapa pencetus dan perintis idea mewujudkan plkn ? banyak sungguh jasanya dalam membentuk modal insan Malaysia :)

tak nak tulis pasal orang lain, entry ni tentang saya saja dah cukup. hee. tajuk kat atas tu, sifat terbuka. dalam satu aktiviti, kawan saya menilai diri ini, dan sifat terbuka 6/10. saya agak terkesima (haha) sebab diri sendiri menilai 8/10.

alasan saya nilai 8/10 :
-alhamdulillah saya boleh terima saya dapat plkn
-boleh bawa diri bergaul dengan kawan lain agama, lain bangsa dan dah tentu lain jantina, sebab sekolah menengah dulu agama, bangsa & jantina semua sama =.=
-boleh libatkan diri dalam kumpulan kecil, sumbang idea, tak terperap saja
-terbuka & tak segan tahap teruk (walaupun ada rasa tak best sebenarnya~) duduk sebelah2 dengan lelaki dalam perbincangan kumpulan
-bentang kkj untuk kumpulan
-sedia terima idea ahli kumpulan yang suka tambah2. adeh
-masa riadah, saya tak boleh duduk sahaja tengok orang lain main sambil cabu2 rumput kat padang, saya akan bangun buat sesuatu
-masa menari, saya menari (lagipun wira & wirawati diasingkan) dan saya suka
-masa aerobik, saya aerobik
-masa menyanyi, saya menyanyi (tapi muka hala ke arah wirawati kot haha)
-kena kawad tengah panas, berdiri lama2, alhamdulillah ok saja :)
-boleh dikatakan, hanya sekali daripada semua peluang perkongsian terbuka di hadapan kelas dan dewan sahaja yang saya TAK pergi, peluang lain semua sapu~ sebab saya suka berkongsi (mcm sekarang nih~ :D)
-saya tak pilih kawan di kem plkn, tapi dulu zaman sekolah, saya tengok dulu background kawan di kem-kem yang saya pi, baru jadi kawan. adeh. honestly cakap, dulu saya sangat bias pada pelajar sekolah aliran teknik vokasional, sebab prejudis. tapi sekarang, saya tau saya silap besar. pelajar sekolah teknik & vokasional lebih  cekap mengurus diri, lebih terbuka pemikiran jika dibandingkan dengan pelajar aliran utama yang hanya mengejar teori dalam akademik. *tertakluk pada diri masing2 la jugak

sekarang saya sedar, sifat terbuka saya bawah daripada atau lebih kurang 6/10. bila diingatkan semula, apa yang saya buat dalam keadaan 6/10 tu :
-saya tak pernah online chatbox di fb, sebab tak mau jumpa orang tak best nak sembang. adeh that WAS what im thinking before this
-saya tak pernah add orang suka hati di facebook, biar betul2 kenal rapat baru add & approve. banyak juga yang di'ignore'kan (maaf)
-ada seorang kawan, saya kenal dia dan dia kenal saya, kerap kali jumpa di kem dan tuisyen, tapi sampai hari ini kami bukan friends di facebook. aduh punyalah masing2 ego. tapi dulu saya tak add dia sebab pemikiran yang tak berapa nak terbuka nih cakap: buat apa nak add, bukan satu keperluan pun nak berkawan dengannya
(kepada yang tahu, diam dan senyum ya)

now i have realised how closed-minded i am when it comes to socialising. 

jadi, dalam usaha nak baiki 6/10 jadi lebih tinggi, mula dari semalam saya tukar sikap. saya add saja kawan2 di plkn, walaupun acquaintances, kenal pun sepatah dua saja. saya buka chatbox, sembang dengan kawan plkn 2-3 orang kebetulannya. and... apa lagi ? hah saya akan pakai semula wajah di sekolah, banyak senyum, sebab di plkn saya tak banyak senyum pun. jujurnya, dalam kelas CB saya orang lain, di dewan makan & padang kawad saya orang lain. adehh. mana satu imej, mana satu diri sebenar pun saya tak tahu sebab dua-dua situasi rasa selesa. (note : imej akan buat anda rasa tak selesa, cth guru pakai imej garang depan pelajar walaupun dia sangat penyayang, dan dia rasa tak syok pun jadi garang)

sekarang dalam minda, saya nak develop sikap terbuka dan sangat mengharapkan bantuan Allah, sebab kalau jadi terbuka terlebih nanti lagi susah hidup. nauzubillah.
hanya Allah tahu sampai setakat mana saya harus meng-extend-kan sifat terbuka. dengan akal & hati, saya akan berubah sikit-sikit supaya jadi lebih baik dalam apa-apa situasi.

hehh. sekian~ haha :D

4 comments:

  1. alhamdulillah..ni la yg sgt2 jl2 harapkan bila plyh dah kuar dari kem.kamu dpt nilai drpd apa yg jl2 kamu smpaikan d kls mahupon d luar kelas.dan paling sy tertarik kamu dah mengamalkan nilai2 ini setelah kamu dah tau apa yg patut kamu buat.so teruskan nilai2 murni yang telah kamu peroleh.mengenai imej n diri sebenar..ianya bkn sesuatu yg salah.ada kalanya kte mmg akn mgunakan imej.bergantung pd situasi

    ReplyDelete
  2. apa2 hal pun, amalkan qanaah....serba serbi sederhana, don't be too much or too less....hehe....dan juga, jgn mudah ikut orang, be yourself!
    ingat hadis, yg Islam kembali dagang bila akhir zaman....huhu....
    LOVE U~

    ReplyDelete
  3. dear sis riena86,
    alhamdulillah :)
    saya cuba jd si penuntut :D hehh belajar dari kesilapan, agar manfaatnya bukan sekadar utk diri tapi utk orang sekeliling jugak,, insyaAllah.
    sis sendiri jl ke? hehe

    trima kasih tlg nasihat ^^,)

    ReplyDelete
  4. dear kak mammasun,
    awal2 mmg adik sgt takut kena culture shock, tapi alhamdulillah setakat nih adik masih diri adik yg biasa,,
    lagipun, plkn tak lama, nih la peluang adik nak belajar utk hidup.. kan :)

    LOVE U FILLAH ;D

    ReplyDelete

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...