Wednesday, October 6, 2010

satu langkah, satu bismillah :)

-bismillah-

untuk hidup yang dipermudahkan, buatlah sesuatu bermula dengan nama Allah.
kalimah basmallah itu ayat pertama surah al-fatihah. ya, al-fatihah bermula dengan 'bismillah...', bukan bermula dengan 'alhamdu...'
insyaAllah, entri pendek kali ini nak kongsi kelebihan kalimah bismillah dalam hidup :)

mula, kenali bismillah
بسم الله الرحمن الرحيم
bi-ismi-Allah ar-rahman ar-rahim
maksudnya dalam bahasa melayu : dengan-nama-Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

mari saya ceritakan kisah sikit :)

pertama : ketika mula-mula mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan semasa di sekolah rendah, saya dan ahli pasukan sangatlah gementar, walaupun pada masa itu hanya untuk menjawab soalan bertulis dalam pertandingan kuiz kesihatan. pada masa itu, guru pengiring datang mendekati dan berpesan, "kamu baca bismillah banyak2 dari sekarang (masa menunggu). baca jangan berhenti sampai kamu keluar semula dari dewan ini," kata beliau. lalu saya dan kawan-kawan amalkan, dengan izin Allah kami peserta perlis dapat markah ke-4 tertinggi KOT (x ingat dah 5 tahun berlalu), tapi yang pasti segalanya lancar. alhamdulillah, akhir sekali dapat lawan sampai separuh akhir, kira top 8 la~

kedua : pada akhir tahun 2009, semasa cuti sekolah, saya ambil tuisyen intensif subjek math, add math. kelas bermula hari-hari, pukul 9.00 pagi. masalahnya, mak kerja pukul 8.00pg. jadi, anak yang baik mengikut emak ke tempat kerja ;;) sejak pukul 7.30 pg lagi~ wuwu. lebih kurang pukul 8.40pg, saya pun berangkat dari tempat kerja mak ke tusen jalan kaki. bila jalan kaki, mestilah kena lintas jalan. bab lintas jalan, saya tak pernah lintas sorang-sorang (sebelum itu). kalau lintas dengan kawan-kawan pun, sure kena pegang tangan. aka penakut. huhu. tapi, alhamdulillah, saya amalkan prinsip 1 langkah 1 bismillah, jalan lengang bila saya tiba. kalau kelas mula pukul 11.00 pulak, saya akan ke library awam dahulu, lintas jalan lebih kronik~, then jalan itu jalan yang lengang (keta tak byk, tak logik kalu takda keta langsung). hehe kuasa Allah, segalanya mudah. lintas sorang2, selamat sampai merentas taman rekreasi sunyi tak berlagu tu. wuwu. besarnya anugerah Allah :)

ketiga : tahun ini, bulan ini juga. kawan sekelas, runsing dan takut melintas jalan apabila perlu ke stesen bas. pada hari2 sebelumnya, dia akan pulang bersama2 rakan ke stesen bas. tapi hari itu, dia seorang diri. runsing kalau2 terlepas bas kerana tak dapat melintas jalan. kes sama macam saya tahun lepas. mula2 sya gelak dulu, then baru share tip. ;;)
"itazzi, jalan satu langkah satu bismillah! mudah la nak lintas nanti :) terbukti berkesan" pesan saya. dia tersenyum sebelum keluar dari kelas (dlm hati masih runsing kot).
esoknya...
"farhana, betullah! kemarin tak da kereta~" dia menjawab pertanyaan saya pagi esoknya.
haha. subhanAllah, Allahuakbar, alhamdulillah :)

keempat : langit mendung. pukul 5.50 ptg, ayah jemput saya dan mak pulang dari sekolah, lalu singgah di pasar malam utk beli makanan buka puasa. ya lah, tak berapa sempat nak masak. wuwu~. ayah parking jauh dari gerai2 (macam biasa), saya dan mak stay dalam kereta. saya baca paper BH, mak di depan melihat2 alam. sembang sikit2. mak cakap, "adik, mana ayah ni? hujan nak turun ni,".
... ayahpun sampai dengan 3 bungkus nasi, taufufa, pasembor dan apom colek [apakah?] haha.
elok2 ayah masuk keta, hujan pun rintik2 lah banyak sikit.
"camna, ramai orang? beli apa..?" mak tanya.
"ramai macam biasalah, belaga siku. tapi 'satu langkah...," kata ayah sambil pandang saya di belakang,
"satu bismillah', semua mudah~~," saya dan ayah sama2 sambung. :) aahaha.

alhamdulillah. jadi, amalkan membaca bismillah sebelum dan ketika berbuat sesuatu pekerjaan. insyaAllah, kita terpelihara oleh Allah.

Allahu rabbi. Allah tuhanku.

...ilmu yang dimanfaatkan = saham alam barzakh...

p/s: mikir2 tajuk untuk dikupas bersama2 adik2 hari jumaat nanti. bismillah. semoga Allah permudah. :)

No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...