Saturday, February 27, 2010

lalala~~ g-d-t^^

salam

just now i heard a rumour about a friend from one of my 6-year-old friendships. a rumour saying something which i take it as too bad to be true. and all i can say is that i dont believe in such things for i knew (based on my guesses & experiences) about the person's 'good + friendly behaviour' which had started the rumour in the first place.
........end......sholdn't this?

well, somehow one can misunderstand about one another's 'act of smiling'. haha,, poor u who thinks that it is 'great'.

urm, just now a thought came to my mind,
to recieve A SMILE from a person who has A LOT OF SMILES in their life is just nothing,
and if it is to be compared with..
to recieve A SMILE from a person who has very LIL SMILES in their life is everything or great (if you think it is~),


friends, u dont need to guess who are the persons involved and WHAT i'm really talking about. let take this as my girly-diary-thingy~~ :)
lalala~

Friday, February 19, 2010

angpau-s-sortment

-bismillah-

  • CHEMISTRY
  • Mdn. MATH.
  • ENGLISH
  • BAHASA MALAYSIA
  • SYARIAH
  • Add. MATH
  • BIOLOGY
  • PHYSICS
  • QURAN SUNNAH
  • BAHASA ARAB
  • SEJARAH

this is my listing of homeworks based on my favoritas,, starting from the most favourite to the least one. and yep, the top most is the one that had finished completely first among eleven of them. well, for other certain subjects, 'almost completely finished!' and..for the last 4 subjects, none has yet to be touched by now =_=,,

that's it. i only do what i want to. not necessarily must be in specific 'rigid' timed mode for i can finish it in the middle of nights (morning!). but, i dont say that i spend my whole evening for homeworks~

what i find as 'heavier' and a somewhat tedious are:
  • PUM annual report
  • PKS stuffs that PeoPle ask me to, when they find out their data went missing out of nowhere [member's namelist, class of '09..'10, i/c number, etc]
and..the must-finished-this-by-monday thing:
  • NILAM.
haha^^ (should i be laughing now?)

Thursday, February 18, 2010

HARI LAHIR SAYA :)

-bismillah-

salam..

ALHAMDULILLAH,
syukur kepada Allah yang menganugerahkan segalanya kpd saya :) sepanjang 17 tahun ni^^

TERIMA KASIH sahabat2, ikhwah wal akhawat!! saya sayang semua, uhibbukum fillah^^ smoga ukhwah ini diredhai Allah,, alhamdulillah :)

 ya Allah,
bantulah aku..bantulah kami dlm menghadapi hidup ini
bantulah kami saat ditanya-Mu nanti..
"masa muda kamu, bagaimana digunakan?"

ya Allah,
jika ditakdirkan perjalanan hidup ini masih panjang,
mahupun
seandainya tertulis ini kali terakhir menyambut ulang tahun..
maka penuhilah hidupku dengan rahmat
ibadat yang mengikut syariat
dan limpahan pertolongan daripada-Mu,
disertakan juga dengan kesyukuran hanya kepada-Mu, Allah
bantulah aku
ingatkan aku
walau apapun, aku mahu syurga-Mu
aku berserah diri pada-Mu

اللهم إني أعوذبك من الهمِّ والحزن
وأعوذبك من العجز والكسل
واعوذبك من الجبن والبخل
واعوذبك من غلبة الدَيْن وقهرالرجال

semoga hidup ini sentiasa dalam guidance ALLAH
bukan hanya pada hari ini,
bukan hanya dalam kesusahan,
bukan hanya waktu kegembiraan.
amiiin

:D

 p/s: *syukur & syoknya rasa disayangi & menyayangi sahabat*
- indahnya ukhuwah dalam islam
- firman Allah bermaksud, "sesungguhnya, orang mu'min itu bersaudara"
- antara cara mencapai kemanisan iman ialah apabila dia mengasihi sahabatnya kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah
- ayuh, lembutkan hati, terimalah hakikat indah ukhwah islamiah ini^^
- urm, mcm mana nak hidup sebagai 17s? adeh


Tuesday, February 16, 2010

langkah baru! insyaAllah^^

-bismillah-

kadang2 sya tersalah meletakkan diri sendiri pada tempat yang betul. kadang2 saya tergolong dalam golongan I, boleh juga dalam golongan II, mahupun III. (umum, tiada maksud khusus)
aduh, pada hakikatnya saya dalam golongan I. saya tahu, dan saya sedar hakikat itu. tapi, pendedahan itu ini mengheret saya ke dalam golongon II / III.

[meh saya tulis sendiri surat utk saya =D]

Nurfarhana,
anti mesti ingat, hidup anti telah diaturkan oleh Allah. segala yang dilalui adalah pakej ujian dlm menggapai syurga Allah. ketika kamu dianiya, ketika kamu dihimpit perasaan itu ini, ketika kamu dianugerahkan nikmat itu nikmat ini, semua itu Allah perhatikan. bagaimana hati kamu terdetik juga Allah tahu.

Allah tahu, niat kamu untuk mencapai kejayaan itu. Allah tahu. tapi, kamu Nurfarhana perlu bersedia menerimanya. kerana, tidak Allah bebankan (berikan) sesuatu melainkan dengan kesanggupan orang itu. jika kamu diberi kejayaan itu, mampukah kamu melawan sifat ujub, riak, bangga, sombong etc.? dan jika kamu diberi kegagalan, mampukah kamu menahan diri daripada berputus asa terhadap rahmat Allah?

Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran.

Nurfarhana,
semasa sebelum menempuh PMR dulu, ustazah kamu pernah berpesan. "farhana, keputusan kamu Allah dah letak. berjaya ke tidak, mohonlah agar diberkati! rugi, kalau 9A tidak diberkati. malang, kalau tiada A dan tidak pula diberkati.

Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini.

saat menempuh SPM, tiada dapat diduga bagaimana keadaannya kalau kamu tidak bersedia. kelancaran sebelum, semasa dan selepas SPM bagaimana pula? adakah itu..adakah begini..? kamu tahu bagaimana berdasarkan tahap kebersediaan kamu. bagaimana pula kawan-kawan kamu? di sekolah itu, di sekolah ini, di kolej sana..di sbp/sms sini?
hah.

guru-gurumu berpesan, 'kamu bersaing dgn seluruh Malaysia.' sedang bersaingkah kamu, farhana?

tinggalkan perihal SPM seketika.

saat kamu melihat rakan-rakanmu terjebak dalam kancah 'itu', Allah tahu keadaan hati kamu. bagaimana kamu sebenarnya mahukan bi'ah islamiyah yang sebenarnya. kamu sebolehnya tidak mahu dirimu dan sahabat-sahabat mu meletakkan ungkapan cinta pada tempat yang salah. lalu bersyukurlah, Allah menemani kamu dalam menghayati [ini]. ya Allah, peliharalah pemilik hati ini daripada melemparkan amanahmu ke tempat yang salah.

saat kamu resah dengan perasaan, ingatlah, Allah telah menetapkan pasangan kamu. Allah telah mengamanahkan agar kasihmu, sayangmu hanyalah utk Allah, rasul-Nya, ibu bapa kamu, keluarga dan hanya kpd satu-satunya insan bergelar suami. [err..]
biarkan yang salah itu datang, umpama daun kering yang jatuh berguguran.
biarkan kehadirannya umpama ikan-ikan yang berenang dlm sungai jernih saat kamu mahu merentasi titi ke puncak di seberang. cantik, sehinggakan kamu berhenti utk menikmati pemandangan itu. lalu, lewatlah kamu utk tiba di puncak sana!

kata ustazah Fauziah, "kalau orang perempuan tak beri titi, orang lelaki tidak akan meniti".

aduh, berat mendengarnya. Nurfarhana, bersyukurlah masih belum terlambat untuk memelihara amanah Allah ini. beristighfarlah kamu seandainya langkahan kamu mendetikkan sesuatu pada orang yang berpenyakit hatinya. mohonlah perlindungan agar dirimu sentiasa berada dalam hijab Allah. mintalah agar kamu mampu menjaga amanah kasih ini sebagaimana kamu mahu 'dia' juga menjaganya.

itu lumrah. lumrah yang juga satu ujian ketahanan jiwamu.

Nurfarhana, semoga kamu kuat! mohonlah kekuatan diri daripada Allah. sesungguhnya, segala kekuasaan itu hanyalah pada Allah. saat Allah berkenhendak agar kamu mendapatnya, maka dapatlah kamu dengan tiada siapa pun sebagai penghalang. dan, saat Allah membataskannya kepada kamu, maka tiada siapalah mampu menolong melainkan dengan rahmat Allah.

Ya Allah, berkatilah hidupku, matiku, duniaku dan akhiratku.
jadikanlah aku high-achiever yg diberkati dunia dan akhirat! amin :D

p:s/ mungkin ini entri terakhir saya bergelar 16 tahun. saya perlu berfikiran matang dalam dimensi baru kehidupan. kereta, moto, bakal menerjah ke dalam kamus hidup. semoga saya benar-benar bersedia dengan pertolongan daripada Allah :)

amiin Allah Ya Rabb[perkenankanlah Allah, wahai Tuhan]

Monday, February 8, 2010

my first time of emcee-ing^^

-bismillah-

alhamdulillah. sangat teruja. excited. terima kasih kpd guru2 & kawan2 yg tolong, & ucap tahniah. hahaha biasalah, baru first time~ mestilah sangat besar kejayaan meninggalkan stagefright kat umah!
alhamdulillah^^

mula2, pukul 6.30, cik ketua pengawas sms suruh mai awal. huhu *nervous* saya~
then, sampai lebih kurang pukul 7.20, tapi malangnya, sorang pon takda kat dewan perhimpunan. haish~ dasar tak cemerlang la bdak2 sekolah ini~~ (saya juga, (?)

tunggu punya tunggu, tak nampak pun kelibat orang yang paling kalut (menurut klu yang saya dapat, kalau nk tau siapa guru bertugas, maka carilah orang yg paling kalut di backstage!).
sampaikan sebesar-besar guru hingga sekecil2 guru dah ambil tempat, saya masih terpinga-pinga untuk nak ambil maklumat drpd beliau. haha haish~

maka, ada la sorang kawan mai rushing2, "farhana2, pengetua dah sampai~~!!"
saya pon tak tengok mana terus naik atas pentas.. tinjau2 kat celah-celah barisan,, eihh,, mana beliau neh??
"ni dia..mai kot belakang" ada satu suara menyahut monolog saya..
owh, pengetua mai dari belakang pentas rupanya..adeh patut tinjau takda kat depan..malu saya~

masa kawan bca ikrar, ada seorang guru yg dihormati pusing-pusing mengerling ke arah kami..haish~ apa yg tak kena? huhu..
masa yang sama, baru dapat nama guru yg akan bagi tazkirah drpd guru bertugas..kaluit2~ maka saya pun menjemput beliau dgn ".....to give the tazkirah". adeh!

last sekali, ada spotcheck.. hurmm first time jugak jalan2 pi cari kesalahan orang~ haha..
nampak 3-4 orang adik2 junior sengih2,, saya jalan pi kat depa..
cek..cek..cekk...
"ampa..ampa form 2 ah?" salah sorang tanya saya..
heh *senyum*
"abes tu, form 4?"
dak aihh..~ hihii^^

tamat.
*actually, ada satu kisah tak best yg jadi lepas tu, tapi biarlah hnya saya, hanani, ustazah 'itu' & Allah yg tahu..huhu
::teringat pula, diumpamakan nanti hari kiamat, ada projector tayang apa yg kita buat, apa yg kita tak buat~ huhu itu sekadar perumpamaan hasil drpd fikiran manusia yg hanyalah berbilion neurons ini~

"sesungguhnya ilmu itu (tentang hari kiamat) hanya pada Allah" surah al-mulk.

Sunday, February 7, 2010

pesanan sir halim

-bismillah-

quoted dari cikgu saya~: "kamu tahu, kalau budak2 lelaki ni dipantau baik2 oleh ibu bapa, guru-guru mereka, sure mereka akan jadi lebih hebat daripada perempuan. kamu tahu sebab apa?"

saya jwab dlm hati, sebab depa ada 9 akal~ satu nafsu~

"sebabnya, mereka pandai kontrol emosi! depa tak kisah kalau kawan tak senyum sikit pon takpa, dia akan senyum hari lain, depa tak dak nk risau ahh pasal ni"
"kamu yang perempuan, jangan emosi. nanti kalau boyfriend tak pandang, kamu susah hati. kawan tak mau cakap, kamu susah hati"
"kamu kena powerful! barulah boleh berjaya"

maka, saya pun dapatlah sesuatu. refleksi. farhana, jangan emotional. kamu kena kuat. jangan hirau apa yg kamu rasa..
sampaikan saya terfikir, haish, rasa macam sir baca ja blog saya semalam ni..oh, tidak~! tak mungkin-

last2, pujuk diri sendiri,
pesanan itu daripada Allah :) dan, sir yg jadi perantaranya..
Alhamdulillah :)
++semoga Allah sentiasa menjaga saya.. amin++

urm, lawak of the day::
lori tayar square~ hehh siap dengan efek penumpangnya sekali sir buat td :DD

serangan yang dahsyat!

-bismillah-
[sambungan daripada kisah sengal ini~]
*warning, ini mengarut kalu dilayan~

racing heart, sweating cold hands, shivering feets..that i could not even hold my pen and copy the notes..in fact, i can't even hold anything..
huu..tulah yang jadi semalam~
saya diserang lagi!
dan kalah teruk..
lumpuh semuanya..

kemunculan sesuatu yang tidak diduga. saya tak suka. sebab sepanjang minggu ni segalanya telah saya cuba jaga, tapi hanya semalam, hampir segala benda yang saya jaga terganggu.

saya dah pernah jumpa 'sebuah kerajaan' laksana Amerika yang kuat dan berkuasa.
saya dah pernah bertemu 'sebuah kerajaan' yang sangat-sangat hebat.
saya dah pernah berhubung dengan 'kerajaan' yang terbaik..
dan, satu pun tidak menggentarkan pusat kerajaan saya..

tapi, apabila ternampak 'kerajaan' yang satu ini,
kerajaan saya goyah~ segalanya menjadi huru hara.
pentadbiran, keselamatan dan pertahanan..
oh, Allah tolonglah..

diserang senjata runcing
tiada ternampak, tiada terduga~
hati saya sakit..sakit bukan kerana disiat,, tapi sakit yang memang betul2 sakit..
hanya al-Quran dan solat mampu menyembuhkan
hanya mampu meminta pertolongan daripada Allah

hahh~
kalau pasal teori yang saya belajar,
symptoms di atas hanya akan dialami dalam keadaan tertekan..
huhu..

biarlah saya tertekan sbb menafikan sesuatu
bukannya tertekan sebab mengiyakan sesuatu

semakin banyak nafas disedut, semakin sakit, ngilu, pedih rasanya hati~
pernahkah anda?

saya mesti menang.
sebagaimana saya selalu menang dgn kawan2..
"ah, bila farhana nk kalah ni?" sehinggakan mereka bertanya

semoga saya still calm~~~
kerana, cukuplah Allah disisiku, kepada-Nya aku bertawakal dan berserah diri..

:] jgn fahamkan entri teruk ini

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...