Wednesday, January 27, 2010

bagaikan kura-kura, datang sesuatu kepadanya, sembunyilah dia~

-bismillah-

dalam kita diulit kesenangan sementara pada saat ini, kita terlupa akan insan di sisi..tak pernah saya terfikir bahawa perihal guru & rakan2 mampu merungkai simpulan ketabahan hati sahabat saya dalam menghadapi masalah. buat pertama kalinya dia menjelma menjadi sesuatu yang tidak pernah ada dalam peribadinya sebelum ini. jika sebelum ini kita lihat seseorang itu tabah, mungkin atas beberapa faktor, ketabahan seseorang itu goyah. jika seseorang itu sebelum ini kita lihat tenang mengawal karenah anak buahnya, kemungkinan dia akan menjadi pemarah itu akan timbul; apabila dada sudah penuh dihimpit dengan masalah yang tidak terungkap.

apa yang ingin saya sentuh tidak banyak. perkara ini adalah berkaitan dengan sikap berterus terang. berterus terang adalah berbeza menurut individu. tapi, berdasarkan pengalaman yg secebis ini, berterus terang ialah jalan utama menyelamatkan diri daripada masalah besar yang akan timbul.

apabila seseorang itu melihat perkara yang tidak menyenangkan, hatinya yang tidak pernah menipu diri sendiri itu akan terdetik, mengatakan yang dia tidak bersetuju dgn perkara tersebut. tapi, peraasan tidak puas hati itu hanya terbatas dalam hati, atas beberapa faktor:
-risau disalah anggap apabila dia bersuara
-takut mendapat impresi tidak elok daripada pihak atasan
-kemungkinan dikecam hingga ke akhirnya

walau bagaimanpun, semakin lama kita memendam perasaan tidak puas hati itu, semakin lamalah hati dan jiwa akan gelisah, tertekan mahupun terseksa. sesungguhnya, pertarungan jiwa ini hanya akan membawa mudarat pada diri dan orang sekeliling. ada dua hala yang dapat saya kenal pasti apabila kita mempunyai perasaan tidak puas hati yang tidak terungkap:
  1. bersabar
  2. bersuara (berterus terang)
bersabar ialah jalan terbaik, kerana sifat mulia ini menghiasi peribadi Rasulullah dan para mu'min semua. bersabar bukan sekadar menunggu apa-apa perubahan yang akan terjadi, tetapi bersabar ialah meletakkan pengharapan pada Allah dan dalam masa yang sama cuba menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. cuba meredhai dan menerima setiap perkara yang baik, dan mengelakkan diri daripada menimbulkan masalah baru pula. itulah langkah bersabar, bukannya sekadar menunggu penuh pasrah!

perihal bersuara pula, kunci mengurai balutan masalah. dengan bersuara, jiwa kita berasa bebas kerana tidak perlu menahan kandungan hati. jiwa merasa tenang kerana tidak perlu lagi menahan perasaan, terutama apabila kita bersuara bagi pihak yang menderita. tapi bersuara / berterus terang ini memerlukan caranya yang tersendiri. bukan berterus terang dengan menunjukkan perasaan protes, bukan dengan cara mengelakkan diri, juga bukan dengan cara mengutuk-ngutuk di belakang.
tapi, berterus terang @ bersikap asertif, iaitu menyatakan perasaan kita yang sebenarnya dengan cara yang betul tanpa menyakitkan perasaan sendiri mahupun perasaan pihak yang mendengar. itulah asertif, bukan agressif.

..apabila anda telah bersuara, tetapi masih tidak diambil kira, maka tunggulah, jika anda di pihak yang benar,, pertolongan Allah itu akan tiba..kerana, dalam firman Allah, "pertolongan Allah sangatlah dekat"^^
..smoga sahabat saya itu terus kuat.. jom doakan kjayaan kita dlm hidup^^

Thursday, January 21, 2010

ada hikmahnya,,

-bismillah-

pagi tadi, sampai sekolah lebih kurang pukul 7.31. hari paling lewat tahun 2010. hoho, kalau sampai ikut pagar depan sah 'kena' nih. turun dari kereta, sambil galas beg berisi buku-buku sebanyak 5 subjek (sahaja~) saya bergegas seperti selalu utk ke dewan terbuka. tiba-tiba berat saja kaki menapak ke depan. aduh, aku terlupa pinggang aku sakit! perlahan-lahan saya menapak satu per satu. meletak beg di pondok, mengambil alQuran dari dlm beg lalu memegang blazer. ah, sudah tak sempat memakainya!

dengan berhati-hati melangkah melalui denai batu berumput depan surau~, saya lihat seorang-seorang adik2 junior memotong langkahan saya utk pergi ke dewan membaca alQuran. haish, berbelas-belas orang dah ni yang potong, slow sangatkah langkah saya?
saya lihat ke hadapan, sabar, hanya 20 langkah lagi utk sampai~!, begitulah saya buat anggaran.

menapakkan kaki kiri, lalu menukar pula ke (aduh!! sakit) kaki kanan.
menapakkan kaki kiri, lalu menukar pula ke (aduh!! sakit) kaki kanan.
menapakkan kaki kiri, lalu menukar pula ke (aduh!! sakit) kaki kanan.
 begitulah fizikal saya hari ini..

tup tap tup tap..saya dengar bunyi derapan tapak kasut. oh, mesti ada guru sedang berjalan di belakang saya. makin lama makin kuat menandakan beliau semakin dekat. ah, jangan dia memarahi saya sebab sudah lambat ke dewan sudahlah~!

"eih, apa nih lenggang mak minah lagi??!" beliau 'bertanya'.
ah, kaki, jalanlah laju lagi? tak bolehkah seperti selalu wahai kaki? kau selalu melangkah laju meninggalkan rakanku yang lain? bukankah kau yang menyebabkan aku termengah-mengah apabila sampai di dewan pada hari-hari sebelum ini? kaki, langkah la laju lagii...
kebetulan, pada waktu itu, masih ada 4-5 orang adik2 juniors yg baru nk berkejar ke dewan.. saya pesan pada hati, hatiku, guru itu memarahi mereka, bukan kamu!
tapi..adik2 juniors itu sudah pun sampai ke dewan sedangkan saya masih mengatur langkah penuh kesakitan..siapakah pula yang berlenggang?

alhamdulillah, ketika saya sampai, bacaan alQuran baru dialunkan. surah yunus, bermula ayat 37..
lepas tu, saya came across ayat ni yang bermaksud

(44) Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(57) Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(65) Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.
atau dalam bahasa indonesia seperti dalam kitab yang saya pegang itu,,
(65) Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
subhanAllah, saya mengambil ini sebagai Allah menyampaikan kepada saya melalui ilham dan gerak hati utk membaca tafsir itu..
alhamdulillah
semoga Allah sentiasa menjaga saya :)

keterharuan saya itu terhenti seketika apabila guru yang menegur tadi memegang mikrofon lalu berucap, "kamu seperti binatang, wahai anak murid yang liat nak datang membaca alQuran! bahkan ayat alQuran ada menyebut (maka beliau membacakan). kena dihalau ke mari baru nak datang. (lalu beliau menyambung ayat 'bahkan mereka lebih teruk lagi'."
saya memandang dengan hati yang tiada berasa apa2..sehingga
"tadi pon ada seorang pengawas."

air mata tiba2 jatuh.
minda memujuk, pengawas yang dimaksudkan bukan saya, tapi pengawas dalam kelas adik2 juniors yang lambat itu..
hati pula memujuk, alunan ayat suci Al-Quran tadi berlegar-legar dalam ruang ingatan.
subhanAllah, Allah mengetahui EQ saya tidak cerdas utk menerima tamparan ini, lalu Allah mendetikkan hati utk berjumpa ayat tadi..
subhanAllah.

saya sangat terharu.
Ya Allah, janganlah biarkan aku mensia-siakan rahmat-Mu.
amin.
dalam perjalanan nak balik ke kelas pula, seorang rakan melihat muka saya yang sudah pasti tak keruan.
"selsemakah?" ya, saya menjawab.
seketika kemudian, air mata seakan makin melaju..
"ehh, ampa nangis.." sakit kaki...saya menjawab..
kawan, memang saya tak tipu, hari ni saya selsema, batuk, sakit pinggang..dan sakit hati~

random#perkara lain pula#
ketahuilah, saya juga manusia, bukan bebas diperlakukan apa sahaja..setiap tindakan menimbulkan impression saya pada kamu-kamu, maka jgnlah membuat satu tindakan yang tidak dapat saya translatekan maksudnya.. ketika saya susah, kamu juga bersusah, tetapi apabila kamu senang, dibiarkan saja saya yang baru pulih ini.. wahai guru(guru yg lain la), ingatlah, Allah nampak dan beberapa manusia dipilih utk mengetahuinya..insyaAllah saya akan berusaha menyimpannya selagi termampu..
Pada hari dinampakkan segala rahasia, (9) surah at-toriq

*betulkan apa yang saya salah..terima kasih~

Saturday, January 9, 2010

queen tebuan pencen

-bismillah-

alhamdulillah, terpilih diuji :) smoga saya kuat dgn pertolongan drpd Allah
kna pindah kelas, utk proses persamarataan kelas, maksudnya, kelas satu sama saja dengan kelas dua..
apabila dah dipindahkan kelas, ada banyak saya nk cakap:
  1. terima kasih kpd kawan2 di kelas baru yang seronok terima saya ke sana [mereka sangat seronok, sampai tak dapat lihat betapa beratnya hati ni]
  2. terima kasih kpd kawan2 di kelas lama yang bersungguh-sungguh nak duduk di tempat saya
  3. seronoklah kawan saya di kelas lain boleh berubah masuk ke kelas yang mereka hendak
  4. bersedihlah mereka yang terharu dengan tiada batu penghalang mendapat apa yang mereka mahu
  5. berpuas hatilah kalian dengan apa yang ada dalam tangan. apa saja objek abstrak yang kamu peroleh
  6. pergilah mengadu, moga-moga diberikan apa yang dikehendaki.
saya sudah terima. no offense. kalau nak terasa, tak perlulah. sebab bukan ditujukan pada sorang-sorang, tapi utk semua kawan saya. kawan, yang bahagia melihat kita dlm keadaan sebaliknya. mungkin saya juga begitu, rimas melihat kawan sebaliknya. teruk, memang teruk. terima kasih kepada merka yang menimbulkan permasalahan ini. semoga hati saya tabah. bukan apa, saya bukan sesiapa. politik, memang kotor. mereka bebas melakukannya. cuma saya hamba kepada Allah, Tuhan saya dan Tuhan mereka.

yang sudah itu sudah, sekarang spm menunggu. cuma, minta maaf siap2 seandainya saya sudah tiada mood mahu bercanda dengan kamu semua. penanda aras banjir pun tenggelam dalam sungai. sakit, smoga bukan di akhirat sana.

alhamdulillah^^

Friday, January 8, 2010

Allah tahu :)

-bismillah-

tgh layan facebook..jumpa @ nampak macam2 orang.. orang yang knal, orang yg x kenal~ well, sapa tak tau facebook~
hurmm..sambil2 tu, kalau jumpa gambar yang 'ada-sesuatu-perlu-diperkatakan', maka automatiknya hati terdetik..eh, budak ni bla..bla..bla mcam ni rupa2nya..
bila jumpa berdepan, mak aii pijak semut pon tak mati..
kisah lain pula, dlm gambar muka sejuk aja..tp bila jumpa berdepan, lain pula jadinya..
haish..itulah persepsi manusia kpd manusia yang lain. dan, Allah tahu semuanya.

sememangnya, kita tak boleh nak penuhi kemahuan orang sepenuhnya. pagi tadi, cikgu beri nasihat, jgn tengok kelemahan, tapi carilah kekuatan.

"mari kita selaraskan guru-guru bagi kedua-dua kelas" saya cadangkan pagi tadi di hadapan guru-guru.

kelemahan dri soalan ini: kamu memandang rendah pada guru-guru itu! kamu tak bersyukur!
kekuatan pada soalan ini: owh, dia bersetuju berbeza kelas dgn kawannya, asalkan guru-guru masih sama. dia mahukan yang terbaik tanpa mengira keutamaan kelas.

tapi entah, nasihat yang keluar dari mulut tak berpatah balik masuk semula ke dalam telinga. cadangan itu ditolak saya terima, sebab itu pon nasihat.

maka waktu belajar, saya cuba cari kekuatan guru-guru. alhamdulillah, hati dan minda rasa lapang, rasa kelainan apabila telah di-setkan 'cari kekuatan beliau, bukan kelemahan'. sayangnya, hanya saya yang mencari kekuatan, beliau masih melihat kelemhan..

"tahun 2010 ini kamu lembab, kira apa dari tadi tak dapat lagi" beliau menegur saya.
kelemahan: dia memang lambat (walaupun orang lain tak dapat jawapan lagi)
kekuatan: owh, dia sedang berusaha utk cekap, bukan semata-mata faham konsep..

alhamdulillah, Allah tahu saya sedang berusaha mencongak addmath dalam kepala tanpa menggunakan calculator sewaktu itu. tak apa, Allah tahu. bukan nk sombong, tapi sebagai akibat terlupa calculator..hehh

sya pulang dri skolah pukul 12:50, dengan ayah tengah boring tunggu and nk pi masjid pula..itupun kna tuang meeting pengawas..berat saja rasa, tapi Allah tahu semuanya :)

pukul 2:45, sampai di library awam. habiskan addmath (dgn calc :) pukul 4:15 plak, jalan2 depan the store dan terus ke surau mara.. boring2 tunggu azan..baca2.. merenung naseb~ hahahh

pkul 8, baru sampai rumah, tu pon soping2 dgn ayah.. yg lawaknya, simpan beg di situ, tapi masa nak balik boleh lupa pula.. tapi alhamdulillah, baru dua tiga langkah ilham datang..hehh lawak la pulak sebab brek tetiba masa tgh jalan kat situ..seb baik sorang mamat tu tak jalan terus langgar..haish

apa-apa pun, ni sebenarnya saya nak tulis..setakat mana batasnya berhubung di internet?
orang lain mungkin tak tahu apa yg dilakukan, tapi Allah tahu. setiap makhluknya. setiap satu. setiap.

Tuesday, January 5, 2010

osmosis = adab belajar

i learnt something new today. my physics teacher stated that osmosis concept is equalise wth 'adab belajar'. let say, the teachers are on the higher concentration (more knowledge) and the students are vice versa. based on osmosis concept, water particles move from high solvent concentration to a lower concentration of solvent. (dari cair ke pekat~) yes, that does make sense for me and it thought me something today.
*lower concentration of knowledge = student
*higher concentration of knowledge = teachers
nevertheless, i believe sometimes it's more on facilitated diffusion,, needs aids to go against concentration gradient~~ particles in the lower concentration have to be aided to pass into a high concentration. and surely the particles won't flow backward (from high to low). so does knowledge~ a teacher would not want the student to teach them. remember this one and you'll be safe. =)
in other words, pupils do learn to be more excellent and have better achievements than their educators, but at the same time the educators don't realise these..

but still, we have to remember, once you're a pupil, will always be a pupil. and this will save you from being labeled as 'snobbish'. once safe, dunia akhirat bahagia :)

Saturday, January 2, 2010

beli buku baru [bbb in shinchan?]

-bismillah- :) alhamdulillah

hari nih beli buku baru lagi~

'Jadilah Wanita yang Terpuji Dunia dan Akhirat'
-Dr Akram Ridha
-Najib Kailani [terjemah dari arabic-malay kot]

..dan..

'Bawa Hatimu Kepada Tuhan'
-Ustaz Amaluddin Mohd Napiah

sejujurnya, sya beli buku nih sebab nak merawat luka jarum halus yang akan menusuk. ya, akan menusuk dalam keadaan saya sepenuh sedar. jadi memandangkan mencegah lebih baik daripada merawat, so dgn beli buku nih boleh la dikatakan sebagai 'barrier', dengan izin Allah, insyaAllah. :)
nak tahu apa yg jarumnya??
tak, kamu tak perlu tahu.
nak tahu di mana sakitnya??
ya, kamu boleh ambil tahu. di hati. ya, di hatilah jarum itu akan menyucuk, lalu ia akan menjadi sakit. walaupun anggota badan lain menerimanya dengan terbuka. that's why kena pasang barrier. so that, datanglah jarum apa pun, hati tenteram dan bahagia~~ ah, indah kan?! seperti sediakala.. :)

satu hadis utk direnung: sabda Nabi yg bermaksud, "..tidak akan berkumpul kedua-dua sifat iaitu irihati (hasad) dengan keimanan dalam hati seorang hamba." which means kalau hati penuh hasad, maka imannya zilch! na'uzubillah. dan sebaliknya~

lagi satu, nih hipotesis yg mmg terbukti dah pon,
semakin bertambah kadar keimanan, semakin berkurang kadar al-baghyu (lawan iman)..
atau dalam bahasa physics nya,
iman is inversely proportional with sifat mazmumah (irihati etc.)

hihii^^ alhamdulillah :)

a hateful liar doesn't hate to lie, but it's not on a hypocrite person

-bismillah-

i'm seeing things wrong. i did accuse myself of being somewhat a negative thinking student, but in the end, things really end up wrongly. i heard a teacher said sth that is wrong (from my point of view, i dont know about others'), but in the end my other friends will also said such things. it's just that they keep it to themselves. well, they sometimes being hypocrite instead of being assertive~! come on, nobody's hasn't done sth wrong, so it's kinda a responsibility for those who know to get things right.

LIES

i hate lies. and the liars.
lies are just alright when you are lying to a person who don't have any clue or any idea about it [since i used to tell lies before~ haha]. but, what i hate the most is that 'human-beings' at my school always tell lies which i already knew the truths! what makes things worse is when the lies are about sth important, sth crucial and sth which everybody should know about the truths.
being silly, arent US?
*dont ask me why the capital us

tell you what,
it's because of lies i look down on a so-called vvip of the 'place'
thanks to the lies too, sb throws me a stare which i found it stranges
and it's all because of lies that i say bad things about the liars..
being silly, arent I?

wonder how can i tell them the truths...
leaving things behind, hopefully that it wont follow me along~
(^^_,)

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...