Skip to main content

queen tebuan

-bismillah-
beware: u're now in 'PheningWalalat entry' zone~
surely fenin, kan!

new conflict~ welcome~!
huhu.. actually, it happened once. not once, but happened before~ mereka pernah cucuk sarang tebuan. tapi queen tebuan tu tak marah, biarlah sarangnya runtuh berkecai, asalkan queen tebuan masih hidup, dan bernyawa. queen tebuan juga ada Allah, tempatnya bergantung. queen tebuan pujuk diri, rezeki dan kurniaan Allah itu urusan diri dengan Allah, dan mereka tak da seinci pun kuasa nak tutup pintu rezeki dan hancurkan tempat tinggal queen tebuan.

queen tebuan. terbang dan teruskan hidup. queen tebuan bahagia, kerana hikmah di sebalik rosaknya sarang tebuan itu dicucuk, telah ditunjukkan Allah. alhamdulillah.
queen tebuan menetap di tempat baru. hari-hari queen tebuan nampak mereka. hari-hari juga queen tebuan ikuti perkembangan mereka. pemikiran mereka, perbuatan mereka dan juga perkataan mereka. segala perbuatan mereka, kalu dianalisis betul-betul, akan mendatangkan keburukan kepada queen tebuan. maka, ramailah penasihat queen tebuan berasa bimbang.

queen tebuan diam. tiada respons apabila mendengar risiko itu akan datang kepadanya. dia cuba memandang tindakan mereka dari sudut yang positif. jika mereka menyembur ridsect, queen tebuan melihatnya sebagai 'mereka sayang akan kesihatan diri', dan bukannya berniat mencemarkan alam. apabila mereka mengaul-gaulkan tepung adunan, maka queen tebuan pun menganggap mereka mahu membuat kuih yang manis, dan bukan kek yang bantat! queen tebuan dengan sedaya-upayanya mempositifkan segala tindakan mereka. tapi, lama-kelamaan, mereka itu makin berleluasa kekuasaannya. maka, queen tebuan pun pergilah bersemuka dengan mereka.

queen tebuan pun berkata, dengan memetik hadis Nabi, "setiap insan tiada kelebihannya berbanding yang lain, melainkan ketaqwaan". maka, pendapat queen tebuan, wajarlah mereka berilmu DAN bertaqwa, baru benar-benar hebat!

wah2. queen tebuan tahu membaca mata mereka. anak mata yang mengeluarkan segala isi hati. ya, queen tebuan tahu bagaimana rasanya bosan, kerana selama ini queen tebuan sudah berkali-kali bosan dengan sikap mereka!

queen tebuan sudah meluat. tapi, dia sentiasa memandang positif .berusaha sedaya-upaya memandang positif.(mereka bukan bosan, cuma tak boleh nak focus pada kata2 queen tebuan, disebabkan ada strategi perluasan kuasa yang sedang dibincangkan). berusaha merawat hati yang semakin meluat. queen tebuan fikir, ah, mereka sudah berusia, letih hidup di dunia yang sememangnya hanyalah permainan dan senda gurauan, seperti mana firman Allah. maka, queen tebuan pun terbang pergi lagi. bukan menjauh, tapi berlegar2 di sisi mereka. sampai masa, si tebuan mungkin sudah tidak berdaya melawan fitrahnya, iaitu apabila fitrahnya dipersoal, tebuan yang marah akan mengeluarkan sengat.

alhamdulillah, sekarang queen tebuan masih terdaya melawan nafsu amarahnya :)

Comments

  1. queen tebuan,
    rasanya perjalanan kita utk mlengkapkan
    sesuatu itu baru bermula, kan?
    kita lihat di pertengahan jalannya pula,
    bagaimana yg terjadi, adakah masih ada yg tegar
    mendengar dan sudi mlaksanakan kmahuan
    queen tebuan dan teman2..
    seperti katanya, "sahaya ini org yg sudah tua, maka, caranya juga adalah cara org2 tua..jika ada yang mmberitahu, maka baharulah saya tahu apa keinginan queen tebuan dan teman2.."
    jika d pertengahan jalan itu nanti ada yang cuba menjatuhkan niat suci murni queen tebuan dan teman2, maka teman2 sudi sangat meminta queen tebuan mengeluarkan sengatnya agar langkah queen tebuan dan teman2 tidak dihalang..
    agar bisa mejadi kekuatan untuk terus mmpertahankan..=)

    ReplyDelete
  2. hahahah!
    kalau diizinkan Allah, keluarlah tebuan2 itu~
    :)

    ReplyDelete
  3. hihii^^ takot ahh
    -kak ferry-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …