Skip to main content

pertarungan dan bisikan~~

-bismillah-hanya coretan hamba Allah yang lemah.sengal pula tu.huuhu

hari tu, satu serangan (c0baan) terjadi. serangan yang berjaya menangkis kekuatan dalaman yang membalut jiwa. tak apa, serangan itu belum cukup kuat untuk mengikis benteng yang pernah menghiasi diri sepanjang di Terengganu. benteng perlindungan saat berdepan dengan ratusan hamba Allah.

kelmarin, serangan dilancarkan oleh pihak musuh, melalui bisikan. melalui hembusan. melalui panahan. aduh, saya kalah tanpa sempat berbuat apa-apa. permainan hati dan perasaan. cewah~ takda, cuma permainan iman dan nafsu..
"setiap tuju pandangan seseorang kepada berlainan jantina ialah sebenarnya panahan syaitan. maka apabila diri telah luka dipanah, kurang sempurnalah pekerjaannya yang lain"
semalam, saya pergi mencari bekalan, mencari senjata, mencari semula kekuatan yang pernah digenggam. mencari pada Allah.

hari ini, saya bertarung dan melawan. dengan berbekalkan apa yang saya, alhamdulillah, c0baan pertama lepas. cubaan kedua, hampir-hampir lulus. saya gembira dengan kekuatan diri, terlalu bangga hingga lupa yang ketiga, sedang menunggu. aduh, aku tewas.

esok,....

alhamdulillah, hanya tinggal 5 hari. ya, lima hari untuk saya pertahankan sebuah kerajaan yang sememangnya menjadi raja manusia.

-updated-a day later-

baru pulang dari medan pertempuran. seronok! bahagia. walau keadaan masih belum aman dan bergolak. gembira.
ya, hari ini musuh melalui pasukan elit bisikannya melancarkan serangan. tetapi, alhamdulillah pasukan pertahanan di kawasan utara kerajaan, di mata, tidak menjadi kaku walaupun dihantarkan sesuatu yang lebih kuat daripada sihir harry potter, 'stupified!'. cuma, pusat kerajaan utama di central kingdom agak goyah dan gentar dek lintasan pihak penyerang.

-two days later-

hari ni sungguh lawak. berjanji. perjanjian damai, bercop merah. haha beratnya ujian ini. tapi, perisai iman dah pun menghalang sebarang bentuk panahan. tiada kerlingan, tiada pandangan yang disengajakan.
yeay, esok cuti!

---tamat---harap2

sbb apa saya tulis camni..? sbbnya rasa nak cerita, tapi tak mau cerita. haha seagull = sengal^^ lama x pernah jadi macam ni..
shhhut up evrybody~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …