Skip to main content

dehydrated.scene di medan.what a semput day~

-bismillah-

7.40 pagi - sampai di sekolah.

8.40 pagi - berjalan, melangkah, melintas jalan, merentas taman dan medan selera, sampai di tuisyen, panjat tangga to 3rd floor

11.00 pagi - tuisyen tamat, berjalan, turun tangga 3 tingkat, melangkah, melintas jalan, berjalan lagi, sampai di library

1.00 tgh hari - berjalan, melangkah, melintas jalan, sampai di medan selera, lunch

2.00 petang - berjalan, melangkah, melintas jalan, sampai di library, panjat tangga to 2nd floor, solat, turun tangga

4.00 petang - berjalan, melangkah, melintas jalan, merentas medan selera dan taman, sampai di sekolah

semput..
sampai di sekolah tercungap-cungap, terus naik pejabat, "mak, nak air". alhamdulillah, Allah hilangkan dahaga melalui manusia sebagai perantaraannya. syukur.


kisah di medan selera

medan selera. tempat muda-mudi menapakkan diri. mungkin sebab kawasan itu agak tersembunyi. jujurnya, saya tak pernah suka untuk ke situ. banyak adegan tidak sihat dihidangkan. mungkin faktor harga murah jadi penarik. tapi, jujurnya juga, lebih baik saya ikut kawan2 seramai 5++ ke situ daripada sorang diri makan di satu tempat yang ok sket. sket ja.

sedang makan-makan,saya notice kawan2 saya tak senang duduk. ada something wrong ni. rupa-rupanya, sekumpulan remaja sedang bergelumang dengan dosa. terus saya jadi tak lalu makan. owh, patutlah mereka dengan cepatnya habiskan makanan!
apabila kita sendiri tahu orang yang kita kenali itu sedang berbuat dosa dalam terang-terangan, fitrah hati ini yang ingin berjihad di jalan Allah bergelojak mahu membanteras. namun, risiko dan kemungkinan dibisikkan ke minda oleh syaitan. mahu pergi menegur, namun terasa berat. ah, memang tak senang duduk dalam keadaan begini!

itu kawan-kawan saya. frankly speaking, saya tak berminat nak pergi menegur secara berdepan. live gitu~. bukan tak mahu laksanakan amar ma'aruf nahi mungkar, tapi nak tengok muka mereka pun saya malas. secara psikologinya, juniors, seniors mahupun satu batch sekolah saya itu dah saya anggap seperti mat rempit. mereka akan terus menjadi liar, motivated!, bersemangat!, bangga rasanya mendapat perhatian apabila kami memandang-mandang mereka. ya, mereka ini juga begitu. sedang kami di satu sudut kedai melihat-lihat, usha2 dengan pandangan geram campur marah campur kesal, adalah yang tunjuk aksi. saya tak tengok. tak hingin menyemakkan minda. tapi, kata kawan2 saya yang mengambil berat dan perhatian, seorang girl (bertudung mungkin) pergi duduk di atas paha of a boy.
yang di luar sana, jangan cakap ini perkara biasa. dihidang dengan buah zaqqum bersama air mendidih disertai pangkal rambut yang dicengkam itu sungguh luar biasa keadaannya!
kesimpulannya, saya terkilan. tahun depan sudah tidak 'berkesempatan khas' untuk mendapat slot usrah. sudah tidak mampu mengilatkan dakwah yang makin kusam dilitupi bisikan dan noda juga godaan. semoga Allah membuka peluang dan jalan kepada kami, mujahid-mujahid smka (perempuan) kangar.

disajikan dengan pengalaman2, berdepan dengan awkward situations, berdepan dengan drivers yang sengaja menekan minyak apabila nampak saya nak melintas jalan, berdepan dengan segala bentuk panahan syaitan, berdepan dengan macam-macam~ sedikit sebanyak memberikan 'sesuatu' kepada saya. semoga hidup ini sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. amiin

-نعوذ بالله من شر ما خلق-

Comments

  1. naper tak leh join usrah lagi?
    usrah is a MUST! (peringatan utk diri ini jua yg makin culas gi usrah dgn alasan ada baby kecil, susah kuar malam)...

    ReplyDelete
  2. owh, masa nih usth kata fom 4 ja jadi naqibah..form 5 student x bleh dahh..
    tapi,,
    taun nih, cgu fitriyah 'kuat'kan badar :D
    (well, seseorang itu mesti ada plus pointnya jugak~)
    :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …