Sunday, November 22, 2009

saya dan public

-bismiLLAH-

catatan terengganu, karnival 3p 2009 kebangsaan.alhamdulillah atas segala peluang dan rezeki.

[khamis.pagi.19/11/09]

laju kaki saya melangkah masuk ke dalam bas, mungkin bersemangat nak buat explorace. di dalam bas, mata saya meliar mencari tempat duduk sementara kaki terus melangkah. ternampak dua seats kosong di sebelah kiri bas, tetapi hasrat terbatal kerana di sebelah kanan seats itu duduknya seorang budak, lelaki. saya ambil seats di belakangnya, di sebelah kiri bas. puas.
saya terkejut. seorang teman, lelaki, mengambil tempat di seats sebelah kanan bas. hati terdetik, 'ah, aku sendiri tak ambil seats sebelah boys', 'kau tak boleh nak duduk di belakangkah?'. oh tak apa, dia duduk di tepi tingkap sana. senyum.
kemudian, muncul kawannya, mengambil tempat di sebelahnya. aku mengalihkan muka ke sebelah tingkap kiri. sepanjang perjalan aku begini. hanya bertegur sapa dan bersembang dengan pelajar form 1 di sebelah kiriku. langsung tidak menoleh ke sebelah kanan. inilah kelemahanku. sedangkan mereka, tenang berbicara dengan pelajar lain di hadapan mereka.

bukan aku gundah. bukan aku sombong. bukan juga gementar. itu cuma diriku. setiap kali berbicara, pandangan mata akan aku elakkan. sungguh. dan telingaku seakan-akan tidak mahu menangkap bait-bait kata yang diucapkan. otakku yang ligat bertukar menjadi kosong. seakan-akan kakiku mahu melangkah pergi. itu aku. bibirku jauh sekali menguntum.

apabila difikirkan, ada suara halus berbisik, 'inilah akibatnya bersekolah di religious all-girls school'. tiada persahabatan, tiada kerjasama antara berlainan jantina. ASTAGHFIRULLAH. aku tepis suara itu. cukuplah sekadar Allah mengetahui bahagianya dan bersyukurnya aku bersekolah di situ. ALHAMDULILLAH!

suara seperti itu datang lagi, kali ini berbisik. lembut. 'bersyukurlah, kamu tidak seperti mereka di methodist, convent dan lain2 walaupun sama all-girls school.' hatiku luluh. SUBHANALLAH!
'sesungguhnya malu itu tidak merugikan apa-apa.' kubersetuju.
'jika kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu mahu!' sabda Nabi, aku terima.
dan..
'malu itu, sebahagian daripada cabang keimanan.'

"Ya Allah, janganlah Kau jadikan maluku sebagai hijab dalam aku menuju kejayaan yang diredhai-Mu, dunia dan akhirat. janganlah pula kau biarkan maluku hilang dihembus saat aku dilanda badai hidup. jadikanlah maluku sebagai salah satu hijab yang menghalangku ke neraka. jadikanlah malu bagiku sebagai hamparan indah murni bersifat ikhlas menuju ke syurga-Mu."
amiin

Ya Allah, bantulah aku menghadapi kelemahanku!

3 comments:

  1. tepis sahaja 'apa' yang datang..
    lantak sahaja apa mereka nak kata..
    kita hidup mencari redha Allah..
    kalau redha manusia datang dulu, belum pasti redha Allah akan menyusul..
    dunia sekarang ini, bersedialah kita
    melawan arus, sdangkan d sekeliling pula tegar
    melayan arus..
    jadilah kamu yang bersyukur dan sentiasa berasa bertuah diberikan hati yang setia terjaga..=)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    syukur kerana Allah menghadiahkan aku persahabatn yang indah^^
    thanks..love your quotes!

    Ya Allah, redhailah persahabatan kami ^^ amiin

    ReplyDelete
  3. nanti kat universiti, lagi dahsyat~ jgn jd culture shock yg bisa mengubah sahabiah2 ku turn to 360 degree....oh, minta di jauhkan~
    and, during that time, bila kita sorang2 jek, sahabat2 dah berjauhan, family pun jauh, hanya antara kamu dan DIA, buatlah pilihan yg terbaik. Saat itu, syukur terasa, aku budak sekolah agama (all girls)....

    ReplyDelete

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...