Saturday, October 17, 2009

kelu.terkedu.huhu

nih entry kedua saya utk hari ni. haha.

yang tadi mood insaf, sekarang mood ..ntahlah..sengal kot haha

situasi satu..
''cikgu garang! cikgu cengil~!'' lontaran kata oleh beberapa orang pelajar pada cikgu Aishah, cikgu cemerlang kimia di sekolah saya. yang bestnya, ibu2 pun lontarkan kata yang sama pada cikgu. aduhai. tapi, saya suka cara cikgu balas. kata cikgu, "kat depan rumah saya ada kubur, semua tu mati sebab saya makan lah! kan saya ni garang.." hihi..kami pun terkekeh2 satu kelas..

situasi dua..
''eh, farhana..kamu satu tuition class dengan dia ke?''
ya, kenapa?
''dia kata susah nak tegur kamu''..satu petang kawan #1 saya tanya macam tu
''dia kata takut nak tegur kamu''..suatu malam kawan #2 saya cakap camni.
''dia kata dia gelabah bila cakap dgn kamu'' ..suatu tengah hari kawan #3 saya cakap gini plak..
lagi??
bila saya fikir balik, saya rasa boleh relate dengan kes cikgu aishah la.. balasan saya untuk kekeluan sengal itu [dlm blog nih je lah],
''depan rumah saya, kiri, kanan mahupun belakang tak da kubur..sebabnya, semua orang saya makan sampai habis, tak sempat nak tanam! infact, tak da langsung cebisan mayat nak ditanam''
hahahah..*evil laugh*

situasi 3....
saya nampak sesuatu yang aneh berlaku pada dia..
"awat ..hang? / kamu? / ampa?.." argh apa aku nk cakap ni
tarik nafas
"awat hang x .. " isk cam na nak cakap nih?
saya ubah position, pi dekat sikit dengan dia
"hang tak sihat ke?" masih pertanyaan tu tak keluar dari mulut
last sekali, satu apa pun saya tak tanya dia
hahahah agaknya 3 minit saya berdiri di situ hanya bermonolog sendirian..

la nih, baru saya faham makna kelu, terkedu, huhu..
=)

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...