Tuesday, October 27, 2009

apabila saya berkarya~ :)

dengan nama Allah ya Rahman dan ya Rahim
dengan nama-Mu aku mulakan coretan ini..hihi

Ya Allah Ya Rahman
Agungkanlah aku atas ketaqwaan
Tinggikan darjatku atas keimanan
Tetapkanlah hatiku dalam kebenaran
Sempurnakanlah imanku penuh kehambaan

Ya Allah Ya Rahim
Ampunkan aku atas dosa kelmarin
Peliharalah aku akan neraka Jahim
Tempatkan aku di Jannatul Naim

Ya Allah Ya Tuhanku
Sucikanlah hatiku
Tinggikan darjatku dari sisi-Mu

Ya Allah Yang Maha Agung
Aku punya fitrah yang ulung
Untuk menjadi wanita tersanjung
Aku mohon semulia-mulia cinta agung
dari-Mu, yang Maha Agung

Ya Allah Ya Rabbi
Bukan sehina-hina cinta biasa yang kucari
Bukan juga dambaan segenap manusiawi
Cukuplah sekadar memiliki cinta hakiki
Yang datang dari-Mu,
Tuhanku Ya Rabbi

Hasbi Rabbi JallaLLAH
Maa fi qalbi ghairuLLAH
Cukuplah Allah bagiku
Tiada apa di hatiku melainkan Allah

Wahai rakan juga taulan
Persiapkan dirimu dengan kekebalan iman
Hiasilah dengan ketahanan godaan
Yang datang daripada makhluk Tuhan
Moga diri menjadi insan pilihan
Untuk mewarisi syurga Tuhan

Nur Muhammad S.A.W
La ilaha illa Allah
Nur Muhammad
Tiada Tuhan melainkan Allah

Semoga kita terus menggenggam mutiara keagungan!
=)
NURFARHANA
lab physics 1:50 ptg

Sunday, October 25, 2009

balik!

saya dah pulang rumah!!
rindunya kat baby alyaa.yg makin temun~ hahaha

act, baru balik dari kem..hihi 'kem intan terpilih' kebangsaan zon utara..semua students dari perlis, perak, penang & kedah..ramai! perak saja 2 bus..tapi perlis hantar 9 orang je..adeh
apa yang saya dapat?? banyak!
bukan untuk riak, tapi ketahuilah, melalui kem ini, saya rasa amanah makin bertambah
ya, banyak sangat amanah untuk dilaksanakan
persoalannya, bila? mampukah saya memenuhi amanah pada Allah, pada sekolah, pada Badar juga pada janji hati ini.??.teringat pula kisah lembu yang cuba masuk lubang, iaitu perkara yang diperlihatkan kepada Nabi SAW semasa mi'raj.. astaghfirullah..hasbi rabbi!

ya Allah, bantulah aku dan semua kawan2 ku dalam menjalankan amanah yang telah direncanakan-Mu ini!
amiin

insyaAllah, bila masa dah sampai, saya akan kongsi ilmu-ilmu bekalan dunia akhirat yg dapat sepanjang kem di penang [bengkel yayasan t.s.p] + kedah [intan terpilih] itu..
cukuplah Allah sebagai pelindung
-esok exam kimia!! :)

Saturday, October 17, 2009

kelu.terkedu.huhu

nih entry kedua saya utk hari ni. haha.

yang tadi mood insaf, sekarang mood ..ntahlah..sengal kot haha

situasi satu..
''cikgu garang! cikgu cengil~!'' lontaran kata oleh beberapa orang pelajar pada cikgu Aishah, cikgu cemerlang kimia di sekolah saya. yang bestnya, ibu2 pun lontarkan kata yang sama pada cikgu. aduhai. tapi, saya suka cara cikgu balas. kata cikgu, "kat depan rumah saya ada kubur, semua tu mati sebab saya makan lah! kan saya ni garang.." hihi..kami pun terkekeh2 satu kelas..

situasi dua..
''eh, farhana..kamu satu tuition class dengan dia ke?''
ya, kenapa?
''dia kata susah nak tegur kamu''..satu petang kawan #1 saya tanya macam tu
''dia kata takut nak tegur kamu''..suatu malam kawan #2 saya cakap camni.
''dia kata dia gelabah bila cakap dgn kamu'' ..suatu tengah hari kawan #3 saya cakap gini plak..
lagi??
bila saya fikir balik, saya rasa boleh relate dengan kes cikgu aishah la.. balasan saya untuk kekeluan sengal itu [dlm blog nih je lah],
''depan rumah saya, kiri, kanan mahupun belakang tak da kubur..sebabnya, semua orang saya makan sampai habis, tak sempat nak tanam! infact, tak da langsung cebisan mayat nak ditanam''
hahahah..*evil laugh*

situasi 3....
saya nampak sesuatu yang aneh berlaku pada dia..
"awat ..hang? / kamu? / ampa?.." argh apa aku nk cakap ni
tarik nafas
"awat hang x .. " isk cam na nak cakap nih?
saya ubah position, pi dekat sikit dengan dia
"hang tak sihat ke?" masih pertanyaan tu tak keluar dari mulut
last sekali, satu apa pun saya tak tanya dia
hahahah agaknya 3 minit saya berdiri di situ hanya bermonolog sendirian..

la nih, baru saya faham makna kelu, terkedu, huhu..
=)

apabila cinta hadir

-bismillah-

KETIKA CINTA BERTASBIH


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Bisikan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit


Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur pada-Mu atas segala cinta

saya tak faham maksud sebenar lirik nih. tapi, sedap jer dengar..haha.

hari ni, jalan-jalan kat friendster.. jumpa kawan lama yang bertukar sekolah. sedih. ada gambar dia. holding hands with sth yg x baik. dia dah tewas. ya Allah, jagalah aku. jagalah kawan2ku.
hidup nih masih panjang kalau mendapat keizinan Allah. ada satu cerita, seorang budak nih sangat baik masa sekolah. tapi bila masuk u, kandas. rosak. na'uzubillah.
entah lah, tapi bila saya baca satu-satu caption yang berbunyi, "i'm his"..rasa sedih ada, marah ada, bodoh pun ada, haish..takutnya hidup ni~!!.
kat sekolah pula, sindrom nih banyak jangkit pada adik2 juniors form 2. ada sekali, saya pergi ke pejabat sekolah. dari luar pintu masuk, saya nampak ada bayangan kaki. oh, tamu lelaki. salam saya hulur sebaik langkah masuk, dijawabnya panjang lebar [nada panjang, kalimah x panjang pun]. hati saya fikir satu ja, gatal. sebelah dia ada 2-3 orang budak perempuan. 'oh, dia bawa adik dia amik borang masuk form 1'

balik umah, baru tahu. itupun mak cerita. itu budak form 5. VIRUS JAHAT yang menjangkiti junior saya. jangkit melalui apa?? entahlah.

dalam kem untuk form 2, handphones dirampas. jadi, si boyafriend nih datang lah menuntut kembali 'pemberian' [pembelian?] dia kepada girlyfriendnya, adik form 2 tu. anda tafsirlah sendiri kata adjective yang sesuai.

kepada senior2 yang sama pemikiran dengan saya, mari fikir. ada kita berminat pada boy yg umurnya di sekolah rendah?? melainkan rasa comel, bukan nak berkasih. pada boy yang junior di sekolah menengah plak?? tak da lah. jadi, saya rasa sama ja kes VJ form 5 tu dgn adik form 2.. aduh kasihan.

ya Allah, anugerahkanlah kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.
semoga kita terus berada dalam pemeliharaan Allah dan tidak pernah akan tewas.
amiin

Friday, October 16, 2009

ilmu hari ini

-bacaan basmalah dalam hati. ya Allah, peliharalah kami daripada bisikan syaitan!-


=)

haiya ma'an natadabbur hazihi ayaht,,

[surah al-an'am 6 :ayat 59]


Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuuz).


subhanAllah :)

aku masih kerdil.

Saturday, October 3, 2009

panjat pokok kelapa ya??

salam semua
lamanya sya x update..bukan x mau
...bukan x rindu
..bukan x sudi
.bukan pula benci


tapi, kesempatan utk semua nih terlalu jauh dari jangkauan..
so far, yg boleh dikongsi dan dicerita,
saya dah improved. a lot i believe.


alhamdulillah
sejak pergi kursus 'pembinaan jati diri cemerlang' anjuran yayasan tuanku syed putra, saya dah rasa kelainan!
-hari pertama (khamis) jejak kaki semula ke skolah, saya dah suka menjadi imam :)
-hari kedua (jumaat) saya bagi usrah 'on the spot' kpd adik2 tersayang kelas 1 Zainab ..semuanya gara2 saya x bawa buku Usrah Badar...hahah..nak tau isi usrah tu apa?? hahah of courselah apa yg saya dapat dari kursus tu...
hihi..yg saya ceritakan pada diorang,,
'cara nak belajar' (mmandangkan exam dah dekat~)
  1.  kena tanam minat - minat mendorong kita suka buat benda tu (belajar), menghilangkan rasa malas, dan sebagai pendorong @ motivasi
  2. usaha (adik2 cakap tawakkal dulu ..adeh...) - usaha tanda keikhlasan + pengorbanan yg kita sanggup lakukan. dlm kata lain, kalau nak buah kelapa, panjatlah pokok kelapa! :) ayat best dari kursus tu~~
  3. ikhlas - apa yg specialnya ikhlas nih?? kalu nak tahu, dalam Al-Quran syaitan dah janji pada Allah, 'aku x kacau hamba-hambaMu yg ikhlas..so, insyaAllah, dengan hati ikhlas, semangat nk belajar hadir dan paling penting masa yg diperuntukkan utk belajar terisi solidly. dgn izin Allah
  4. tawakkal - kita x mampu buat semua sendiri. segala yang terjadi bawah kekuasaan Allah. 'tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah'
tu saja utk adik2 form 1 zainab..hihi
semoga Allah memberkati ilmu yg dicurah dengan dan ilmu yg mencurah-curah, melimpah-limpah
amiin.

***nanti saya cerita pasal kursus yg terbaik pernah saya pergi, so far. kpd pengarah jbtan penmbangunan wanita perlis, saya x sempat nak antar email lagi..hihi

Overnight changes

- bismillah - When i left malaysia for my study in jordan 6 years ago, i have nothing in my mind to worry for, except that it maybe the las...